Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM PAKAT BERHIBUR SAMBIL BERAMAL BANTU ARTIS LEGEND 29 OKT DI KLANG


TAHUN
2022 bakal melabuhkan tirainya dalam lebih 2 bulan lagi. 

Apakah sebelum berakhirnya 2022 yang penuh cabaran sepanjang negara beralih ke fasa endemik selepas dua tahun memerangi COVID-19, anda rasa masih belum berkesempatan menyumbang ke arah amal jariah demi bekalan di akhirat?


Dengan wujudnya pelbagai program mahu pun acara amal kebajikan yang dianjurkan barangkali rakyat Selangor khususnya yang tinggal sekitar bandar DiRaja Klang boleh memilih untuk memeriahkan majlis makan malam amal anjuran Pertubuhan Muafakat Kasih Ehsan Malaysia atau ringkasnya PAKAT dengan kerjasama Rich One Management Services yang akan diadakan pada 29 Oktober 2022 ini.


Diberi nama ‘Showcase Legend Amal Live in Dine 2022’, showcase berkenaan bakal membawa kembali kumpulan lagenda  pada lewat 80an dan awal 90an seperti Kumpulan Lestari,  Kumpulan Akar dan Kumpulan Screen.


“Selain dua kumpulan berkenaan, kami turut mengundang  vokalis kumpulan Arrow, Ringgo serta Wak Dan (Warisan Studio) sebagai artis undangan sementara  Aidil Ghafar dipertanggungjawabkan sebagai pengacara majlis,” ujar Dato Affendi Mohamed Zain (gambar bawah, kanan) selaku Ketua Biro Ekonomi PAKAT pada majlis sidang media eksklusif ‘Showcase Legend Amal Live in Dine 2022’ yang berlangsung di Klang Executive Club (KEC) baru-baru ini.



Turut hadir pemilik Rich One, Saiful Nizam Johari  (kiri) serta barisan kumpulan lagenda terbabit, Kumpulan Lestari,  Kumpulan AKAR dan Kumpulan SCREEN.


Untuk rekod, PAKAT antara pertubuhan NGO yang aktif menjalankan aktiviti amal kemasyarakatan di bawah pimpinan Presidennya, Dato Seri Nor Hasnal di mans antaranya penganjuran program Bantuan Gelandangan Terbesar yang melibatkan ratusan  NGO  berjaya mencipta nama di dalam Malaysia Book of Record.


Dan kini terbaharu sebelum berakhirnya tahun 2022, PAKAT sekali lagi bemuafakat menganjurkan malam amal menghargai artis-artis lagend sambil mengumpul dana membantu golongan artis yang memerlukan terutama yang terkesan pendapatan kerana pandemik COVID-19.



Berkongsi lanjut, Affendi memberitahu, tiga. kategori tiket disediakan meliputi Super GoldGold dan Platinum bermula dari RM2,000, RM3,000 dan RM2,000 untuk meja seramai 10 orang,


“Harga indivitu bergantung pada harga meja yang mahu ditempah contohnya untuk mejs RM3,500, harga tiket individu adalah RM350 dan seterusnya RM300 serta paling rendah RM200 setiap seorang,” tambah Affendi sambil memberitahu, tiket-tiket sudah boleh ditempah dengan menghubungi talian wats app ke +601 39867669 atau +60182966524.


Barangkali sebelum membuat keputusan menyertai jamuan amal, generasi muda tentu mahu tahu siapa kah kumpulan lagend ini kan?



Secara ringkas, kumpulan pemuzik berasal Klang, Lestari yang ditubuhkan pada 1985 mendapat tawaran album pertama, ‘Fieza Khalila’ lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1991.


“Sepanjang perjalanan kami telah menghasilkan lapan album studio, empat album kompilasi lagu-lagu rock balada,” akui Kumpulan Lestari yang berjanji akan menghiburkan peminat setia dengan lagu-lagu popular mereka.



Antara koleksi lagu-lagu hits mereka  adalah ‘Mahligaimu Dari Air Mataku’, ‘Airmata Saksi Cintaku’.’ Wangian Cintamu’, ‘Sekelip Mata Kau Berubah’, ‘Airmata Dihari Persandinganmu’, ‘Biar Pedih Kasih Terhiris’, ‘Terserah Padamu’, ‘Tatirana’, ‘Malang, Rindu Dipuncak Mahligai’, ‘Cinta Itu Ketawa Dan Air Mata’, ‘Terima Kasih Segalanya’ dan banyak lagi.


Kumpulan SCREEN yang turut dikenali di Klang mencipta nama menerusi lagu 'Tak Suka Tak Apa' dengan album pertama mereka, 'Sha Na Na' meraih jualan 50,000 unit.



Sehingga 2001, kumpulan SCREEN telah berjaya menghasilkan sebanyak enam album,[  dan 10 album sehingga 2010.


Manakala Kumpulan AKAR pula popular dengan lagu-lagu yang membawa tajuk berkaitan seperti ‘Baru Betul’. Biar Betul’ dan ‘Memang Betul’.



Mereka aktif pada tahuh 90an namun hanya mempunyai tiga album rakaman iaitu ‘Mentalis’ (2002), ‘Baru Betul' (2003) dan terakhr ‘Memang Betul’ yang dirakam pada tahun 2004.


Dan kini  memang betul lah mereka akan kembali mengubati rindu peminat yang sudah lama tidak mendengar lagu-lagu Kumpulan Akar seperti ‘Seteru & Keliru’. ‘Asmsra Mentalis’ mahu pun ‘Realiti Kau Fantasi’.



Ayuh jadikan keinginsn anda untuk mengembalikan nostalgia masa lalu bersama Lestari. Akar mahu berhibur kembali dengan pesembahan Ringgo Arrow dengan lagu-lagu nyanyiannya seperti ‘Aku Tak Marah’, ‘Sendu Di Hatimu’,  ‘Rindu Di Jiwaku’ dan ‘Niat Hati Tak Nak Berpisah’.


Sehubungan itu ,jika tak nak berpisah apa kata melaksanakan tempahan supaya tidak lah 'putih mata' bila kehabisan tiket nanti.


Tandakan tarikh 29 Oktober 2022 ini dalam kalendar.


Menurut Affendi setiap pembelian tiket akan diberikan baju t berlatarkan foto Kumpulan Lestari serta Akar dan parfum sambil menikmati hidangan makan malam enak manakala halwa terlinga dihiburkan  dengan lagu-lagu popular.


“Kami menjanjikan satu malam penuh kenangan di mana sambil berhibur kita juga mendapat pahala dengan beramal,” jelas Affendi.


Beliau turut memaklumkan peraancangsn untuk menjayakan 'road tour' konsert amal sekiranya konsert amal legend ini berjaya dan mendapat sambutan hangat.


"Jika konsert amal pertama ini berjaya kami akan mengadakan roud tour konsert amal ini bersama kumpulan rock tanahair yang popular seperti Lefthanded, Wings, Spring dan lain-lain," akhiri Affendi.



#ShowcaseLegendAmalLiveInDine #PAKAT #RichOne #KlangExecutiveClub #Amal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan