Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DYA GUNA KONSEP 'DIVIDE & CONQUER' TINGKATKAN JUALAN, SASAR RAIH RM1 JUTA


JIKA
 mahu diceritakan mengenai produk yang dinamakan ‘cutfix’ sudah tentu ramai yang mengetahuinya khusus golongan obesiti atau pun yang rasa badan sedikit gempal, jadi mahu turunkan sedikit gitu.


Kenapa Kak Fas kata sedemikian? 


Sebabnya sesiapa yang melayari internet, taip aje ‘cutfix’ pasti akan keluar berjela-jela testimoni pengguna yang mengamalkan produk yang mampu mengurangkan berat badan ini.


Malah lebih menarik apabila pengasasnya, Dya Che Rapi aktif mempromosikan produknya melalui platform sosial yang kini semakin popular, ‘Tik Tok’.



Tetapi bila hendak mencari mengenai latar belakang Dya, tiada satu pun laporan atau siaran media mengenai usahawan wanita ini.


Berpeluang bertemu dengannya dalam satu jamuan hi tea eksklusif di sebuah spa, Pinkidia yang ditempah khas untuk meraikan ejen jualannya baru-baru ini, Kak Fas dapat melihat sisi Dya yang boleh digelar ‘wanita besi’.


Betapa tidaknya, dalam wawancara yang berlangsung santai bersama kira-kira 8 orang team jualannya yang aktif, Dya yang sempat menceritakan pengalaman jatuh bangunnya dalam perniagaan tetap mampu senyum dan bersyukur dengan rezeki diperoleh walau pun berdepan pandemik COVID-19 mahu pun pengalaman ditikam di belakang oleh rakan seperjuangan.



“Tetapi alhamdullah semasa pandemik. perniagaan yang baru saya mulakan pada 2020 itu  tidak terjejas memandangkan jualan dalam talian tidak terganggu malah semakin meningkat, “ ujar Dya bersyukur.


Berkongsi detik tercetusnya idea untuk mengusahakan bisnes, Dya memberitahu segalanya bermula apabila dirinya sendiri mengalami masalah pencernaan.


“Saya memang sukar untuk membuang dan sering mengalami senggugut sehingga ke tahap mengalami ‘buasir’. DIsebabkan itu saya mencari formula yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi,” ujar Dya mengenang kembali detik bermulanya beliau membuka perniagaan sendiri.


Setelah yakin dan menjadikan diri sendiri testimoni keberkesanan produk baharulah Dya berani membuka pasaran untuk orang ramai.


“Sebenarnya sebelum ini, Dya memang suka berniaga tetapi produk orang. Apa sahaja pun Dya jual… segala ‘mak nenek’,” ceritanya disusuli ketawa kecil.



Bermula dengan dua produk iaitu ‘detox booster’ - ‘Jelly Bliss’ dan ‘Jelly Bright’ beliau kemudiannya  mengeluarkan  minuman ‘Cutfix’ berperisa Cokelat dan Caramel Machiato.



Kini, setelah dua tahun berkecimpung dalam perniagaan, Dya bersyukur produknya mendapat perhatian pengguna apa tah lagi setelah mempraktikkan konsep ‘Divide & Conquer’ dalam proses pemasarannya.


“Mula-mula saya campuradukkan kesemua produk dalam satu platform jualan tetapi setelah menggunakan konsep ‘Divide & Conqure’ di mana saya tumpukan pada satu produk sahaja, jualannya cepat meningkat,” jelas Dya sambil memberitahu mengenali setiap masalah pelanggan dengan lebih rapat banyak membantu jualan.


Tidak mahu pelanggan dibiarkan membeli produk tanpa mengetahui khasiat dan permasalahan yang dihadapi, Dya berkata, ‘bukan setekat menjual produk sahaja, saya tumpukan kepada perkembangan mereka bagi mendapat maklum balas kesannya selepas pemakanan.’


Dengan mempraktikkan pendedatan itu, Dya yakin mampu sasarkan jualan mencapai RM1 juta menjelang akhir tahun.


“InsyaAllah,” sahut kesemua team jualannya yang hadir malah rata-rata mereka  mengakui konsep ‘divide & conquer’ diperkenalkan Dya mampu membantu mereka melonjakkan jualan.



Menariknya apabila mendengar pendapat salah soranng daripada mereka iaitu Intan   Juliana yang mendedahkan sejak memakan produk Jelly Bright mahu pun Jelly Bliss beliau tidak lagi berdepan masaalah ditumbuhi bisul pada bahagian mukanya.


“Bisul saya tahap teruk sangat sehingga terpaksa selalu mendapatkaan rawatan di klinik tetapi sejak mengamalkan produk detox Dya, alhamdullilah bisul dah hilang dan dah lama tidak dijangkiti lagi,” ujar Intan (gambar bawah) puas hati sambil menunjukkan gambar-gambarnya sewaktu diserang bisul.



Kak Fas tengok memang nampak teruk sangat... nasib baiklah produk detox Dya berkesan padanya jika tidak pasti meratap seumur hidup huhu... 


Menurut rakan-rakannya yang lain, kesemua produk Dya memang benar-benar berkesan terutama menurunkan berat badan.


Apa tah lagi apabila mendapat jaminan SIRIM,  tidak timbul keraguan tentang kebaikannya kepada kesihatan dalaman.


“Ia memudahkan kami menyakinkan pengguna bahawa produk jualan kami selamat dan tidak berbahaya malah mampu memberikan kepuasan seperti yang dikehendaki samada untuk menurunkan berat badan atau mengatasi masalah kulit,” ujar salah seorang lagi ejen bernama Roshazalizah (gambar bawah, kanan).



Pendek kata, daripada cerita mereka kesemuanya dapat disimpulkan produk hasil usaha Dya memang bermanfaat dan jualan laku bak goreng pisang apatah lagi harga pun mampu milik bagi golongan B40.


Malah rata-rata lapan orang team jualan yang hadir melahirkan rasa puas dengan keberkesanan  kesemua produk jualan mereka apatah lagi apabila ada pengguna yang ‘happy’ apabila mampu menurunkan berat badan sehingga beberapa kilo dalam tempoh seminggu dua.


BERSAMA Adiknya yang turut membantu.

Nak tahu dan melihat testimoni para pengguna produk Cutfix atau Beauty Bliss dan Bright apa kata layari laman sosial Cutfix atau pun Tik Tok Dya Che Sapi. Banyak yang diperkatakan beliau serta penggunanya di situ.


Lebih dari itu, daripada penulisan yang dicatatkan dalam gambar di laman TIk Tok dapat diselami jiwa dan raga pengasasnya sendiri betapa beliau melalui pahit manis kala berniaga waima terasa anat pedih apabila di tiikam belakang kawan yang dipercayai sehingga pernah terasa nak 'give up'.


Namun berpegang pada ‘cepat cepat muhasabah diri, bangun sendiri dengan hanya berbekalkan doa mustajab keramat hidup… tetap ia terbang tinggi tanpa menjatuhkan sesiapa sebab Allah SWT  sentiasa ada bersama kita’.



Catatan-catatan seterusnya mencerminkan ketulusan dan kejujuran hati Dya dalam mengharungi cabaran seorang yang bergelar usahawan malah melihat pada senyuman serita keriangan yang dipancarkan daripada wajahnya membayangkan jiwanya gental.


Fokus pada yang masih bersama dan pegang tangan mereka sama-sama selagi mereka perlukan kita,” akhirinya sambil meluahkan rasa beruntung mempunyai rakan-rakan setia yang masih berjuang bersamanya.



Walaupun masih mahu membuka peluang kepada ejen baharu namun Dya tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu memilih yang berkualiti dan sanggup bersamanya membantu mempromosikan produk bukan semata-mata untuk wang ringgit tetapi keberkesananya yang nyata.


Setelah apa yang dilalui beliau  berpesan, 'belajar buat baik, jangan pernah berharap dari sesiapa pun untuk dibalas baik'.


Kak Fas: Setuju dengan pesanan dan prinsip Dya bak kata pepatah Inggeris ‘too many cooks spoil the broth’ jadi leibih baik tumpukan perhatian pada bilangan yang kecil daripada mempunyai ejen jualan ramai tetapi sekadar ‘tin kosong sahaja apatah lagi jika ada yang terfikir untuk menikam dari belakang seperti yang dilalui Dya. Tak gitu?



#Cutfix #BeautyBliss #BeautyBright #ProdukDalaman #Divide&Conquer #Detok

Tiada ulasan: