Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SELEPAS 'KACANG MACHA' GT SPICE HASILKAN KUDAPAN BAHARU 'MINNI', SASAR PASARAN GLOBAL



DAHULU kudapan pertama dihasilkan dinamakan ‘Kacang Macha’, terbaharu pengeluar GT Spice Manufacturers Sdn Bhd melebarkan bisnesnya memperkenalkan pula kudapan terbaharu di bawah jenama ‘MINNI’.


“Minni”  diilhamkan daripada nama akhir kedua-dua pengasas iaitu “Min” dan “Ni” namun Kak Fas tertarik dengan cerita bagaimana nama ‘Kacang Macha’ diinspirasikan terlebih dahulu.


Khabarnya, segalanya bermula daripada kenangan pengasas GT Spice,  Calvin Koh terhadap ayahnya yang suka membeli kacang.



“Saya masih terkenang detik berharga yang diluangkan dengan ayah, dia selalu membawa kami sekeluarga untuk membeli kacang putih setiap kali kami pulang ke Seremban pada hujung minggu. 


“Kacang putih itu dijual oleh seorang pak cik yang berniaga snek kudapan di Taman Tasik Seremban kawasan rekreasi terkenal,” kongsi Calvin


Tambah Calvin, bapanya sangat rapat dengan pak cik tersebut waima hubungan mereka sudah terjalin bertahun lamanya. 


Dan setiap kali ayahnya menurunkan tingkap kereta, pak cik itu akan bertanya, “Kacang, Macha?”.


“Inilah inspirasi di sebalik “Kacang Macha”, “ kenang Calvin ketika ditemui pada majlis pelancaran kudapan santai panggang ‘Minni’ di Selangor International Business Summit yang berlangsung antara 6 dan 9 Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.


FOTO Kredit: Sinarharian.


Majlis pelancaran disempurnakan bersama oleh Exco Industri dan Perdagangan Selngor, Datuk Teng Chang Khim (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Datuk Hasan Azhari Idris (tiga dari kanan).



Menurut Calvin, sebelum berhenti berniaga, pak cik tersebut berkongsi satu resipi muruku dengan bapanya. 


Dan beliau hanya terjumpa resipi berkenaan setelah bapanya meninggal dunia pada tahun 2009 di mana ketika itu keluarga Calvin  terlibat dalam perniagaan serbuk rempah sedangkan Calvin masih bekerja sebagai pegawai bank. 


Ketika itu juga,  Calvin berada di persimpangan kerjaya, namun beliau akhirnya mengambil keputusan meletakkan jawatan untuk memberikan sepenuh tumpuan pada penghasilan rempah dan muruku setelah menemui resipi muruku tinggalan ayahnya.


Calvin menubuhkan GT Spice Manufacturers Sdn Bhd pada tahun 2015 sebagai kenangan dan menghargai memori yang tercipta antara dua beranak ini.


Ternyata keputusan yang diambil untuk berniaga penuh tidak menghampakan di mana terkini beliau sudah mempunyai dua anak syarikat, iaitu GT Spice Manufacturers Sdn Bhd (bahagian pengeluaran) dan GT Snack and Spice Distributors Sdn Bhd (bahagian pengedaran dan pemasaran produk).



Dengan penghasilan ‘MINNI’, Calvini berhasrat untuk menarik pasaran golongan muda yang rancak bergaya melalui kudapan sihat yang dipanggang demi memenuhi citarasa masyarakat tempatan bahkan antarabangsa, dalam usaha mewar-warkan keenakan rasa asli dari Malaysia ke serata dunia.


Minni menawarkan kudapan panggang santai dengan rasa premium dan aneka perisa diperbuat daripada kacang pis kuning berkualiti tinggi. 


“Semua produk kudapan ini dipanggang, bukannya digoreng seperti snek kebiasaan. Kami ingin memastikan kudapan ini menawarkan alternatif yang lebih sihat untuk pengguna yang boleh menikmati kudapan ini serta-merta,” jelas Calvin.


Minni kini menawarkan tiga perisa asli dan pedas, iaitu Korean Spicy, Tangy Spicy, dan Tomato BBQ. Perisa kurang pedas pula bakal dilancarkan dalam beberapa bulan.



“Hasil daripada penyelidikan pasaran yang meluas, produk Minni yang terawal berperisa pedas demi memenuhi citarasa pengguna. Ramai daripada mereka, terutamanya golongan muda berminat dengan kudapan yang pedas-pedas. Namun yang pasti, kami sedang berusaha untuk menawarkan lebih banyak kudapan yang kurang pedas dalam masa terdekat,” jelas Calvin Koh sambil menambahkata Minni mesra vegan dan tidak mengandungi gluten, berlainan daripada “Kacang Macha”.


“Dalam usaha menembusi pasaran tempatan pada tahun ini, kami juga menyasarkan untuk melebarkan sayap ke pasaran rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2023, disusuli dengan pasaran Eropah pada tahun 2024,” kongsi Calvin dengan harapan penyertaan dalam sidang kemuncak antarabangsa ini bakal menjadi salah satu strategi untuk memperkenalkan jenama ini dalam pasaran tempatan, berfokus pada rantaian runcit yang menawarkan aneka produk gaya hidup seperti EMART24, MIX.MY, B.I.G, Jaya Grocers, Village Grocers, termasuklah rantaian antarabangsa.



Kesimpulannya. sambung Calvin, Minni menawarkan produk kudapan panggang manakala Kacang Macha menawarkan aneka muruku daripada pelbagai acuan berbeza. 


“Jenama lain seperti 1001Rempah pula menawarkan barisan produk rempah yang boleh digunakan dalam masakan dan sebagai penyedap rasa,” akhiri Calvin.


Sekiranya anda berhasrat membeli produk Minni, Kacang Macha, dan 1001Rempah secara dalam talian, boleh melayari laman web http://gtsgroup.my/ atau KLIK DI SINI.



#MINNI #KacangMacha #GTSpiceManufacturers #GTSnack&Spice #Produk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan