Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON X MAMEE PERKENAL 8 MAKANAN SEGERA ALA KOREA, SESUAI SELERA RAKYAT MALAYSIA


MUNGKIN anda penggemar makanan ringan seperti antaranya yang dibawakan jenama yang terkenal dengan mascot ‘raksasa berbulu biru - Mamee’ atau pun lebih suka dengan makanan berperisa Korea al maklum peminat KPop.


Jika kedua-duanya citarasa dan selera anda barangkali boleh menjamu selera di pasaraya terkemuka AEON khususnya di bahagian AEON Delicatessen yang kini sedang mempromosikan kempen AEON x DAEBAK.


Annyeonghaseyo!


Iya, sejak 3 Oktober lalu AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi bersama MAMEE-DOUBLE DECKER DISTRIBUTION (M) SDN BHD bahagian MAMEE FOOD SERVICE untuk menghasilkan  8 pilihan makanan ala Korea.


“Demografi pelanggan kini semakin dinamik dan ini mempengaruhi permintaan mereka. Oleh yang demikian, AEON mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi pilihan dengan kolaborasi bersama MAMEE agar pelanggan AEON boleh menikmati aneka makanan ala Korea,” ujar Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON (gambar atas, kiri) pada majlis pelancaran kempen AEON x DAEBAK di AEON Lounge Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut menyempurnakan majlis, Felix Pang (tengahselaku Pengarah Eksekutif Mamee dan Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE (kanan) serta wakil pengurusan daripada kedua-dua belah pihak.


FOTO Kredit IG @Mamee.my.

Menurut Azidah, AEON berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan MAMEE, iaitu jenama snek tempatan terkemuka yang dikenali dengan pelbagai rangkaian produk.


“Jalinan ini membuktikan AEON dapat menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang mudah dan cepat kepada pelanggan, di samping mengekalkan citarasa Korea dalam rangkaian produk ini,” tambahnya.


Kolaborasi antara AEON dan MAMEE ini bertujuan menggiatkan lagi pertukaran budaya makanan Korea di AEON Delicatessen. 

.

Pilihan makanan ini bertumpu kepada produk-produk yang ditawarkan di Delicatessen dan La Boheme  seperti:


  • Pita Ayam Bulgogi Spice + Pita Ayam Kimchi (1set), Sosej Jagung Mini, Peha Ayam Suku BBQ Kogi, Set Ayam Korea, K-Spiced Sup Oden, Ban Ayam Kimchi, Ban Ayam DAEBAK dan Piza Ayam DAEBAK 1⁄6. 


Produk-produk ini boleh didapati di semua outlet AEON Delicatessen dan La Boheme di AEON mulai 3 Oktober 2022 dan AEON BiG mulai 17 Oktober 2022. 


Sesungguhnya, kolaborasi AEON dan Mamee ini sudah pastinya memberi senyuman kepada pelanggan AEON untuk mencuba pilihan produk ala Korea semasa kempen AEON x DAEBAK ini berlangsung.


“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan lagi keupayaan AEON untuk menawarkan lebih banyak pilihan produk merangkumi pastri, set makanan, dan banyak lagi di semua cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh negara,” jelas Azidah.



Sementara itu, Jennifer Chee berpendapat kolaborasi yang dimeterai dengan peruncit gergasi seperti AEON ini membolehkan pihaknya memperkenalkan lebih banyak pilihan makanan berasaskan Korea kepada peminat Mamee serta pelanggan AEON. 


“Yang lebih menarik, konsep produk yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak adalah makanan yang ringkas dan boleh terus dimakan. Maka, kolaborasi ini menjadi lebih menarik dan seterusnya mampu menggamit peminat Mamee untuk menikmati tawaran di AEON Delicatessen ini,” tambah Jennifer yang menyambut baik cadangan Azidah untuk teruskan kempen lebih dari sebulan atau pada tempoh tertentu jika mendapat sambutan hangat.


SET Ayam Korea (kiri) dan Peha Ayam Suku BBQ Kogi.


Sejujurnya Kak Fas memang sukar untuk menjamah makanan asing selain masakan Melayu sungguh pun dah serata dunia Kak Fas  berkunjung waima tinggal di London dan India beberapa tahun semasa kanak-kanak dan remaja, tetapi entah kenapa tekak ini memang tekak Melayu huhu....


Barangkali disebabkan ibu selalu masak di rumah jadi jarang makan makanan asing waktu itu namun apabila berhadapan dengan lapan masakan segera yang diperkenalkan AEON x MAMEE, Kak Fas beranikan diri mencuba.


Iyalah kata orang tak kenal tak cinta, tak rasa tak tahu ya tak? 


Mula-mula Kak Fas rasa Ban Ayam Daebak, berbentuk macam bintang lima penjuru berisi ayam cincang. Boleh tahan, tak pedas dan sesuai dengan citarasa dan tekak Kak Fas, malah bila diberikan pada kanak-kanak di rumah kemudiannya, mereka pun suka.


Jadi kira ini antara makanan ringan yang sesuai pelbagai peringkat usia dan tidaklah terasa Korea sangat.


Ban Ayam Kimchi (kiri) dan Ban Ayam Daebak sesuai selera Kak Fas.


Tetapi jika nak rasa sedikit pedas bole cuba Ban Ayam Kimchi. Ini kanak-kanak pasti tidak berapa nak makan sebab pedasnya terasa kecuali yang suka pedas. Kak Fas tak pernah nak makan kimchi tetapi ada isian kimchi didalamnya bersama ayam. Apa pun boleh la telan, sedap juga.


Selain itu, Piza Ayam Daebak pun kira boleh telan sebab 'Topping' nya campuran ayam, sos korea dengan lada capasicum hijau.


PIZA Ayam Daebak; Sup Oden, Pita Ayam Bulgogi Spice & Pita Ayam Kimchi dan Sosej Jagung Mini.


Pendek kata, Kak Fas percaya lapan pilihan yang diketengahkan menepati citarasa dan selera rakyat Malaysia berbilang kaum dan dengan harga serendah RM4.24 bagi sepotong piza hingga RM18.90 bagi satu set sosej jagung mini, ia mampu mengenyangkan bagi mereka yang mahu mengisi perut dengan makanan segera dan ringan. Memang boleh mengenyangkan.


Apa pun, lapan jenis makanan yang tersedia berkenaan merupakan kolaborasi fasa pertama AEON bersama MAMEE dan jika sambutannya merangsangkan kemungkinan ada beberapa lagi resepi lain yang dalam perancangan untuk diperkenalkan. 


Kita tunggu je nanti ya..



#AeonXDaebak #AEON #MAMEE #AEONBig #LaBoheme #AeonDelicatessen #Food



Tiada ulasan:

Catat Ulasan