Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

UKM-NK BIOCELL METERAI PERJANJIAN BANGUNKAN TEKNOLOGI RAWATAN KANSER


MALAYSIA, secara dasarnya mencatatkan lebih 48,000 kes kanser baharu dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana angka ini bakal berganda menjelang 2040.


Bahkan, terdapat lebih 50 pakar onkologi yang mencatatkan nisbah 1 doktor pakar kepada 220,000 pesakit. 


Angka yang membimbangkan itu bakal membebankan sistem kesihatan negara dan memberi impak kepada emosi, fizikal dan kewangan pesakit kanser di Malaysia.

.

Jadi sudah semestinya pakar-pakar memerlukan cara rawatan yang terbaharu bagi merawat pesakit kanser dan terkini, rawatan NK Cell didapati menjadi salah satu langkah rawatan pilihan.


Sebuah badan dari Korea Selatan, ImmunisBio Co. Ltd. (Korea) telah membangunkan dan mematenkan teknologi yang dikenali sebagai MYJ1633, yang mengandungi NK Cell dan NKT Cell yang diaktifkan.


Sehubungan itu, satu Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan NK Biocell Sdn. Bhd. telah berlangsung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) baru-baru ini. 


Perjanjian ini membolehkan UKM menghasilkan MYJ1633 yang mengandungi sel pembunuh semula jadi (NK Cell) dan sel T pembunuh semulajadi (NKT Cell), untuk pasaran Malaysia melalui NK Biocell Sdn. Bhd.


NK Cell merupakan sebahagian dari sistem imun manusia yang memainkan peranan penting dalam memusnahkan sel tumor dan sel yang dijangkiti virus serta berpotensi untuk merawat pesakit kanser.


Disebabkan oleh keupayaan sel-sel tersebut, kajian telah dijalankan dan menunjukkan bahawa sel-sel ini berpotensi digunakan untuk rawatan imunoterapi kanser (Choi et al., 2019)


Dr. Wan Kamal Mujani.


“Saya berharap usahasama ini dapat memberi manfaat kepada negara. Usahasama badan-badan kerajaan dan swasta seperti ini membuka sempadan baharu kepada institusi pengajian seperti kami untuk mengkaji penemuan-penemuan baru demi menghasilkan produk dan perkhidmatan rawatan yang terbaik kepada masyarakat. 


"Kami di UKM juga berharap dapat menghasilkan produk perubatan untuk rawatan kepada pelbagai jenis penyakit di makmal yang mendapat pengiktirafan CGMP dan CTERM UKM,” ujar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani pada majlis MoU berkenaan.


Turur hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NK Biocell Sdn. Bhd, Dr. Park Ji-Youn; Pengarah Perubatan NK Biocell, Dr. Lan Leong Chung; Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor; Timbalan Dekan (Jaringan dan Alumni) Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Marina Mat Baki; Ketua Jabatan Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTERM) UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busra; Ketua-ketua jabatan dan pakar-pakar kesihatan di Malaysia.


Dr. Park Ji-Youn.


Sementara itu, Dr. Park Ji-Youn berpendapat perjanjian yang ditandatangani merupakan pencapaian kepada kedua-dua pihak dalam bidang Sains, Teknologi dan Perubatan.


“Kini, kami mampu menghasilkan MYJ1633 yang selamat dan telah mendapat kelulusan dari Agensi Farmaseutikal dan Peralatan Perubatan (PMDA) Jepun untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya pesakit kanser dan autoimun.


“Dengan bantuan CTERM UKM, kami berjaya mendaftarkan MYJ1633 dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia. Saya ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dan percaya perjanjian ini akan memberi manfaat kepada semua,” tambah Dr. Park Ji-Youn.


Pendek kata, perjanjian UKM-NK Biocell Sdn. Bhd. ini bakal memberikan harapan baru kepada pesakit kanser di Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan selain kemoterapi dan sebagainya. 


Hal ini membolehkan pesakit memilih rawatan mengikut kemampuan dan kesesuaian menepati keperluan rawatan berterusan.


DARI kiri: Dr. Abdul Halim, Dr. Wan Kamal,  Dr. Park Ji-Youn dan Dr. Lan Leong. 


#Kanser #UKM #NKBioCell #NKCell #WHO #RawatanKanser #MYJ1633 #HUKM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan