Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ICE WATCH LIGHT UP THE NIGHT RUN TAMPIL MEWARNAI MALAM 3 DISEMBER 2022, DAFTAR CEPAT...!


LARIAN
yang sering menjadi buruan ramai khususnya penggemar jenama jam tangan buatan Belgium, ‘Ice Watch’ kembali buat kali kelimanya setelah hampir tiga tahun tergendala akibat serangan COVID-19.


Kini bulan Disember akan menyaksikan sekali lagi, komuniti pelari berkumpul untuk sama-sama menyertai ‘Ice Watch Light Up The Night Run 2022’ setelah kali terakhir diadakan di  sebelah siang pada tahun 2019 dengan nama ‘Ice Watch Light Up Your Day Run’.


Bertempat di lokasi sama, IOI City Mall, Putrajaya, larian anjuran Ice Watch dan The Marathon Company ini bakal diadakan pada 3 Disember 2022 dengan pilihan larian sejauh 5km dan 10km.



Tahun ini, Ice-Watch diilhamkan oleh warna ekspres bagi menpromosikan gaya hidup lebih sihat sekali gus meraikan identiti yang berwarna-warni, sporty dan bergaya sesuai rekaan jenama itu!



“Walau apa pun umur atau kemampuan anda, ICE-WATCH Light Up the Night Run 2022’s 10KM dan 5KM adalah untuk menjadikan seluruh keluarga aktif, sambil berseronok dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama yang berkait rapat dengan kesihatan seseorang individu itu,” ujar Pengarah Time. Zone Malaysia, Mirzan Meer ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Ice Watch Light Up The Night Run’ di IOI City Mall baru-baru ini.



Turut hadir Datuk Seri Meer Sadik dan isteri, Pengerusi Kumpulan HABIB, Pengarah projek The Marathon Company, Hafiz Md Khas dan Chris Chong selaku Pengurus Besar IOI City Mall serta Hunny Madu sebagai pengacara.


Menurut Mirzan, dengan kembalinya acara larian untuk seisi keluarga ini, diharap dapat mempromosikan gaya hidup sihat di samping membawa keseronokan dan warna dalam hati sanubari setiap pelari amatur mahu pun yang gemar berlari khususnya kepada mereka yang sering mengikuti larian Ice Watch sejak dianjurkan empat kali lalu.



Berkongs lanjut tentang Koleksi generasi ICE yang diperkenalkan  pada harga RM489, Mirzan memberitahu, setiap peserta yang mendaftar untuk slot VIP berharga RM150 berpeluang memperoleh jam tangan percuma manakala yang memilih untuk mendaftar pada kategori RM55, RM65 atau RM150 juga berpeluang. memiliki Ice Watch tetapi pada harga istimewa yang akan didedahkan kelak. 


Sila lihat kategori-kategorinya di bawah ini:




Dengan saiz kecil berukuran 38 mm dan sederhana 43mm, model koleksi Ice Generasi serta Ice Unity diperbuat ringan. sesuai digayakan pelari dalam pilihan pelbagai warna bak pelangi.


Untuk detik-detik yang lebih glamor, generasi ICE bersinar dalam warna hitam atau putih, diselingi dengan sentuhan yang jelas. 


Dari dail sinar matahari kepada biasa atau classic dials, daripada selongsong kalis air (10 ATM) kepada tali kalis air, kali ini, Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 pasti memukau. perjalanan pelari samada untuk ‘Fun Run’ atau Larian terbuka untuk Lelaki & Wanita.



Diperkenalkan dalam kotak BeCubic yang boleh diguna pakai semula menjadi kotak pelbagai guna, ia mencerminkan kesediaan Ice Watch yang semakin. meningkat untuk membangunkan pendekatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan  iklim semasa. 


Ia diperbuat daripada sisa plastik kitar semula  dari pembuatan industri plastik sekali gus membersihkan alam sekitar dari dicemar menjadikan bumi segar selaras dengan kehendak ekonomi yang lebih mampan.



Apa pun untuk maklumat pendaftaran dan sebagainya boleh layari laman web www.racexasia.com atau KLIK SINI,


Jadi apa tunggu lagi Yob atau Yong, jom kita ramai-ramai  secara individu berusia dari 12 tahun ke atas atau keluarga yang mempunyai anak dari usia melebihi  5 tahun, pakat terangi malam 3 Disember 2022 kelak di persekitaran IOI City Mall bermula ‘flag off’ pada 8.30 malam ya.


Memetik kata pelakon Nora Danish yang terkenal dengan wataknya sebagai Puteri dalam drama  judul sama…. jom ‘Kita Enjoy!’



#LightUpTheNightRun #Habib #TheMarathonCompany #IceWatch #KitaEnjoy


Tiada ulasan:

Catat Ulasan