Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KASYARA PILIH 'GERIMIS MENGUNDANG' TAMBAT HATI PEMINAT NEGARA SERUMPUN



LAGU
Gerimis Mengundang’ nyanyian asal Zamani bersama kumpulan Slam sudah lebih dua dekad dilahirkan komposer terkenal dengan muzik genre  pop balada, Saari Amri.


Malah ‘Gerimis Mengundang’ yang masih menjadi siulan ramai hingga kini dilaporkan pernah dirakam dalam 24 versi saduran oleh penyanyi pelbagai negara dan bahasa bahkan  pada Anugerah Industri Muzik Indonesia pada tahun 1996, ia memenangi kategori Lagu Terbaik.


Ternyata penangan lagu single pertama daripada album kompilasi ‘Terbaik Slam’ ini terus unggul sehingga terbaharu ia kembali menjadi pilihan penyanyi duo,  Kasyara band yang dianggotai vokalisnya, Kensen dan pengasasnya, Faizal Andri Lubis.


Sebagai warga Indonesia tentu anda ingin mengetahui lebih lanjut siapa kedua-dua artis ini kan?



Khabarnya, minat yang mendalam terhadap bidang muzik berjaya membawa produser serta komposer profesional Indonesia iaitu Faizal Andri Lubis ke peringkat yang tidak pernah dijangka beliau.


Penglibatannya bersama beberapa nama besar industri muzik Indonesia antaranya Tompi, Glenn Fredly dan Radja Band merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.


Lebih manis, Faizal sempat bersama sebahagian dari kumpulan Noah menggantikan David satu ketika dahulu.


Terkini  Faizal memulakan langkah sebagai produser dengan mencungkil bakat bakat muda di Indonesia dan Malaysia.


Dalam perjalanan kerjayanya itulah Faizal  bertemu Kensen yang disifatkannya mempunyai kualiti vokal sebaik Aril daripada Noah Band waima ketika itu Kensen mula mendapat perhatian ramai apabila tular kerana kualiti vokalnya yang memukau.



Bermula detik itu, Faizal dan Kensen bersatu hati dengan menubuhkan kumpulan yang dinamakan Kasyara band pada Ogos 2021, nama yang diinspirasikan daripada

kenangan nama arwah anak Faizal yang meninggal dunia ketika berusia 7 tahun pada 2 tahun lepas.


"Kasyara juga bermaksud 'tampil hebat'," ujar Faizal tenang malah Kak Fas yakin ketika itu juga bayangan serta detik-detik manis puterinya itu bermain dalam mindanya.


Apa pun yang pasti setelaah melancarkan beberapa buah lagu, Kasyara mendapat sambutan memberangsangkan peminat muzik di Indonesia.


Mula sedar akan karya mereka yang berjaya memukau peminat, Kasyara akhirnya mengambil keputusan untuk melebarkan sayap ke Malaysia dengan menampilkan karya agung  ‘Gerimis Mengundang’ memjadi single terbaru mereka sebagai batu loncatan memikat hati pemdengar di Malaysia.


Kenapa memilih ‘Gerimis Mengundang’?


“Kekuatan Gerimis Mengundang merupakan satu karya yang  terkenal di Indonesia  dan apabila lagu tersebut dicadangkan kami bersetuju,” ujar Faizal ketika ditemui bersama Kensen pada majlis sidang media pelancaran album sulong Kasyara bertajuk 'Diantara dan Lainnya'  baru-baru ini.


KASYARA dianggotai Kensen (tengah) bersama Faizal (kanan) dan Kellie Azman mewakili Fabis Malaysia Music.


Selain ‘Gerimis Mengundang’ 10 buah lagi lagu Kasyara dalam album berkenaan yang kini sudah berada di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Joox, iTunes, YouTube music dan lain-lain lagi meliputi lagu-lagu berjudul ‘Hanya Sementara’, ‘Terbang’, ‘Dunia Pura-Pura’, ‘Cinta Tak Bicara’, ‘Ruang Hati’, ‘Berbagi Langit’, ‘Jangan Katakan Cinta’, ‘Hampir Tak Bernafas’,  ‘Aku Dan Kau’ serta  ‘Peace The World’.


Untuk rekod, video muzik 'Gerimis Mengundang' yang telah pun dipertontonkan  di saluran Youtube FABIS INCORPORATION bermula 1 julai 2022 lalu  mendapat komen positif daripada peminat dan sambutan cukup menggalakkan.



Jelas Faizal selaku pemain keyboard Kasyara, 'Gerimis Mengundang' versi mereka diberi sentuhan terbaharu bagi penyesuaian pendengar tahun 2022.


“Ketika pertama kali menyanyikan Gerimis Mengundang versi ini, terasa segala memori ketika kecil semasa lagu ini hangat diputarkan kembali menjengah.


“Malah ia satu ‘kenangan’ yang amat diperlukan dalam menyampaikan lagu yang sarat dengan lirik menyentuh emosi ini. Jadi saya amat berharap tidak terpalit dengan situasi dibandingkan dengan penyanyi asal seperti yang terjadi kepada penyanyi lain," jelas Kensen sambil berharap peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati susun atur 'Gerimis Mengundang' versi Kasyara.



Kak Fas: Memang mantap vokal Kensen dan lagu 'Gerimis Mengundang' versi Kasyara mengundang lagi penambahan koleksi lagu nyanyian Zamani itu dalam pelbagai genre. Tentunya satu penghormatan apabila ia dilancarkan terlebih dahulu di Malaysia!



#Kasyara #GerimisMengundang #KumpulanSlam #Zamani #Fabis Incorporation




Tiada ulasan: