Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERBELANJA MINIMA RM500, PELUANG MENANG BAUCER RM5,000 DI SURIA KLCC


MUNGKIN KAH
menjelang tahun ini anda rasa bertuah sebab semalam mimpi bulan jatuh ke riba haha...


Apa pun segalanya bergantung kepada rezeki... hanya Allah SWT yang mengetahui nasib seseorang.


Bagaiamana pun usaha itu perlu ya tak... jadi apa kata jika ada cadangan hendak berbelanja, berkunjung sahaja ke Suria KLCC kerana sejak 27 Ogos lalu hingga 18 September ini, ada dua baucer beli-belah bernilai RM5,000  diberikan setiap hari sepanjang tempoh kempen 'The Golden Ticket.'


Tetapi bukan diberi percuma sahaja tau kerana anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk membawa pulang tiket emas bernilai RM5,000 itu. 


Kempen ‘The Golden Ticket’ kembali ke Suria KLCC untuk kali yang ketiga lanjutan dari sambutan hebat pada tahun 2020 dan 2021.



Sebanyak 100 kotak misteri  ‘dihidangkan’ di Centre Court yang mana di dalam salah satu kotak tersebut, terdapat sekeping ‘Golden Ticket’.

Lebih menarik mengenai kempen cabutan bertuah ini, pelanggan yang tidak bertuah untuk memenangi ‘Golden Ticket’ pasti akan menerima ganjaran ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50 yang di isi di dalam setiap kotak 

Para pemenang ‘Golden Ticket’ juga akan diraikan dengan pengalaman mengambil gambar di laman “The Wall of Winners”.

Gambar dan video pemenang yang bertuah akan dilayarkan di skrin digital berputar yang berlokasi di Centre Court. 

Dua pemenang bertuah akan dipilih secara rawak melalui dua sesi cabutan yang mana cabutan pertama akan di adakan pada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang manakala sesi cabutan kedua akan berlangsung pada jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam. 



100 tiket yang baru akan di tambah pada setiap sesi untuk direbut. 

Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya. 

Wow! Mudah aje kan? Berbelanja RM500 dapat RM5,000. Siapa tak nak ya tak?

Setiap pelanggan dibenarkan untuk menyertai sesi cabutan ‘Golden Ticket’ terhad untuk satu kali setiap hari namun sesi cabutan tersebut hanya sah diadakan pada hari resit pembelian. 



Dalam usaha mempromosikan kempen ini, ‘mobile truck’ Suria KLCC yang dihiasi tema ‘Golden Ticket’ telah berarak di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memeriahkan sambutan kempen dan bertujuan sebagai pratonton terhadap peluang keemasan yang menanti para pelanggan Suria KLCC. 



Di samping itu, Kotak Misteri juga disediakan semasa Kempen ‘Golden Ticket’ Bergerak Mini ini yang mana setiap kotak mengandungi ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM10 dan juga ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM50. 


“Kami amat berbesar hati untuk kembali dengan Kempan ‘The Golden Ticket’ pada tahun ini melihat pada sambutan yang sangat hebat pada tahun-tahun yang lepas daripada pelanggan setia kami. Kempen ini dilihat menerima penghargaan yang tinggi apabila kami berusaha memastikan hampir kesemua pelanggan yang berbelanja akan membawa peluang sebentuk ganjaran,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.

Menurut beliau, dengan kelangsungan pandemik yang semakin dalam kawalan, diharapkan agar  inisiatif ini memberi impak yang positif untuk para peruncit di Suria KLCC dan secara tidak langsung membantu peningkatan ekonomi negara menginjak akhir tahun 2022.



#GoldenTicket #SuriaKLCC #Baucer #TheWallOfWinners #LuckyDraw #Shopping


Tiada ulasan: