Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUNJUNGI FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA DI DATARAN MERDEKA HINGGA 25 SEPT.


SEMPURNA
sudah majlis perasmian Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2022 (FPM@KL2022) oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Norazman Othman yang berlangsung penuh meriah bermula jam 9 pagi tadi.


Beliau mewakili  Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.


Bertempat di Dataran Merdeka, seramai 1,368 peserta terdiri daripada badan beruniform dan sektor korporat yang terlibat bersama orang awam membanjiri lokasi majlis seawal jam 7 pagi.


Festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menerusi JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu mengangkat permainan Malaysia sebagai teras bagi program ini, disokong oleh lain-lain pengisian untuk penglibatan masyarakat. 


Program yang telah memasuki tujuh (7) tahun penganjurannya berkonsepkan festival yang merangkumi pelbagai aktiviti dan pengisian seperti pertandingan permainan tradisional, permainan interaktif, pameran, demonstrasi, persembahan serta jualan.



“Festival ini diharap akan terus menjadi acara tahunan negara dalam mengangkat dan memulihara keunikan kesenian serta kepelbagaian warisan tradisi rakyat Malaysia. Selain itu juga, penganjuran festival ini diharap dapat menyediakan peluang penjanaan pendapatan kepada usahawan seni budaya dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat serta membantu NGO seni budaya melalui acara sebegini,” ujar Norazman melalui ucapannya.


Pengisian utama FPM@KL 2022 adalah pertandingan permainan tradisional di antara badan beruniform dan juga sektor korporat yang dikelolakan oleh Kelab Sukan Tradisional Harmoni. 



Selain pertandingan permainan tradisional antara badan beruniform dan sektor korporat, orang ramai berpeluang menyertai Permainan Lagenda Rakyat seperti kelereng, kaki hantu, lari dalam guni berkembar, tarik upih / guni dan terompah gergasi


Pengisian-pengisian lain juga yang pastinya menarik adalah aktiviti pocket bike, pasar basikal, bazar selebriti, bazar jualan produk seni budaya dan banyak lagi.


Turut diadakan adalah Pertandingan Gasing Pangkah yang juga dikenali sebagai MyGasing Championship, Kejohanan Tarik Tali Terbuka Malaysia dan Pertandingan Pocket Bike yang akan melibatkan pelumba cilik terdiri daripada kanak-kanak. 


Selain melibatkan penyertaan daripada negeri-negeri di Malaysia, dua pasukan antarabangsa iaitu Singapura dan Brunei juga dijangka turut serta dalam Pertandingan Gasing Pangkah pada tahun ini.




Bagi memeriahkan lagi penganjuran FPM @ KL 2022, dua acara larian  diadakan iaitu Larian Keluarga Malaysia dan KL Cultural Fun Run & Ride


Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. 


Maklumat lanjut dan pendaftaran masih boleh dibuat melalui laman web www.raceasia.com. memandangkan acara akan berlangsung sehingga 25 September 2022 depan.


Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.


Artikel berkaitan boleh klik LINK INI.


Untuk mengetahui jadual  acara sila lihat di bawah:



#FestivalPermainanMalaysia #DataranMerdeka #JKKN #DBKL #RaceAsia #Larian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan