Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MATRADE RAI PENGALAMAN 40 TAHUN METAHOVER TARIK PELABURAN RM1B


LANJUTAN daripada kerjasama rasmi yang diadakan baru-baru ini (baca  artikel di LINK INI)  antara Pembuat Alat Ganti Besi Berketepatan Tinggi - Metalmach Micro Technology (MMT) dan pembekal bahan bantuan pembuatan dari China, Future Hover Industrial Co. Ltd (Future Hover) untuk melabur RM1 Billion bagi menjadikan Malaysia destinasi pilihan untuk pengeksportan semikonduktor di Asia Tenggara dan dunia, menyaksikan pelancaran rasmi METAHOVER pula disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, di  MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) baru-baru ini.



Turut bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport),  Sharimahton Mat SallehDato Iqmal Shafiq bin Dato’ Seri Mohd Haniff,  Pengerusi MMT; Low Kim Yoong, Pengarah Operasi MMT; Alfred Foo, Pengarah Perniagaan (Malaysia)  Future Hover; Dato Seri Mohd Haniff Aziz, Naib Presiden Perikatan Strategik dan Amran Yem selaku Pengarah Kanan (Bahagian Promosi Eksport & Akses Pasaran) MATRADE.


DARI kiri: Naim Abdul Rahman, Mohd Haniff Aziz, Low Yin Chee, Sharimahton, Mohd Mustafa, Low Kim Yoong, Alfred Foo, Iqmal Shafiq dan Amran Yem.

“Dengan pengalaman 4 dekad Metalmach Micro Technology dalam pembuatan berketepatan tinggi dan acuan, kami percaya syarikat ini berkemampuan untuk menghasilkan peralatan dan komponen mesin berkualiti tinggi yang digunakan dalam pelbagai sektor seperti semikonduktor, peralatan perubatan, automotif, aeroangkasa, Elektrik & Elektronik dan industri-industri lain. Reputasi ini menarik minat perniagaan luar negara untuk bekerjasama,” ujar Sharimahton Mat Salleh dalam ucapan beliau.


Menurut Sharimahton, hasil daripada kerjasama yang bernilai RM1 billion  mensasarkan pulangan sehingga RM1 bilion setiap tahun dalam hasil eksport pada tempoh masa 10 tahun.


METAHOVER menyediakan perkhidmatan secara keseluruhan dalam pembuatan wafer, pemasangan, dan pengujian semikonduktor di Malaysia. 


Bersama Future Hover, syarikat terbabit mampu meminimumkan kos untuk pemasangan semikonduktor tanpa menjejaskan kualiti, seterusnya menjadikan Malaysia destinasi pilihan untuk pengeksportan semikonduktor di Asia Tenggara.

 

Digabungkan dengan pengalaman MMT selama 40 tahun dalam industri, usahasama ini pasti akan menarik minat pelabur asing dan pembekal antarabangsa untuk mendapatkan peralatan dan aksesorisnya yang mampu milik dan dipercayai di Malaysia. 



“Jentera dan Kelengkapan ialah industri yang penting kepada Malaysia. Sektor ini merupakan sektor eksport yang ketujuh terbesar, bernilai RM49.9 billion, mewakili 4 peratus dari eksport keseluruhan Malaysia pada tahun 2021. Jentera dan peralatan yang digunakan dalam penghasilan semikonduktor, peralatan dan aksesori merupakan segmen eksport terbesar, bernilai RM8.8 billion atau 17.5 peratus dari keseluruhan eksport Jentera dan Kelengkapan pada tahun 2021, manakala dalam tujuh bulan pertama 2022, eksport Jentera dan Kelengkapan Malaysia mencapai RM34.4 billion, peningkatan 25.5 peratus dari tahun yang lepas, bagi tempoh yang sama,” tambah Shahrimaton.

Selain itu, METAHOVER juga akan membangunkan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengkaji trend pengilangan semikonduktor demi meningkatkan dan menginovasi proses penghasilan. 


Ianya amat penting kepada METAHOVER untuk sentiasa berada selangkah ke hadapan supaya Malaysia semakin maju dalam pasaran global industri ini di masa akan datang.



Sementara itu, Pengarah Operasi Metalmach Micro Technology, Low Kim Yoong berkata:


"METAHOVER berdiri megah dalam pembekalan semikonduktor kerana kami berbeza dengan pesaing kami. Kami bukan sahaja mampu mengendalikan setiap proses pemasangan semikonduktor, kami juga mampu menawarkan harga paling kompetitif di dunia, tanpa menjejaskan kualiti. 


“Pada masa ini, kemudahan memainkan peranan penting untuk mendapat kelebihan dalam persaingan, dan mandat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan secara keseluruhan demi membantu pembekal tempatan dan antarabangsa melalui solusi setempat iaitu METAHOVER."



#METAHOVER #MATRADE #MetalMachMiktroTechnology #FutureHover #Eksport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan