Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALAYSIA-CHINA METERAI KERJASAMA LIBATKAN PELABURAN RM1 BILION MELALUI NEGERI SEMBILAN


NEGERI Sembilan Darul Khusus akan menjadikan Malaysia destinasi pilihan untuk pengeksportan semikonduktor di Asia Tenggara dan dunia apabila pembekal bahan bantuan pembuatan dari China, Future Hover Industrial Co Ltd (Future Hover) melabur RM1Billion melalui kerjasama rasmi dengan Pembuat Alat Ganti Besi Beretepatan Tinggi - Metalmach Micro Technology (MMT).


Syarikat tempatan berkenaan yang berlokasi di Taman Perindustrian Oakland, Negeri Sembilan dan rakan kongsinya itu memeterai perjanjian bersama dalam satu majlis yang disaksikan bersama oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Hj Aminuddin Harun (gambar atas, tengah) baru-baru ini.


USAHASAMA antara Metalmach Micro Technology (MMT) & Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover), disaksikan oleh YMenteri Besar Negeri Sembilan (dua dari kiri).


Turut hadir Dato Iqmal Shafiq (gambar paling atas, kiri) Pengerusi Metalmach Micro Technology; Low Kim Yoong, Pengarah Operasi MMT (dua dari kiri); Nicole Tan Lee Koon, Ahli EXCO Negeri dan Dewan Undangan Negeri Bukit Kepayang (tiga dari kananAlfred Foo, Pengarah Perniagaan (Malaysia) Future Hover Industrial Co., Ltd., (dua dari kanan) dan Dato’ Haji Najmuddin Sharif bin Sarimon Ketua Pegawai Eksekutif Invest Negeri Sembilan.



Terdahulu, Aminuddin bersama rombongan lain dibawa oleh Low Kim Yoong melawat sekitar kilang MMT menyaksikan pembuatan barangan semikonduktor. 


Melalui pelaburan RM1Billion secara kolektif itu ia bakal menjana RM10 bilion dari hasil jualan eksport dalam tempoh 10 tahun akan datang,


Dengan pembinaan sebuah kilang yang paling lengkap dan canggih di daerah Negeri Sembilan itu, ia berperanan sebagai sebuah hub untuk pembekal dalam dan luar negara bagi memperolehi barangan yang lebih berdaya saing di dalam masa yang lebih singkat sekali gus mampu menghasilkan lebih 500 peluang pekerjaan. 



Dengan ini, kedua-dua pihak berharap untuk membekalkan latihan teknikal dan pemahaman yang lebih mendalam di dalam industri sebagai salah satu usaha untuk menjana populasi pekerja mahir di Negeri Sembilan dan negara kita. 


Sebahagian daripada kerjasama itu membolehkan  kedua-dua pihak menyelaraskan teknologi dan sumber terbaik di dalam menawarkan solusi sehenti untuk industri ini. 


Ini akan dicapai dengan menggabungkan pengalaman MMT selama 40 tahun dalam penghasilan mesin berketepatan tinggi, pembuatan acuan dan pembangunan semikonduktor dengan pembekalan bahan bantuan yang berdaya saing oleh Future Hover beserta dengan kepakarannya dalam pengujian dan pembungkusan semikonduktor.


“Dengan permintaan yang meningkat dan pengembangan yang pesat dalam sektor semikonduktor di Asia Tenggara, kerjasama ini bukan sahaja menguatkan posisi kedua-dua pihak dalam rantau ini, tetapi juga meningkatkan posisi Malaysia yang telah dikenali dalam sektor pembekalan, lantas membolehkan Malaysia menjadi pilihan utama untuk penghasilan semikonduktor secara global,” ujar Pengarah Operasi MMT, Low Kim Yoong.


Menurut beliau, kerjasama ini membolehkan pengurusan yang menyeluruh termasuk pemasangan semikonduktor sekaligus menjadikan MMT antara pemain yang terkuat dalam industri pembekalan semikonduktor. 


“Kami akan menyediakan sokongan yang teguh dan solusi yang cekap kos kepada pemain industri di seluruh dunia sambil menyumbang kepada pembangunan negara, hasil dari kerjasama ini,” tambah beliau. 


DARI kiri: Low Kim Yoong dan Alfred Foo.


Sementara itu, Pengurus Besar Future Hover,  Guan Mei Ying yang sepatutnya hadir tetapi disebabkan perintah berkurung di China, beliau hanya dapat berharap dan menantikan kejayaan akan dicapai hasil gabungan pengetahuan, kepakaran dan sumber dari dua negara.


“Malaysia merupakan lokasi yang ideal kepada kami untuk bertapak di rantau Asia Tenggara bukan hanya kerana kerajaannya yang bersedia untuk menyokong, tetapi juga faktor-faktor seperti kesediaan tenaga kerja yang mahir, lokasi yang strategik, dan infrastruktur yang membangun mampu memberi impak yang besar kepada operasi kami,” katanya melalui ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Perniagaan (Malaysia) Future Hover, Alfred Foo, yang mewakilinya.



#MetalMachMicroTechnology #MenteriBesarNegeriSembilan #MalaysiaChina 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan