Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BIDADARI SYURGA SASAR JUALAN ABAYA 500 SEBULAN, HASILKAN PRODUK 'PLUS SAIZ' HARGA MARHAEN


FIGURA
bernama Dato'  Noora Kay  (kanan) ini amat menyukai fesyen dan kecantikan malah daripada penampilannya tidak syak lagi  usahawan dan ibu kepada tiga orang anak ini mahu sentiasa kelihatan cantik dan elegan walau pun berbadan gempal.



Dan disebabkan kesukarannya mencari baju saiz plus yang sesuai dan cantik untuk diri sendiri membuatkan pemilik nama sebenar, Nooraini Kamaruddin ini  mengambil langkah mengusahakan pembuatan baju muslimahnya dengan menghasilkan abaya plus saiz, khimar  dan wangian di bawah jenama ‘BIDADARI SYURGA Inspired by Nourakay’ di bawah syarikat Bidadari Syurga Trading.


Mengenali susuk usahawan ini dalam waktu singkat ketika menghadiri majlis Pelancaran produk Bidadari Syurga di sebuah hotel terkemuka di Subang USJ baru-baru ini dapat disimpulkan  begitu komitednya beliau dalam usaha membantu wanita-wanita yang bersaiz plus sepertinya untuk mendapatkan baju muslimah yang sesuai digayakan sekali gus kelihatan anggun waima dalam harga mampu beli.



Lebih istimewa apabila sempena majlis pelancaran, Noora menghadiahkan pelanggannya 20% diskaun untuk pembelian abaya berharga asal RM80 mahu pun khimar dan wangian yang diberikan sejak dua minggu lalu dan berakhir 17 September 2022 pada hari pelancaran sehingga jam 12 malam.



Turut hadir tetamu kehormat, Raja Datin Saidatul Mardiah binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah (kanan) serta beberapa artis jemputan antaranya Zur Eda, Zaiton Sameon, serta Rashidah Jaafar yang turut memperagakan koleksi jubah, khimar serta pewangi Bidadari Syurga Inspired by NouraKay.



“Sebagai seorang yang sering ‘travel’ saya perlukan pemakaian yang ringkas, jadi dengan jubah dan khimar yang labuh ia bukan sahaja boleh menjadi tudung bahkan boleh terus menggantikan telekung untuk bersolat dengan segera,” cerita Noora mengenai bagaimana tercetusnya idea menghasilkan khimar.



Buat permulaan, beliau mengeluarkan dua rona abaya  diperbuat dari fabrik crepe iaitu hitam dan emerald green sementara khimar dalam jenis kain siffon berharga RM49.90 dihasilkan dalam empat warna iaitu hitam, emerald green, cokelat gelap dan mustard.



Berkongsi lanjut, katanya, beliau sengaja menghasilkan jubah yang simple untuk pakaian harian bagi golongan marhaen berkemampuan membelinya malah selesa dipakai dan tidak pana


Begitu pun tambahnya, ada perancangan untuk mengeluarkan jubah lebih eksklusif dan sedondon bagi wanita dan lelaki untuk digayakan  pada Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan


“Untuk produk wangian ada dua jenis bauan iaitu attraction dan eksklusif berharga RM65 sebotol,” sambung Noora yang suka menyimpan botol-botol wangian di mana beliau kini mempunyai lebih kurang 300 botol pewangi terkenal popular antarabangsa.



Mensasarkan jualan mampu mencecah 500 helai sebulan bagi jubah dan khimar secara dalam talian melalui ejen, beliau mempelawa pelanggan yang berminat untuk menjana pendapatan secara mudah.


“Sesiapa yang membeli 3 produk Bidadari Syurga akan secara automatik diberikan ID sekali gus menjadi ejen bahkan mereka tidak perlu menyimpan stok atau ada modal memandangkan segala pengurusan akan dilakukan oleh HQ,” jelas Noora sambil memberitahu sebaik dilancarkan jualannya telah menarik minat 11 orang sebagai ejen.


Dalam pada itu, Noora memberitahu sedang juga dalam usaha memasarkan produk-produk Bidadari Syurga melalui platform e-dagang popular seperti Shopee, Lazada mahu pun jualan melalui TikTok Shop.



Menjawab pertanyaan mungkin kah penjualan melalui platform berkenaan boleh menjejaskan pendapatan ejen, kata Noora:


“Ejen memperoleh 20% keuntungan malah jika mereka berhasrat menjualnya di pasar malam atau kedai sekali pun mereka dibenarkan menaikkan sedikit harga jualan memandangkan perlu membayar sewa sewaktu jualan dan sebagainya.”


Berpegang pada prinsip ‘nothig is impossible’, Dato Noora Kay yang memberitahu telah berhijrah kira-kira 5 tahun lalu kini mahu memberi tumpuan kepada produk-produk mengikut syariat Islam.


FOTO Kredit: @biddadarisyurgaa.


“Dalam perniagaan ini saya nak fokus saham akhirat kerana itu kini mahu tumpukan pada bidang kesukaan saya iaitu fesyeh, kosmetik dan wangian berpandukan syariat Islam,” akhiri Dato Noora yang sebelum ini keluarkan kaftan dan oroduk kosmetik seperti gincu bibir dan krim muka.


Untuk rekod, terdahulu, Noora juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif pada syarikat Expertz Laundry yang kini diserahkan usaha pengurusannya kepada anak bongsunya, Mohd Adlan (bawah, kiri) berusia 19 tahun.



Info lanjut layari laman sosial bidadari syurga di laman facebook dan instagram @biddadarisyurgaa atau KLIK SINI.


#BidadariSyurgaInspiredbyNouraKay #Jubah #Khimar #Wangian #ExpertzLaundry 






Tiada ulasan: