Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM MERIAHKAN FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA MULAI 23 SEPT. DI DATARAN MERDEKA


APAKAH
permainan tradisional yang anda sering bermain ketika zaman kanak-kanak dahulu? 


Adakah ia permainan congkak, batu seremban, sepak raga ratus atau sekadar bermain guli?


Jika anda ingin kembali pada zaman itu dan memperkenalkannya kepada anak cucu pula apa kata berkunjung ke Festival Permainan Malaysia @Kuala Lumpur 2022 atau ringkasnya FPM@KL yang akan berlangsung selama tiga hari mulai 23 hingga 25 September depan.



Anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menerusi JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), FPM@KL yang memasuki musim ke-7 penganjurannya  bertujuan mengangkat permainan tradisional Malaysia  agar tidak terus pupus ditelan arus zaman teknologi moden kini.


'Selain bertujuan menyemarakkan permainan tradisional dan sukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia, besar harapan saya agar festival ini terus mengangkat dan memulihara keunikan kesenian serta kepelbagaian warisan tradisi rakyat Malaysia,” ujar Haji Mesran Mohd Yusop, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) pada majlis sidang media FPM@KL bertempat di Kompleks Kraftangan Malaysia pada petang tadi.


DARI kiri: Mohd Amran, Hj Mesran, Muhd Hisham dan Hidayatul 'Ein.


Turut hadir Encik Mohd Amran Mohd Haris, Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian) JKKN; Puan Hidayatul ‘Ein Mohamed Azmi dan Encik Muhd Hisham Mohd Idris mewakili Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perunding Kesihatan terkenal, Kevin Zahri (gambar paling atas, kiri).


 Berkongsi lanjut, Haji Mesran memberitahu, seramai 1,368 peserta permainan tradisional melibatkan 760 orang mewakili badan beruniform dan 608 sektor korporat terlibat dalam pertandingan 10 permainan tradisional  seperti tarik tali tradisional, galah panjang, congkak, batu seremban, sepak raga ratus, bola sepak kain pelikat, dam aji, terompah gergasi, menyumpit dan memanah tradisional yang merupakan satu-satunya permainan baharu diperkenalkan pada tahun ini.


“Selain itu juga, penganjuran festival ini diharap akan dapat menyediakan peluang penjanaan pendapatan kepada usahawan seni budaya dan penggalakkan ekonomi setempat melalui pengisian jualan bazar seni yang akan diadakan nanti,” tambah beliau.


Program di bawah Kalendar Pelancongan Budaya ini yang diadakan setiap tahun tetapi terhenti sejak dua tahun lalu gara-gara penularan wabak COVID-19 mengetengahkn keunikn seni budaya negeri merangkumi pelbagai aktiviti dan pengisian seperti pertandingan permainan tradisional, permainan interaktif, pameran, demonstrasi, persembahan serta jualan.



“Di samping pertandingan permainan tradisional di antara badan beruniform dan juga sektor korporat  kelolaan Kelab Sukan Tradisional Harmoni, orang ramai juga dijemput menyertai  Permainan Lagenda Rakyat seperti kelereng, kaki hantu, lari dalam guni berkembar, tarik upih / guni dan terompah gergasi,” jelas Mesran.


Tambahnya, turut diadakan Kejohanan Tarik Tali Terbuka Malaysia dan Pertandingan Pocket Bike yang akan melibatkan pelumba cilik terdiri daripada kanak-kanak serta Pertandingan Gasing Pangkah yang juga dikenali sebagai MyGasing Championship.


“Selain melibatkan penyertaan daripada negeri-negeri di Malaysia, dua pasukan antarabangsa iaitu Singapura dan Brunei juga dijangka turut serta dalam Pertandingan Gasing Pangkah pada tahun ini,” jelas Hj. Mesran sambil menambahkata hadiah wang tunai bernilai antara RM2,000 hingga RM6,000 disediakan kepada pemenang permainan tradisional disamping hadiah sampingan lain.


Bagi memeriahkan lagi penganjuran FPM @ KL 2022 yang berlangsung dari 7 pagi hingga 12 malam dua acara larian yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia akan diadakan iaitu Larian Keluarga Malaysia dan KL Cultural Fun Run & Ride sejauh 7 km dengan yuran penyertaan sebanyak RM60 pada 25 September 2022.


Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.raceasia.com.


“Bagi menyemarakkan lagi suasana akan diadakan persembahan hiburan daripada artis-artis terkenal seperti Hazama, Bob AF dan Noraniza Idris malah beberapa selebriti lain  juga akan menyertai jualan produk di Bazar Selebriti antaranya Ayu Damit, Arash Mohamed, Anne Abdullah, Sheila Mambo dan ramai lagi,” akhiri Mesran sambil memberitahu kira-kira 30 food truck tersedia untuk orang ramai menjamu selera.



Majlis Perasmian Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2022  yang akan diadakan pada 24 September 2022 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dijangka akan disempurnakan oleh Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia diiringi Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.


Maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang remai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari Facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.


   KAK Fas: Suka main batu seremban, congkak dan teng-teng je...

#FestivalPermainanMalaysia #LarianKeluargaMalaysia #DataranMerdeka #FMP2022

Tiada ulasan: