Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KLINIK NUR RAISHA SEDIAKAN RAWATAN AESTHETIC, TAWAR DISKAUN 10% SEMPENA HARI MALAYSIA


KLINIK
pertamanya di Puncak Alam, Selangor, beroperasi kira-kira 5 tahun lalu. 


Namun disebabkan mahu memudahkan pelanggan setianya yang bermastautin di Kuala Lumpur, Dr. Wan Hidayu Wan Ahmad, 35, melebarkan sayapnya dengan pembukaan Klinik Nur Raisha keduanya di kawasan elit, Publika, Kuala Lumpur.


Dengan pelaburan lebih kurang RM500,000 bagi kos pembukaan sebuah klinik, Dr. Hidayu tidak meletakkan sasaran utamanya kepada keuntungan semata-mata tetapi mahu membantu kaum sejenisnya memiliki wajah berseri dan cantik tanpa sebarang masalah kulit yang menghantui personaliti mereka.


“Saya suka melihat semua wanita mempunyai kulit wajah yang gebu, segar dan cantik, kerana itu saya sanggup menyediakan rawatan pada kos mampu bayar waima tidak semua orang mempunyai kemampuan membayar ratusan ribu ringgit sebagaimana yang menjadi kekangan kepada kehendak mereka untuk merawat masalah kulit,” ujar Dr. Wan Hidayu atau lebih mesra di sapa Dr. Ayu ketika ditemui pada majlis pra pelancaran Klinik Nur Raisha yang ke-2nya beralamat di A2-1-2, Publika, Kuala Lumpur bari-baru ini.



Turut hadir, Ariff Fadli (gambar atas, kanan) selaku Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Pembangunan Ekonomi Malaysia merangkap Perunding Pengurusan Pembangunan Perniagaan Nur Raisha.


Seterusnya menurut Dr. Ayu, maklum balas yang diterima, ramai berpendapat rawatan di Klinik Nur Raisha yang termurah berbanding saingannya yang lain.


“Harapan saya mahu membantu mereka yang menghidap masalah kulit agar kembali cantik,” tambah beliau sambil memberitahu kos rawatan di Klinik Nur Raisha serendah RM200 hingga RM500 bergantung pada jenis masalah yang ditanggung.


Menawarkan beberapa rawatan  aesthetic seperti  masalah parut/jeragat, jerawat, pigmentasi mahu pun rawatan kecantikan lain antaranya ‘thread lift’, Laser tahi lalat, Laser Xanthelasma, laser Keratosis & Ketuat, Laser Xanthelasma mahu pun rawatan penurunan berat badan, Klinik Nur Raisha menggunakan khidmat pakar perubatan bertauliah.


DR. Ayu (kiri) bersama Dr. Taqifah dan kakitangan Klinik Nur Raisha.


“Pelanggan tidak perlu risau kerana segala rawatan dikendalikan oleh doktor pakar dengan penggunaan mesin laser berteknologi tinggi buatan Korea dan Amerika Syarikat,” cerita Dr. Ayu sambil memperlihatkan peralatan yang dimaksudkan.


Melihat pada persekitaran Klinik Nur Raisha yang berlatarkan rona merah jambu dan putih dengan dekorasi minimilas terdapat dua bilik rawatan dan konsultansi yang mampu merawat sekurang-kurangnya tiga hingga enam pelanggan dalam sehari.


“Pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu supaya kami dapat mengaturkan jadual rawatan,” ujar Dr. Ayu ditemani bersama Dr. Taqifah Ishak yang bertanggungjawab mengendalikan operasi Klinik Nur Raisha di Publika.


Pun begitu, Dr Ayu yang lebih banyak masanya ditumpukan di Klinik Nur Raisha di Puncak Alam akan berada di Publika pada setiap hari Selasa sahaja bagi bertemu mereka yang berkehendakkan khidmatnya.



Berkongsi pengalamannya. Dr Hidayu memberitahu, selepas memperoleh ijazah perubatan daripada Universiti Malaysia pada tahun 2011, beliau bertugas di beberapa tempat antaranya di Hospital Sungai Buloh, Pusat Darah Negara mahu pun Klinik Kesihatan.


Namun keinginannya untuk menceburi bidng aestetik begitu mendalam sehinggalah mengambil keputusan melanjutkan pengajian dengan mengambil Diploma Perubatan Aesthetic dari Akademi Perubatan Aesthetic Amerika.


Benar kata peribahasa, ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’, tidak mahu terus berada di bawah tangga gaji sebagai seorang doktor biasa selama 7 tahun, Dr Ayu mengambil keputusan membuka kliniknya sendiri dan dinamakan sempena anak gadis keduanya, Nur Raisha.



Ternyata, percaturan yang diambil ibu kepada tiga orang anak perempuan berusia 10, 6 dan 4 tahun ini tidak salah alamat. 


"Saya namakan Nur Raisha sebab kebetulan saya membuka klinik selepas melahirkannya," ujar Dr. Ayu.


Langkah yang diambil terbukti tidak sia-sia apabila dalam tempoh empat tahun beliau kini memiliki dua buah klinik yang boleh dibanggakan walau pun tidak terkecuali menerima tamparan daripada ‘lock down’ COVID-19.


Jelas, penutupan klinik terdahulu di Wangsa Maju pada tahun 2019 satu langkah bijak apatah lagi selepas itu dunia dilanda wabak COVID-19.


ANTARA rawatan yang diberi iaitu 'Keratosis Removal' dan 'Thread Lift'.


“Ya sebenarnya klinik kedua saya di Wangsa Maju tetapi terpaksa di tutup dan saya kemudian ambil keputusan berpindah ke Publika tahun ini,” dedah Dr. Hidayu  sambil memberitahu Klinik Nur Raisha juga memberi perkhidmatan perubatan am selain rawatan aestetik.


Membayangkan bakal melantik seorang selebriti sebagai wajah dan duta Klinik Nur Raisha, Dr. Hidayu sekadar menjawab ringkas, “InsyaAllah sedang dalam perancangan’, namun enggan mewawarkan lagi siapa gerangan artis berkenaan walau pun akui ada beberapa artis yang menjadi pelanggannya ketika ini.


Mengharapkan dapat membantu ramai wanita mahu pun lelaki yang tidak kurang semakin sedar untuk membersihkan kulit wajah mereka, Dr. Ayu tidak ketinggalan berpesan agar hati-hati jika menjalani rawatan daripada klinik yang tiada doktor bertauliah mahu pun membeli produk secara timbang kilo.



“Sejujurnya saya bukan nak kejar duit tetapi mahu lihat semua orang mempunyai kulit cantik baik yang muda mahu pun yang berusia, Naiwaitu saya lebih kepada ingin membantu mereka yang mahu menjalani rawatan pada harga  mampu,” ulang Dr Ayu yang turut mengeluarkan rangkaian produk kecantikannya sendiri, sesuai diguna pakai selepas rawatan.



Sehubungan itu juga sempena sambutan Hari Malaysia bulan ini, Klinik Nur Raisha menawarkan diskaun sehingga 10% bermula 10 hingga 17 September 2022 bagi semua rawatan tersedia antaranya seperti ‘melasma peel’, ‘fractional laser’ atau pun ‘thread lift’ dan lain-lain.



Nak tahu lebih lanjut semua rawatan terbabit boleh layari laman webnya iaitu di 

https://kliniknurraisha.com/ atau Klinik Nur Raisha (facebook.com) dan instagram @kliniknurraisha. 


Nak lebih mudah klik sahaja DI SINI.


Boleh juga menghubungi talian 011-11586958 (Publika) atau 011-69310462 (Puncak Alam).




#KlinikNurRaisha  #RawatanAestetik #Kecantikan #MampuBayar #PerubatanModen








Tiada ulasan:

Catat Ulasan