Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

IDAMKAN SEBUAH RUMAH? JOM KE PAMERAN 'SATU RUMAH, SATU KELUARGA' 1 & 2 OKT.


SEMUA
rakyat Malaysia khususnya golongan muda bumiputera diseru mengambil initiatif menghadiri Pameran Satu Rumah, Satu Keluarga Bumiputera Malaysia - Promosi Bumiputera Kuota (BPEX 2022)  yang bakal diadakan pada 1 & 2 Oktober 2022 bertempat 
di Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley dari jam 11 pagi hingga 9 malam.


“Setelah lebih kurang tiga tahun terhenti, inilah masanya mereka yang impikan sebuah rumah dapat berinteraksi dan mendapatkan informasi bagaimana hendak memiliki rumah  daripada lebih kurang 20 pemaju-pemaju perumahan tempatan yang akan mengambil bahagian,” ujar Dato Hjh. Nor’ashikin Taib, Pengarah Urusan Marvel Management Communication (MMC) selaku penganjur BPEX 2022 ketika ditemui pada majlis pra pelancaran Pameran BPEX  2022 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.



Turut hadir antaranya Ketua Rangkaian Strategik Perbadanan PR1MA Malaysia, Mior Mahathir Mior Sallehuddin dan rakan sejawatnya Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran, Abdul Manaf Moksin; serta wakil daripada ProKhas, Syakir Ammar  Ahmad O’llia iaitu firma Perkidmatan Pengurusan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) antaranya.


Berkongsi lanjut, Nor’ashikin memberitahu, pihaknya mensasarkan lebih kurang 10,000 orang yang akan hadir dengan sasaran penjualan mampu mencapai RM50 juta sepanjang tempoh pameran.



“Angka itu selalunya akan berganda selepas pameran setelah orang ramai yang hadir membuat keputusan pembelian,” tambah Nor’ashikin (gambar atas, kanan).

Menurut beliau, sebanyak lebih kurang 8,000 unit Kuota Bumiputera akan dipamerkan, bernilai hampir RM6 bilion


“Secara terperinci hampir 3,000 unit dari pemaju-pemaju di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai hampir RM2 bilion dan 5,000 unit dari pemaju-pemaju di sekitar Selangor yang bernilai RM4 bilion,” tambah beliau sambil menyatakan anggaran harga unit yang akan dipamerkan adalah bermula dari RM250,000 sehingga RM1.6 juta.


Pameran BPEX 2022  ini juga mendapat perhatian dan sokongan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), yang mana majlis pembukaan pameran dijangka akan di rasmikan oleh Dato Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1hb Oktober 2022 jam 5.30 petang.


Majlis penutupan pula akan disempurnakan Dato Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan pada 2hb Oktober 2022 jam 8.00 malam.



Pameran kali ini juga membawa aspirasi kerajaan yang telah memperkenalkan skim-skim menarik seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dari Kementerian Kewangan, Skim Rumah Pertamaku (SRP) dari Cagamas, Skim PRIMA Rent-To-Own (RTO).


Melalui skim-skim yang ditawarkan itu,  golongan Bumiputera daripada gologan B40 atau M40 berpeluang untuk memiliki rumah di sekitar Lembah Klang, khususnya bagi pembelian Rumah Pertamaku.


“Tujuan utama pameran ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera di bidang hartanah dan menggalakkan kaum Bumiputera khususnya orang Melayu, celik hartanah dan menyahut aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30%,” jelas Nor’ashikin.



Selain itu, pembeli-pembeli Bumiputera dapat membuat pilihan hartanah yang berbagai dan menikmati harga Promosi Bumiputera Kuota (BPEX) dan juga diskaun bumiputera sehingga 15%. 


Promosi-promosi lain berupa subsidi percuma perjanjian jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan kabinet dapur, vaucer perabut dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh pemaju-pemaju rumah yang mengambil bahagian di pameran.


Antara pemaju-pemaju yang terlibat terdiri daripada antaranya Platinum Victory, PKNS, SP Setia, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group dan TS Law.


Info lanjut boleh hubungi talian 03-4142 3658 dan 03-4142 1151 atau layari laman web BPEX DI SINI.


PENGANJUR MMC bergambar bersama tetamu dan media. Foto kredit: Noor Salwa Masri.


#BPEX2022  #SkimRumahPertamaKu #SkimJaminanKreditPerumahan #SkimPr1ma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan