Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FENIX360 BANTU ARTIS JANA PENDAPATAN SECARA TELUS


PADA
zaman teknologi canggih ini di mana segalanya boleh diperoleh dan diselenggarakan di hujung jari sahaja, apa yang tidak boleh dicipta, asalkan ada kreativiti dan usaha ke arah satu innovasi yang mampu memberi faedah kepada masyarakat sekeliling.

Terbaharu, sebuah platform sosial media yang dinamakan FENIX360 dicipta dalam usaha menangani dan membantu kalangan anak seni menjana pendapatan yang lebih telus tanpa bergantung kepada orang tengah yang kadang kala mengaut lebih daripada hasil titik peluh artis itu sendiri.


”Melalui cara tradisional terdahulu, industri telah menggunakan perkhidmatan orang tengah, mewujudkan sebahagian besar kos yang berlebihan dan tidak perlu , membuatkan artis atau pencipta dalam kategori non-superstar hampir tidak mendapat apa-apa hasil, sebuah ironi yang bakal ditukarkan oleh FENIX360 di platformnya secara 360 darjah,” ujar Allan Klepfisz, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360 pada majlis memperkenalkan FENIX360 kepada media di Bobo Restoren, Bangsar, baru-baru ini.


DARI Kiri: Allan Klepfisz dan Sandy Monteiro.


Turut hadir Sandy Monteiro selaku penasihat FENIX360, karyawan muzik, Jennifer Thompson serta barisan artis jemputan yang telah bersetuju menjadi pelanggan awal  kepada platform ‘artist-centric’ berkenaan iaitu Kumpulan SOG bersama penyanyi Shila Amzah, bekas vokalis kumpulan indie, Oh Chentaku, Mior Luqman Hakim atau Myo dan Che Puan Sarimah Ibrahim selaku pengacara majlis yang menjadikan acara penerangan ‘happening’ dan berlangsung ceria.



Majlis turut mendengar ucapan ringkas secara ‘live streaming’ oleh Lance Ford yang juga merupakan Pengasas serta Presiden FENIX360, dari New York, Amerika Syarikat.


“Dengan kemudahan ini, kami berharap untuk mewujudkan generasi pembikin aplikasi yang antusias. Ini merupakan cara mudah untuk mempamerkan diri kepada peminat serta sahabat handai serta membuatkan mereka berterusan teruja dengan platform media yang boleh dikawal,” ujar Lance dalam kata-kata aluannya secara maya.


Walaupun belum dilancarkan, platform yang mesra pengguna dan dinanti-nantikan ini telah diperkatakan dalam komuniti artis dan dianggap sebagai ‘sebuah aplikasi sosial media untuk semua’, membenarkan para artis untuk membuat integrasi kandungan asal secara mudah dari akaun YouTube, Instagram dan Meta mereka. 


Jelas Lance, FENIX360  merupakan cetusan idea pasukan antarabangsa dengan kepakaran hebat dan pemegang rekod berprestasi dalam sektor teknologi, muzik, seni, kewangan serta media dan dimulakan dari syarikat yang berasal dari Singapura ini.


 Pengasasnya telah menyaksikan berbilion dolar mengalir masuk ke dalam industri seni dan muzik, namun para artis masih bergelut dengan masalah kewangan lalu beliau bertekad untuk mengubahnya dengan teknologi blockchain.


“Tidak seperti sosial media yang lain, FENIX360 mengembangkan pertumbuhan artis di platform sosial media yang sedia ada malah menyediakan kebolehan advanced seseorang artis atau sesiapa sahaja untuk mencipta aplikasi yang mudah dikongsi dalam masa kurang 20 minit,” sambung Allan Klepfisz.



Berkongsi lanjut, Sandy Monteiro menjelaskan, untuk para pengguna dan peminat, mereka boleh menggunakan SATU aplikasi yang hebat ini untuk menonton semua kandungan dan video artis dan dapat melayari ‘dunia’ artis tersebut melalui aplikasi yang dibuat secara ‘self-constructed’.


Sewaktu hari pelancarannya khusus di Amerika Syarikat, platform ini telah mengumpulkan 7,000 Duta Artis Global dan 2.9 juta gabungan sosial media,” tambah Sandy.


Menurutnya selain di Amerika Syarikat, FENIX360 turut dilancarkan di Mexico dan Germany manakala Malaysia menjadi destinasi ke empat sebelum memperkenalkannya pula ke Indonesia dan Thailand.


“Kami mensasarkan mampu menarik lebih kurang 200 artis-artis di Malaysia khususnya artis indie untuk menggunakan FENIX360 sebagai platform mereka mempromosikan karya masing-masing,” ujar bekas Pengarah Urusan Universal Music Malaysia selama 8 tahun ini kepada Kak Fas.


Menafikan FENIX360 bakal memberi saingan kepada label-label muzik ltersedia, Sandy Montero berpendapat platform yang diperkenalkan bukanlah dicipta untuk bersaing dengan mana-mana pihak tetapi memberi alternatif kepada artis-attis yang selama ini tiada pihak pengurusan khususnya artis-artis indie.


Menurut Sandy, Malaysia merupakan negara keempat selepas FENIX360 diperkenalkan di Amerika Syarikat, Mexico dan Germany.


“Selepas ini kami akan mengembangkannya ke Singapura, Indonesia dan Thailand,” tambah beliau sambil memberitahu mensasarkan kira-kira 200 artis tempatan dapat diyakini menggunakan platform FENIX360.



Sementara itu Rakan Kongsi dan Ketua Strategi Blockchain FENIX360,  Tomas Varga, memberitahu, dengan wujudnya aplikasi itu ia menghapuskan semua halangan dalam dunia kripto. 


“Anda dengan mudah boleh membeli koin FNX360  di aplikasi ini dan menggunakannya untuk sebarang pembelian. Artis boleh mendapat bayaran dengan mudah tanpa kerumitan untuk menyediakan sistem e-dagang, menghasilkan NFT mereka sendiri tanpa kesukaran teknologi, mempunyai akses kepada dashboard dan rangkaian perkhidmatan untuk mempertingkatkan kerjaya mereka - seperti  live tour, penjualan tiket, pemasaran dan produksi. 


There is real utility and it’s as close to frictionless as one can get,” jelas Tomas  dalam bahasa Inggeris.


Bagi yang berminat boleh mendapatkan FENIX360 di laman web, Apple iOS dan stor Android. More info do CLICK HERE



#Fenix360 #SocialMediaPlatform #BlockChain #CryptoCurrency #SarimahIbrahim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan