Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN DEBAT PERDANA NAJIB RAZAK VS ANWAR IBRAHIM DI AWESOME TV MALAM INI

SALURAN stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV dengan berbesar hati bakal membawakan siaran langsung program istimewa Debat Perdanayang menampilkan dua figura berpengaruh dalam arena politik tanah air, Dato’ Sri Najib Razak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada jam 9.00 malam menerusi platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112


Program debat bersejarah di antara bekas Perdana Menteri dan Presiden PKR yang juga merupakan Ketua Pembangkang yang diadakan di Auditorium, Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) pada malam ini akan berkongsi gelanggang buat pertama kali dalam sesi debat awam untuk merungkai polemik yang melanda Sapura Energy Berhad (SEB) serta mengupas pelbagai isu panas berkaitan hala tuju negara daripada aspek ekonomi, politik dan urus tadbir. 


Cabaran sesi debat malam ini tercetus selepas Najib dan Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli saling berbalas pandangan dan kritikan di media sosial berhubung isu kewajaran menyelamatkan (bailout) Sapura Energy Berhad (SEB).



Ketua Pegawai Eksklusif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas berkata:


“Kami di Awesome TV berasa teruja diberi peluang untuk menyiarkan Debat Perdana eksklusif di antara Dato’ Sri Najib Razak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara langsung di platform kami pada malam ini. 


Sebagai sebuah stesen penyiaran baharu, ia merupakan sebuah penghormatan kepada kami untuk menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah ini serta turut sama diberi ruang untuk meraikan semangat politik negara yang dilihat lebih matang dan terbuka ini. 


"Kami merasakan program debat secara terbuka yang julung kali diadakan seumpama ini mampu memberi peluang kepada rakyat untuk menilai dan meraikan 

pandangan dalam suasana yang aman dan harmoni."


#AwesomeTV #NajibRazak #AnwarIbrahim #RafiziRamli #DebatPerdana #SEB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan