Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CBO RICHWORKS CABAR JEBAT DERHAKA SERTAI SESI KHAS LIVE ESOK MALAM TUNJUK BUKTI


YouTuber bernama Jebat Derhaka dicabar untuk ikuti sesi khas secara langsung bagi melihat bukti-bukti RichWorks melahirkan usahawan jutawan di negara ini. 


Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd (gambar atas, kanan) berkata, beliau mewakili Pengasas dan Pengerusi syarikat, Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk jemput YouTuber tersebut dan netizen yang ada banyak persoalan. 


Katanya, RichWorks pada tahun ini sudah 14 tahun tidak akan mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti.


"Oleh sebab Jebat dah persoalkan, wajib untuk kami jawab. Sembang kosomg, sembang kari tak guna. 


"Saya nak cabar, pelawa Jebat untuk bersama-sama Datuk Wira pada esok (Ahad) pukul 9 malam, sesi khas LIVE dari New York nak tunjukkan bukti di semua platform RichWorks dan Azizan Osman," katanya dalam video yang dikeluarkan petang tadi. 


Tambah Radz, semua netizen dijemput untuk melihat sendiri dalam sesi khas itu pada esok malam.



Semalam, Pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman turut menjawab persoalan ditimbulkan YouTuber berkenaan.


Beliau menjawab 'kontroversi' lancang YouTuber itu di Rumah Terbuka ahli keluarganya yang diadakan di kediaman ibu tersayang di Villa Mak Ayah, Taman Kenanga, Tengkera, Melaka.


Beliau menegaskan, RichWorks sebenarnya sebagai sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya. 


"Dia (Youtuber) sepatutnya ambil video billboard yang lain di sepanjang lebuh raya yang rata-rata merupakan anak didik kami. Bukan jenama syarikat saya sahaja.


"Jenama seperti Eskayvie, Nurraysa, Anggun Cotton, Chocodap's, Sabella, Noir, Hasnuri dan banyak lagi pun ada di sepanjang lebuh raya," katanya ketika ditanya mengenai video tular dibuat YouTuber berkenaan mempersoalkan kesahihan RichWorks ketika dalam perjalanan balik raya baru-baru ini. 


Tambah Azizan, YouTuber itu boleh tengok sendiri anak-anak muridnya yang dibina dari kosong sampai jadi jutawan. 


"Pergi dapatkan buku yang kita keluarkan tahun lalu. 


"Bagi 'adik' (Jebat Derhaka) ini mungkin baru keluar gua gamaknya. Kita ada senarai 100 usahawan di Malaysia yang RichWorks bina.


"Bukti ini ada dalam buku 100 Usahawan Jutawan," jelasnya. 


Azizan Osman menyerahkan buku terbarunya, Bangkit Bisnes Dari Krisis: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital dan 100 Usahawan Jutawan kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam semalam. Turut kelihatan isteri beliau, Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Azizan memberitahu, jika YouTuber terbabit mahukan buku itu, pihaknya sanggup menghantarkan secara percuma. 


"Malah menteri pun 'endorse' RichWorks dalam Parlimen. Nampak sangat dia duduk dalam gua, baru keluar balik raya, baru nampak billboard itu, kesian.


"Kemudian cakap itu ini, tanpa usul periksa. Sampai ada cakap semua ini gimik semata-mata," ujarnya lagi. 


Sementara itu, Azizan sempat berseloroh dengan menyatakan dia adalah 'Tuah'. 


"Saya Tuah, Tuah Azizan, siapa yang saya bimbing insyaAllah dia bertuah," katanya. 


Terdahulu, Youtuber itu mempersoalkan adakah RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau pak man telo yang kemudian mendapat perhatian netizen. 


Dia bangkit mempersoalkan billboard RichWorks itu sebab mendakwa menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan sedangkan nak jadi jutawan ini bukannya mudah. 


Rumah Terbuka itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.


Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop. 


Boleh juga dengar dan layan komen di TIK TOK INI dan baca artikel berkaitan DI SINI.



#JebatDerhaka #RichWorks #RumahTerbuka #100UsahawanJutawan #DrAzizan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan