Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AKHIRNYA SITI NURHALIZA AMBIL 'TAKHTA' DI PAPAN IKLAN DIGITAL DI NEW YORK TIMES SQUARE


SELEPAS empat selebriti muda menghiasi papan iklan digital di Times Square, New York, akhirnya penyanyi tersohor negara Dato Sri Siti Nurhaliza memecah 'tembok' sebagai artis dalam usia 40an yang wajahnya berjaya dipaparkan di papan iklan digital tersohor tersebut.


Sebagai warga Malaysia yang ke-5 menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye, penampilan Siti adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify


EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.


“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam industri hiburan, ini mungkin antara yang terindah buat saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Melihat wajah saya terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan,” ujar Siti sambil bersyukur diberi peluang itu seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang mendapat kesempatan sama.


Sii yang lebih mesra disapa Tok Ti berharap dapat terus memenuhi harapan para peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya yang hebat. 


“Saya juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian,” tambahnya. 


Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Siti Nurhaliza merupakan salah satu wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura


Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the "best" EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.


Pengiktirafan ini juga diberikan kepada Siti berkat kejayaan lagu terbaharunya 'Lip Lap Raya' sempena musim Aidilfitri ini yang meraih banyak penstriman di wadah Spotify.  


“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Jika anda berusaha tiada yang mustahil,” aambung Tok Ti penuh syukur.


Sesuai dengan statusnya sebagai penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza memang sepatutnya lebih awal mengambil takhta papan iklan tersebut namun perancangan Allah swt itu berkehendakkan Siti menjadi figura ke lima mencipta sejarah untuk diri sendiri dan negara.


Sepeti yang semua maklum, Siti Nurhaliza bukanlah satu nama asing buat rakyat Malaysia. Namanya bukan sahaja sudah dikenali di tanah airnya sendiri tetapi juga di negara-negara jiran seperti  Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa bahagian lain di dunia.



Wanita asal Kuala Lipis ini mula mencuri perhatian selepas menyertai arena muzik tempatan pada tahun 1995. Sejak itu, suaranya yang luar biasa terus mencetus fenomena dunia hiburan sehingga dirinya dimartabatkan sebagai penyanyi nombor satu negara.


Dengan lebih 20 buah album, ratusan anugerah tempatan dan antarabangsa, aneka konsert mega termasuk persembahan gah di Royal Albert Hall di London, Siti Nurhaliza sememangnya layak menerima penghormatan ini. 


Dirahmati dengan suara yang unik dan keperibadian yang menyenangkan, Siti yang kini bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata terus mengukuhkan kedudukannya dengan pembabitan dalam pelbagai projek profesional serta kebajikan serantau.



#SitiNurhaliza #EQUAL #Spotify #LipLapRaya #TimesSquareNewYork #PapanIklan

Tiada ulasan: