Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HOTEL EXCELSIOR PILIHAN TERBAIK PERCUTIAN DI IPOH


BAK
kata pepatah, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’, begitulah andaiannya yang Kak Fas dapat simpulkan pada pengalaman menginap semalam di negeri tumpahnya darah ku, iaitu  di bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Setiap kali pulang ke kampung halaman suami di Taiping dari Kuala Lumpur, Kak Fas pastikan dapat berehat semalam di Ipoh selain bertemu dengan ahli keluarga mahu pun menziarahi pusara ibu bapa dan keluarga di Masjid Panglima Kinta.


Dan kali ini disebabkan pengalaman memilih hotel yang dahulunya bagus tetapi dek kerana pandemik COVID-19, keadaan bilik hotel dan pengurusan kurang memuaskan membuatkan Kak Fas berhati-hati memilih hotel mana lagi yang hendak dicuba.


Kebetulan mengenali Dato Kamil daripada Tourism Perak membuatkan Kak Fas meminta pandangannya mengenai hotel mana yang masih kekal baik untuk menginap walau pun kebanyakan hotel-hotel terkesan di landa wabak koronovirus.


‘Cuba you try Hotel Excelsior, ia merupakan hotel penginapan pasukan bola JDT dan hotelnya memang kekal dijaga dan selesa. You hubungi Puan Mariana dan tanya,” ujar Dato Kamil mengesyorkan.


Tidak berfikir panjang Kak Fas pun melayangkan mesej melalui wats app kepada Puan Mariana dengan harapan mendapat jawapan positif.


Seperti pandangan Dato Kamil terhadap Puan Mariana yang disebut sebagai seorang perunding hotel yang mesra dan mudah didekati Kak Fas akui pendapat itu waima Puan Mariana tidak teragak-agak melayan permohonan Kak Fas untuk melakukan ‘review’ terhadap Hotel Excelsior Ipoh  bagi penginapan semalam.


Alhamdullilah, Hotel Excelsior menyediakan bilik penginapan superior untuk Kak Fas menginap dan merasai pengalaman semalam di situ.



Ketibaan Kak Fas di ‘front desk’ bagi pendaftaran berlaku dalam tempoh yang singkat dan licin di mana Kak Fas seterusnya diperkenalkan kepada Pengurus ‘Front Office’, Mr. Melvin.


Kak Fas diberikan kunci bilik di tingkat 9 di hotel bertaraf empat bintang itu tetapi tetap boleh digelar sebagai hotel antarabangsa pertama di Ipoh kira-kira lebih 40 tahun lalu sejak dibina.


 MARIANA dan Melvin di ruang tamu Presidential Suite. Foto diambil menggunakan Samsung A53 5G.


“Kami tidak mendapat pengiktirafan lima bintang memandangkan kami tiada ruang untuk menyediakan kolam renang,” ujar Puan Mariana ketika ditemui keesokan harinya.


Benar seperti dibayangkan Dato Kamil, Puan Mariana seorang perunding hotel yang bukan sahaja berpengalaman malah pertama kali bertemunya seolah sudah lama mengenalinya apabila layanan yang diberikan cukup memuaskan.


Tanpa di duga, Kak Fas dan keluarga disediakan jamuan berbuka puasa di Dulang Coffee House bagi menikmati menu Ramadan yang disediakan ketika itu.

Daripada bilik tingkat 9, Kak Fas boleh turun melalui lif terus ke Dulang Coffee House yang luas dan selesa.


Sudah tersedia meja atas nama Kak Fas ditempah bagi memudahkan segalanya, tinggal nak pilih lauk pauk yang berkenan di hati untuk berbuka.


Terbaiklah layanan diatur Mariana yang faham dengan kehendak ‘tetamu’nya tanpa diminta.


Iyalah, kadang kala sesetengah hotel tu cuma memberikan pengalaman menginap sahaja tanpa makan dan minum. Ternyata PR Puan Mariana boleh dikategorikan sebagai ‘terbaik’. Terima kasih daun keladi.

 

Begitu juga kala bertemu dengan Pengurus Operasinya, Mr. Rajah ketika di Dulang Coffee House, tidak kurang mesranya melayan Kak Fas sehingga sanggup menyediakan ‘French Toast’ dan mentega selepas ditanya apa kah tiada roti untuk dicicah dengan sup daging?



Terima kasih Mr. Rajah atas hospitaliti yang diberikan. Paling Kak Fas suka tentulah sup dagingnya, enak dan lembut dan bila dicicah roti lagilah berselera. Jadi pastikan ada roti bersama dengan sup ya hihi…


Bertitik tolak dari situ, acara yang Kak Fas nanti-nantikan tentulah meninjau setiap bilik penginapan yang ditawarkan.


Menurut Melvin, Hotel Excelcior Ipoh mempunyai tujuh kategori bilik meliputi  executive suite, junior suite, family triple/quadriple, superior, deluxe, studio suite dan presidential suite.


Memang Kak Fas tak sangka sebuah hotel yang nampak lama begini mempunyai bilik penginapan yang setaraf hotel lima bintang gayanya.


Di dalam bilik superior yang Kak Fas duduki mempunyai kemudahan yang mencukupi. 


Sebagai seorang wartawan seperti Kak Fas, tentulah yang paling utama Kak Fas mahu adalah akses internet, kemudahan sterika baju dan alat pengering rambut (hairdryer).


BILIK Superior..


Dan paling utama sebuah bilik yang luas dan mempunyai ruang tandas yang selesa.


Pendek kata, apa yang Kak Fas bayangkan ada di dalam bilik ini namun apabila meninjau ke bilik-bilik lain khususnya studio suite dan presidential suite lagilah menarik.


Hiasan dalamannya  minimilas cantik malah keluasan ruang tamu mampu memuatkan sebuah keluarga kecil tinggal dengan selesa.


ADA Bath tub dalam studio suite ini, pasti anak-anak suka.


Hati Kak Fas berbisik, dengan harga mampu milik memang berbaloi jika bawa famili bersama tinggal dalam bilik ini.


Dan apabila melihat pula Presidential Suite di Tingkat 13 lagi lah ‘Wow! Cantik, Menarik, Tertarik……memang da bomb…’… meminjam bait lagu ‘Da Bomb’ nyanyian kumpulan Ruffedge.


DI bilik tidur utama Presidential Suite.


Mempunyai tiga bilik tidor, kelengkapan di dalamnya memang setara kemudahan sebuah hotel ternama malah dengan ruang tamu yang luas dengan sofa dan meja makan panjang dipisahkan dengan jaringan panel kayu,  tetamu boleh juga menggunakannya sebagai ruang mesyuarat dengan selesa.


Anda tatap beberapa kepingan gambar yang menyusul ini dan biarkan gambar berbicara dengan sendirinya andai kata tidak setuju dengan pandangan Kak Fas.



Menurut Mariana, Hotel Excelsior sering menjadi pilihan pasukan bola khususnya JDT mahu pun pasukan lain seperti Pulau Pinang apatah lagi lokasinya berhampiran kedai-kedai, jadi memudahkan mereka berjalan mahu pun berehat untuk mengurut kaki yang penat di salon-salon berdekatan atau pun menjamu selera di luar.


Bab parkir, jangan risau selain kemudahan parkir empat tingkat di hotel, pengunjung boleh juga parkir kereta di ruang terbuka belakang hotel.


Cuma Kak Fas agak seriyau kata orang Perak apabila 'ramp' atau lorong nak naik dan turun kereta dari tempat parkir agak ‘sempit’. Kena pandu berhati-hati bila nak belok kerana jika termakan jalan kena undur jika tidak mahu kereta bergesel dengan dinding.



Keseluruhannya, pengalaman menginap semalam di Hotel Excelsior Ipoh memang sesuatu yang indah dikenang dan pastinya Kak Fas akan datang lagi untuk menginap pula di bilik-bilik lain terutama Presidential Suite… bolelah buat family gathering gitu…hihi.


Untuk rekod, Hotel Excelsior Ipoh dirasmikan pembukaannya oleh Almarhum Sultan Azlan Shah pada  19 Ogos 1984.


Sekali lagi terima kasih kepada Puan Mariana dan semua kakitangan Hotel Excelsior yang memberikan kepuasan kepada Kak Fas untuk berkata, “Saya akan kembali 

insyaAllah! dan sejajar dengan motonya 'Personalized Service We Care' atau dalam Bahasa Melayunya 'Perkhidmatan Peribadi, Kami Prihatin'.


Info lanjut berhubung Hotel Excelior boleh klik DI SINI.


#HotelExcelsiorIpoh #Staycation #Ipoh #PersonalizedServiceWeCare #HotelRebiu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan