Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MINDA OPTIMA ALTERNATIF BANTU ANAK LAMBAT MEMBACA


SELEPAS
27 tahun, syarikat ilmiah, Minda Optima Sdn Bhd masih teguh berkhidmat atas misi utama membantu golongan ibu bapa yang berdepan dengan masalah anak-anak gagal membaca.


Malah bagi pengasasnya, Zalma@Rashida Mamat (gambar atas, kanan), 52, berasal dari Terengganu, usaha murni itu tidak akan pernah bernoktah. 


Malah, bagi bekas guru  bidang pendidikan awal kanak-kanak dari  Institut Bahasa KL itu kecintaannya  banyak dizahirkan menerusi syarikat berkenaan yang berpengkalan di Sri Gombak.


Hingga kini selain berpaksikan pengajaran dalam talian, terdapat tiga pusat tuisyen di Taman Sri Gombak, Taman Melawati dan Setiawangsa  dengan 110 tenaga pengajar serta 11 staf yang menjadi nadi kekuatan syarikat ini.


Menurut Zalma lagi, sejak era pandemik COVID-19 dua tahun lalu mereka juga memperkenalkan inisiatif kelas percubaan percuma dalam talian untuk satu sesi berdurasi sejam setengah untuk kanak-kanak yang belum fasih membaca.


"Hingga kini sudah lebih 5,000 ibu bapa memilih untuk memasukkan anak mereka dari usia empat hingga ke 12 tahun ke kelas percubaan percuma ini.


"Malah kita melihat ramai pelanggan yang datang rata-rata anak mereka berusia 6 tahun yang bakal mendaftar ke sekolah rendah masih lagi gagal membaca dengan baik.


"Apa yang kami boleh simpulkan kelemahan itu ada yg berpunca dari masalah anak yang kurang fokus dan juga kegagalan guru menangani masalah gaya pembelajaran anak anak yg berbeza, menyebabkan ramai yg tercicir ," katanya.



Kata Zalma lagi, sasaran  syarikatnya  juga lebih menumpukan kepada dua golongan.


"Pertama, kanak-kanak yang belum masuk ke tadika atau sekolah rendah tetapi ibu bapa mahu mereka boleh membaca lebih awal. Kedua pula dalam kalangan murid yang sudah bersekolah iaitu tahun satu hingga enam tapi tetap gagal membaca hingga dimasukkan ke kelas pemulihan.


"Program pengajaran  kita anjurkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kelas percubaan percuma dalam talian itu mengehadkan satu kumpulan terdiri daripada tujuh kanak-kanak supaya memudahkan pengajar memberi perhatian kepada semua secara 'one to one," katanya.


Pengarah Operasi Minda Optima, Azmi Ali yang juga suami kepada Zalma@Rashida


Hasil pembelajaran dari kelas percubaan percuma ini ternyata memberi kegembiraan kepada ibu bapa apabila anak mereka dapat menguasai teknik bacaan dalam masa sesingkat 1 jam setengah.


"Seterusnya kita alu-alukan ibu bapa untuk menyertai kelas berbayar kami dengan tiga pakej dan pilihan jangka masa. Mereka boleh pilih untuk daftarkan anak mengikut target penguasaan membaca yang di ingini ibu bapa iaitu lancar membaca dalam masa 1 bulan, 3 bulan ataupun 6 bulan.


"Tempoh paling banyak menjadi pilihan ibu bapa ialah selama tiga  bulan. Kita tawarkan harga yuran bulanan dari serendah RM140 hingga RM310 sebulan. Pilihan di tangan anda.


"Boleh klik pautan INI atau ke Instagram rasmi di @mindaoptimahq untuk mencuba kelas percubaan percuma dan program berbayar ditawarkan," katanya.



Zalma menjelaskan pada awalnya kelas intensif membaca yang ditafsir  'niche market' ini  dilihat tiada  kepentingan dan impaknya untuk diketengahkan.


"Namun selepas diamati seiring dengan pengalaman saya dalam  pendidikan awal kanak kanak, ia  mula menjadi trend hingga jadi keperluan utama anak anak sebelum mulai melangkah ke Tahun Satu.


"Saya melihat ibu bapa tidak boleh bergantung kepada pra sekolah atau tadika semata-mata untuk beri pendedahan awal anak mereka dalam kemahiran membaca.


"Jadi kehadiran syarikat dan misi kami ini mampu menjadi langkah awal untuk kanak-kanak menguasai dan terdedah dengan  kemahiran membaca," katanya.



Kata Zalma lagi, satu kepuasan maksima apabila melihat testimoni kejayaan anak anak yg menyertai program yang di anjurkan Minda Optima dengan pelbagai latarbelakang masalah bacaan.


"Ada pelajar kami yang mengalami kesukaran membaca kerana ada masalah disleksia, tetapi selepas menyertai 24 sesi kelas  sudah berjaya menghabiskan  silibus dan membaca buku cerita secara berdikari. Ada yang baru sertai dua tiga sesi pun sudah boleh lancar membaca dengan izin-Nya.


"Malah bukan sesuatu yang pelik ada pelajar di usia 15 tahun juga menyertai kami sama ada keciciran atau ketinggalan dalam kelas di sekolahnya. Yang tak boleh 'catch up' dan fokus di sekolah pun ada yang kita bantu.


"Tak ketinggalan ada testimoni pelajar yang dah 3 tahun ke tadika  dan mencuba berbagai kaedah bacaan tapi masih gagal, namun berjaya membaca setelah menyertai program bacaan di Minda Optima dan  ambil pakej sebulan setengah tetapi sudah pantas membaca," katanya.


Sempat ditanya apa keistimewaan yang ada hingga boleh kekal relevan hingga kini, Zalma memberitahu mereka mengutamakan pendekatan linguistik.


"Masuk kelas atau program kami anjurkan pun tanpa ada pra syarat tertentu. Ia termasuklah cara tidak menekankan kanak-kanak untuk menghafal huruf atau abjad.


"Sebaliknya kami mengajar mereka menggunakan teknik serta kaedah penggunaan posisi mulut dan kedudukan alat artikulasi yang betul bagi menghasilkan sesuatu bunyi," akhirinya.


Tenaga penting dan staf Minda Optima.


#MindaOptima #BelajarMembaca #KaedahPosisiMulut  #Zalma #InstitutBahasaKL

Tiada ulasan: