Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TAWARAN ISTIMEWA PEMBELIAN ONE PLUS NORD HARI INI, DISKAUN RM200



YOU alls
semua tahu tak…….. dah ada telefon pintar jenama baharu di pasaran.



Apa namanya?


Jenama teknologi global OnePlus memperkenalkan dua tambahan terbaharu dalam OnePlus Nord, rangkaian telefon pintar mampu milik syarikat tersebut di pasaran Malaysia, iaitu OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G. 


Pelancaran dua telefon pintar ini merupakan pelancaran rasmi pertama OnePlus di Malaysia, memperlihatkan komitmen jenama ini terhadap pelanggan dan peminat OnePlus di Malaysia, seterusnya menunaikan janji mereka untuk ‘Never Settle.


“OnePlus sentiasa berusaha membawakan teknologi terbaik kepada pengguna kami di seluruh dunia. Oleh itu, kami juga mempunyai komitmen terhadap pengguna di Malaysia, untuk memberikan hanya yang terbaik daripada segi prestasi, perisian dan pengalaman pengguna untuk pelbagai kategori harga, sama ada dalam rangkaian utama yang canggih dan premium, ataupun OnePlus Nord iaitu rangkaian telefon pintar kelas pertengahan mampu milik yang unggul,” ujar Andy Shi, Presiden OPPO dan OnePlus Asia Pasifik (APAC) pada majlis pelancarannya yang berlangsung baru-baru ini di Slate, The Row, Kuala Lumpur.



OnePlus Nord 2T 5G merupakan gabungan sempurna untuk semua ciri hebat dalam rangkaian utama, sekaligus meletakkan telefon ini dalam kelasnya yang tersendiri. 


“Pengenalan OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G kepada pengguna dan peminat di Malaysia adalah selari dengan janji kami iaitu ‘Fast and Smooth has arrived’ yang mana kedua-dua peranti ini menjanjikan prestasi, ciri dan pengalaman pengguna yang menakjubkan,” tambah Andy


Selain itu, tambahnya, pengenalan ini juga mencatatkan peristiwa penting bagi One Plus sebagai sebuah jenama, kerana usaha ini memanifestasikan pegangan untuk menjadikan pengalaman OnePlus mudah dinikmati oleh semua. 


“Meskipun begitu, ini hanyalah permulaan kerana kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak lagi produk yang akan membawa OnePlus lebih dekat dengan komuniti Malaysia dan pada masa yang sama memberi inspirasi kepada rakyat negara ini untuk Never Settle,” jelas Andy.


Everything You Could Ask For”,  menawarkan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC yang sama ditampilkan dalam OnePlus 10 Pro, cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1300 yang lebih laju dan telah ditambah baik secara holistik, kamera utama yang dipertingkatkan kecerdasan buatannya daripada OnePlus 10R, serta sistem operasi OxygenOS 12.1 untuk memberikan pengalaman yang pastinya pantas dan lancar pada harga hebat.


Manakala, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G pula menjanjikan semua ciri teras dalam OnePlus yang menjadi pilihan pengguna pada harga paling berpatutan dalam jenama ini. 


Menawarkan “A Little More Than You’d Expect”, peranti yang dilengkapi kuasa penuh ini membawakan cip pemprosesan yang pantas dan tenaga efisien, bateri berkapasiti besar dengan pengecasan pantas dan paparan 120 Hz. 


Peranti ini juga hadir dengan pra pasang sistem operasi OxygenOS 12.1, mempunyai sambungan 5G dan mengekalkan ciri popular daripada siri Nord CE seperti bicu fon kepala 3.5 milimeter serta storan yang boleh ditambah melalui kad mikroSD.



Sementara itu, dari 19 hingga 31 Julai, pelanggan yang membeli sama ada varian OnePlus Nord 2T 5G akan menerima sepasang OnePlus Nord Buds secara percuma – sementara stok masih ada dan berdasarkan siapa cepat dia dapat – serta Perlindungan Skrin selama setahun. 



Selain daripada promosi ini, mereka yang cukup pantas juga boleh mendapatkan baucar potongan RM50 di Lazada untuk OnePlus Nord 2T 5G dengan mengimbas Kod QR khas pada halaman Facebook atau Instagram rasmi OnePlus Malaysia - terhad kepada 200 penebusan pertama.


Manakala pelanggan yang membeli OnePlus Nord CE 2 Lite 5G sama ada dalam Black Tide atau Blue Dusk dengan 8GB RAM, storan 128 GB di Shopee pada hari pertama jualan, 19 Julai  iaitu hari ini juga akan menikmati diskaun segera sebanyak RM200 diskaun.




#OnePlus #OnePlusNord2T #OnePlusNordCE2Lite #Technologi #TelefonPintar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan