Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA, HOTEL 4 BINTANG' MEWAH', MAKAN PUN SEDAP, MEE KARI TERBAIK!


SESIAPA yang tinggal di Putrajaya atau yang sering melalui jalan ke arah terletaknya Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu tentu PARK Inn By Radisson, sebuah hotel empat bintang tidak terlepas daripada pandangan.


Malah, jika anda seorang pengembara tentu nama Radisson juga tidak terlepas dari pengetahuan sebagai antara jenama popular dan terkenal dalam industri perhotelan.


Faktor itulah penyebab kenapa Kak Fas terima undangan dari Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Sofiah Baharudin untuk merasai pengalaman menginap semalam di hotel Park Inn By Radisson yang terletak di antara Putrajaya dan Kuala Lumpur.


Lokasinya itu menjadikan nama hotel disebut Park Inn By Radisson Putrajaya, walaupun hakikatnya ia terletak bukan di tengah-tengah bandar Wilayah Persekutuan Putrajaya. 


Sejujurnya Kak Fas jarang berkunjung ke Putrajaya, kecuali jika ada urusan atau majlis untuk dihadiri malah undangan untuk ‘staycation dan review’ pun diperoleh secara kebetulan apabila mengenali Sofiah melalui panggilan telefon dan emel  sahaja ketika beliau bertugas di sebuah hotel di Seremban.


Boleh dikatakan dalam waktu pandemik COVID-19 melanda negara, dalam tempoh dua tahun itu jugalah Kak Fas ‘putus’ hubungan seketika dengan Sofiah sehinggalah terbaca statusnya dalam wats app.


Dan disebabkan masih mempunyai contactnya, Kak Fas melayangkan pertanyaan bila nak menjemput Kak Fas ke Seremban tetapi dijawab beliau sudah berhenti bertugas di sana dan kini berada pula di Park Inn By Radisson.


Pertanyaannya samada Kak Fas berminat untuk ‘review’ Park Inn By Radisson tentulah diterima dengan lapang dada.


Sehubungan itu, selesai segala urusan, Kak Fas ditawarkan penginapan sehari semalam dengan menikmati hidangan Bufet Steamboat pada sebelah malam yang kebetulan disediakan pihak hotel pada setiap Jumaat dan Sabtu malam sahaja, bemula dari jam 6.30 hingga 10 malam.


Setibanya ke Park Inn By Radisson, pendaftaran di kaunter pun bermula dan sambil menunggu, mata Kak Fas berkeliaran meninjau keadaan sekeliling. 


CUMA nak nasihati agar penyambut tetamu lebihkan senyuman jangan terlalu serius bila sambut tetamu.


Nampak cozy dalamannya dengan tiang-tiang ala Roman mengukuhkan struktur bangunan di lobi yang terletak berhampiran RBG BAR & GRIL di mana di sini juga Kak Fas akan mencuba hidangan Steamboat kelak.


Sebaik menerima kunci bilik bernombor 619, Kak Fas terus ‘check in’ dahulu ke kamar jenis biasa atau Standard Room berkeluasan 21 meter persegi.


Melihat pada saiz bilik ia memang sesuai untuk penginapan dua orang sahaja sebab ruangnya kecil malah bagi seseorang yang hadir ke Putrajaya disebabkan tugasan bolehlah menempah bilik ini yang dilengkapi kemudahan kebiasaannya, lebih-lebih lagi ada slot untuk caj dua kabel telefon sekali gus!


Selalunya apa yang Kak Fas cari dalam bilik adalah kelengkapan sterika dan alat pengering rambut. Dua produk tu jika ada memang cantik. Dan ternyata setiap bilik di Park Inn By Radisson ada menyediakannya. Terbaik!


Pun begitu, tidak lama Kak Fas berada di bilik 619 apabila mendapat pertukaran ke bilik  yang lebih luas iaitu Junior Suite terletak di aras sama tetapi di sebelah hujung  koridor bernombor 624.


Memasuki bilik ini baharulah lapang sikit mata memandang dan dengan saiznya 30 meter persegi, ia boleh memuatkan sebuah famili kecil samada di bilik katil King atau katil berkembar. 


Cuma jika nak tempah katil King khabarnya ada satu sahaja bilik Junior Suite yang dimuatkan dengan katil bersaiz besar itu manakala 54 unit lainnya dilengkapi katil berkembar. Jadi kenalah tempah cepat capat, siapa dulu dia dapat!


Pada asalnya Kak Fas fikir jika Junior Suite mestilah ada ruang tamu kecil tetapi dengan statusnya sebagai hotel empat bintang, memang memadailah digelar Junior Suite berbanding jenis bilik lain yang disediakan meliputi Bilik Standard, Bilik Superior (25 meter persegi), Bilik  Deluxe (28mps) dan  Bilik Eksekutif dengan keluasan 29 meter persegi


Apa pun alhamdullilah bila dapat tukar bilik dapatlah bandingkan bilik Standard dan Jumior Suite waima yang lain-lainnya tengok gambar sahaja lah gitu sebab tiada program untuk melawat bilik-bilik hotel seperti kebiasaannya bila Kak Fas buat review. 


Yang penting Kak Fas dah dapat bayangkan keadaan setiap bilik itu yang dilengkapi kemudahan sama cuma saiznya yang membezakannya.



Meninjau ke bahagian luaran hotel, terletaknya kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak di tingkat bawah bahagian belakang ruang lobi di mana tetamu hotel boleh akses melalui pintu berhampiran lif.


Dibuka dari jam 6 psgi hingga 10 malam, selepas berenang boleh juga bersenam di bilik Gym berkaca yang terletak berhadapan kolam renang. Memang strategik sambil bersenam boleh melihat ke arah kolam renang sekali gus boleh memerhatikan kaum keluarga yang turut beriadah di dalam mahu pun sekadar berehat di tepi kolam.


Cuma ketika Kak Fas nak membuka Gym, ia berkunci dan tiada kakitangan hotel untuk Kak Fas bertanya kenapa berkunci. Adakah tutup atau pun bila nak guna baharu maklumkan kepada mereka tetapi disebabkan tiada kelibat staf hotel, Kak Fas pun berlalu sahaja lah sambil hati tertanya-tanya ‘kata dibuka 24 jam, kenapa kunci?’


Dalam pada itu, menariknya ini pertama kali Kak Fas lihat sebuah hotel yang menyediakan ruang GRAB & GO bagi kemudahan tetamu membeli makanan ringan 24 jam, terletak bersebelahan dengan kaunter penyambut tamu.


Jadi bagi mereka yang lapar waktu malam boleh sahaja turun dan membeli makanan ringan disediakan dengan segera waima jam berapa sekali pun.



Berdekatan dengannya terletaknya ‘coffee house’ yang dinamakan RBG Bar & Grill dengan kapasiti dalaman yang mampu memuatkan 126 pax ditambah 50 pax lagi pada bahagian al fresco iaitu di ruang pavment luarnya.


Di RBG Bar & Grill ini  juga terdapatnya bilik kecil yang boleh ditempah untuk majlis sambutan Hari Jadi atau apa sahaja malah boleh dihiasi mengikut tema majlis.


Ketika Kak Fas berada di situ, berlangsungnya sebuah parti hari jadi eksklusif di mana pelanggan boleh membawa pemuzik seperti dalam bilangan 3 piece band  untuk mengiringi kehadiran 'tetamu' yang diraikan.



Memandangkan Kak Fas menginap pada Jumaat malam, Sofiah mengesyorkan Kak Fas mencuba ‘Steamboat Bufet Dinner’ yang disediakan hanya pada Jumaat dan Sabtu berharga  RM49.90+ untuk dewasa dan RM29.90+ bagi kanak-kanak.


Bermula dari 6.30 petang hingga 10 malam, pengunjung boleh kekenyangan dengan pelbagai bahan ‘seafood’ samada di masak ‘stim’ atau pun di ‘grill’.


Sebut sahaja apa yang diingini: udang, daging, ayam, fish ball, sayuran semuanya ada. Memang puas lah cuma untuk menunggu 'seafood'  di bakar agak memakan sedikit masa disebabkan bahan bahan membakar diletakkan pada dapur sama, jadi periuk ditengah tengah yang berisi kuah untuk steamboat lebih cepat panas daripada kelilingnya.



Barangkali perlu ada dua dapur berasingan, satu untuk membakar dan satu untuk steamboat.


Menurut Sofiah, pada hari kebiasaan, tetamu hotel boleh menjamu selera secara bufet atau ala carte samada waktu sarapan pagi atau pun selepas jam 12 tengah hari apabila ruang makan dibuka untuk High Tea Bufet sehingga 4 petang.


Berkesempatan menikmati High Tea Bufetnya, Kak Fas nampak lebih kurang 8 lauk pauk utama yang boleh dipilih seperti antaranya pasta, nasi goreng kampung, sambal sotong, mee kari, rojak dan pizza pun ada bagi kanak-kanak yang memang gemar makan pizza.



Melihat adanya mee kari, apa lagi Kak Fas pun pelawa  suami yang memang suka hidangan itu apa tah lagi selama ini sukar mencari mee kari yang sedap seperti ala ala makan kat kantin sekolah dulu dulu hihi..


Bila dirasa memang mee kari hasil air tangan Chef G terbaik cuma suami sarankan sepatutnya ada tauge al maklumlah dia memang tahu apa yang sedap untuk mee kari.



Mendengar pandangan suami, Chef G terus menjawab, ‘memang ada mungkin staf terlupa nak letak, terima kasih kerana ingatkan,’ ujar Chef G sambil melangkah ke dapur dan membawa sepinggan tauge untuk diletakkan bersama bahan-bahan lain  di kaunter mee kari.


Selain itu, Kak Fas gemar dengan rasa kuah rojaknya. Memang sedap apabila digaulkan bersama bahan-bahan rojak seperti nenas, buah jambu, sengkuang dan lain-lain. Boleh menjilat jari gitu… meminjam tagline ‘KFC’ haha…



Bila perut dah kenyang apa lagi, tilam empuk di atas memanggil-manggil untuk naik berehat seketika sementara menantikan azan Asar.


Peluang yang diberikan untuk ‘check out’ lewat pada jam 5 petang memberikan kesempatan Kak Fas meninjau pula apa yang ada berdekatan hotel.



Paling dekat terletaknya pusat membeli-belah De Centrum Mall di hadapan hotel yang boleh dikunjungi dengan berjakan kaki  2 minit sahaja.


Apabila hotel terletak berhampiran mall tentulah lebih memudahkan pengunjung untuk berjalan dan membeli-belah apa yang tertinggal. Memang sesuai letaknya lokasi Park Inn By Radisson ini.


Pendek kata, ini antara hotel yang Kak Fas syorkan jika ingin singgah di Putrajaya dalam perjalanan ke Selatan mahu pun Utara melalui lebuh raya Seremban.



Dengan harga mampu bayar Park Inn By Radisson antara pilihan terbaik bagi pengunjung pelbagai latar belakang samada untuk beriadah, bekerja atau pun ingin mencari tempat untuk menjamu selera sahaja.


Info lanjut berhubung hotel dan tempahan sekiranya Park Inn By Radisson sudah berada dalam perancangan anda bagi percutian atau pun tugasan di Putrajaya atau pun Kajang berdetan bolehlah KLIK DI SINI untuk membuat tempahan atau pun pertanyaan lanjut berhubung harga bilik dan sebagainya.



Kak Fas: Terima kasih daun keladi Sofiah dan team hotel atas hospitaliti yang tidak dijangka.



#ParkInnByRadissonPutrajaya #Staycation #HotelReview #DeCentruamMall 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan