Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FILEM 'MUSYRIK...' BAKAL 'BOX-OFFICE, IKUT JEJAK 'MAT KILAU...'?


KEJAYAAN filem ‘box office’, 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan' arahan Syamsul Yusof yang berjaya mengutip RM39.2 juta dalam tempoh sepuluh hari tayangan menjadi penanda aras kepada industri perfileman negara.


Filem epik Melayu terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu seakan memberikan sinar baharu kepada industri perfileman yang merudum sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan selama dua tahun.


Bagi penerbit filem 'Musyrik - Api Neraka Menantimu!', S.Baldev (kanan)katanya, kejayaan filem 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan' membuktikan filem tempatan mampu pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa.


“Terima kasih penonton tempatan. Filem Malaysia memang berkualiti untuk menarik penonton ke pawagam.


“Walaupun pasaran kita kecil, ‘output’ kita besar berbanding dengan filem Hollywood atau Bollywood,” katanya.


S.Baldev berkata, pembikin filem tempatan memang bekerja keras untuk memberikan karya terbaik untuk penonton.


“Justeru, saya sangat berharap kerajaan beri perhatian sewajarnya dengan membantu membawa filem tempatan ke peringkat global,” tambahnya.


Mengenai filem baharu bergenre seram 'Musyrik - Api Neraka Menantimu!', Baldev memberitahu, mesej ingin disampaikan dalam filem terbitannya sama seperti 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan'.

 

“Jika filem itu membangkitkan martabat orang Melayu, 'Musyrik - Api Neraka Menantimu!' pula membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan salah kerana api neraka akan menanti.


“Walaupun saya bukan beragama Islam, saya berminat untuk mempelajari mengenai agama lain dan percaya Tuhan hanya satu.


“Malah, pasukan produksi kami juga buat kajian secara mendalam termasuk bertemu ustaz demi merealisasikan filem ini,” jelas Baldev.


(Artikel berkaitan KLIK SINI dan SINI)


Ditanya sasaran kutipan filem 'Musyrik - Api Neraka Menantimu!', beliau berkata, dia hanya menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasilnya.


“Semua orang tanpa mengira agama dan bangsa boleh menonton filem ini kerana ia sesuai untuk tontonan seluruh masyarakat,” ujarnya.



Filem 'Musyrik - Api Neraka Menantimu!' terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd menampilkan barisan pelakon popular seperti Ariel Zafrel, Ruhainies dan Ashraf Muslim selaku teraju utamanya.


Selain itu, ia turut dibarisi pelakon, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.


Filem 'Musyrik - Api Neraka Menantimu!' akan memulakan tayangannya  di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai 2022 ini.



'

Trailer rasmi filem ini sudah boleh disaksikan penonton semua menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies sejak dimuat turun pada 15 Jun lalu.


Selain Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!, antara senarai filem tempatan lain yang bakal ditayangkan di pawagam mengikut Skim Wajib Tayang termasuklah 'Bintang Hatiku' pada 28 Julai ini, 'Jerangkung Dalam Almari' (4 Ogos), 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' (25 Ogos) dan 'Anak Rimau' (1 September).


Tidak ketinggalan, filem 'Juang' (8 September), 'Ada Hantu 2' (15 September), 'Zaara' (22 September), 'Rasuk' serta  'Biko' (29 September) dan banyak lagi.



#MusyrikApiNerakaMenantimu #FilemTempatan #MatKilauKebangkitanPahlawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan