Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AISHAH DISERANG GATAL MENGGELEUMBUNG? TAK KISAH DIGELAR 'ANDARTU'


PELAKON
tinggi lampai, Aishah Ilias tidak kisah jika digelar ‘andartu’ kerana masih belum bertemu jodoh pada usia 35 tahun.


Bagi Aishah, dia hanya menyerahkan soal jodoh pada ketentuan Tuhan.


“Jodoh dan pertemuan urusan Tuhan, siapa kita mahu menentukannya? Memang saya ada juga berkawan dengan lelaki, tetapi tiada teman istimewa yang sesuai dijadikan calon suami.


“Pada usia sekarang, saya mencari calon suami baik, bertanggungjawab dan boleh memberi komitmen terbaik apabila berumah tangga,” katanya.


Diajukan soalan adakah beliau pernah didekati suami orang, Aishah menafikannya.


“Setakat ini, hanya lelaki bujang cuba mendekati kerana saya memang mengelak berkawan suami orang.


“Maaflah, saya tidak suka berkongsi kasih dengan wanita lain,” katanya.


Berkongsi perkembangan kerjaya seninya, Aishah tidak sabar menanti lakonannya dalam filem genre seram 'Musyrik - Api Neraka Menantimu' terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd.


Menerusi filem arahan Arjin Uppal itu, Aishah bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Ashraf Muslim, Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama.


“Saya tidak menolak tawaran berlakon dalam projek filem kerana mahu mengembangkan bakat ke layar perak.


“Sebelum ini, saya pernah membintangi filem seram, 'Paku' dan 'Pilot Cafe'. Dalam masa sama, siapa tidak mahu berganding dengan pelakon berpengalaman seperti Ashraf dan Aeril,” tambahnya.


Mengulas pengalaman berlakon dalam filem 'Musyrik - Api Neraka Menantimu', Aishah berkata, dia melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril dalam filem berkenaan.


Antara pengalaman sukar dilupakan cerita Aishh adalah apabila seluruh badannya  menggelembung gatal ketika menjayakan satu babak.



“Saya terpaksa dihantar ke klinik untuk mengambil suntikan bagi merawat gatal-gatal ini hingga penggambaran terpaksa dihentikan buat sementara waktu,” kenangnya.


Selain Ashraf, Aeril, Ruhainies dan Aishah, filem 'Musyrik - Api Neraka Menantimu' turut menampilkan barisan pelakon seperti Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.


'Musyrik - Api Neraka Menantimu' aka. mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. 


Trailer rasmi filem disiarkan menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies sejak 15 Jun lalu.



#MusyrikApiNerakaMenantiMu #AishahIlias #AerilZafri #AshrafMuslim #FilemSeram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan