Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DE'XANDRA LANCAR HARUMAN PERSAHABATAN-CINTA, KOLEKSI BELLA ASTILLAH, RICO RINALDI


SEBUT sahaja jenama De’Xandra, rasanya satu Malaya dah tahu produk apa yang dihasilkan pengasasnya, Ernayanee Nur Julaimi ini.


Bagi Kak Fas nama De’Xandra memang cantik bagi penghasilan produk haruman. Mudah disebut dan mempunyai nilai komersial pada mata dunia.


Berpeluang hadir ke majlis perasmian ‘The Grand Launching of De’Xandra Celebrity Collection’ bertempat di Boathouse, Hotel Flamingo, Ampang baru-baru ini tentulah tidak dilepaskan apatah lagi selama ini belum memperoleh kesempatan hadir pada mana-mana majlis anjuran De’Xandra.


Sebagaimana indah namanya begitu juga gahnya aturan majlis pelancaran yang berlangsung penuh meriah dihadiri selebriti yang menjadi pilihan tercetusnya koleksi terbaharu De’Xandra iaitu penyanyi dan pelakon  Bella Astillah serta pereka fesyen Rico Rinaldi. Turut hadir suami Bella, Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Alif Aziz.



Hampir keseluruhan tetamu hadir mengikut tema majlis dengan berpakaian serba hitam antaranya EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, Dr. Mohammad Akmal Salleh, Pakar Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan,  Annems Leadership Solution, Datuk Faridah Hanim Haron, Tokoh Saham, Asri Ahmad Academy, Datuk Haji Mohd Asri Hj Ahmad.


Tidak ketinggalan,  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Megaklinik Zahra, Dato Mohd Nafidz Abdul Razak,  Penasihat Perniagaan De’Xandra, Sifu Jamal dan rakan-rakan pengasas perniagaan.


“Tahun ini De’Xandra akan melebarkan sayapnya ke Indonesia,” ujar Ernayanee sekali gus mendapat sorakan dan tepukan hadirin yang mendengar perancangan tersebut.


Bagaimana pun menuju ke arah globalisasi, terbaharu. De’Xandra memperkemalkan produk paling premiumnya, Koleksi Selebriti De’Xandra yang dicetuskan daripada aroma citarasa kolaborasi Bella Astillah dan Rico Rinaldi.


Koleksi selebriti tersebut dilancarkan sempena kempen “Mental Health Awareness” bertemakan “De’Xandra Heals The World”. 


Menurut Ernayanee, kempen tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) itu merupakan julung-julung kali diadakan.


“Kempen ini berlangsung sepanjang tahun yang turut disokong selebriti yang terlibat dengan De’Xandra, pihak pengurusan tertinggi, rakan strategik termasuk stokis, pengedar dan dropship yang berada di negara ini, Singapura, Indonesia dan Brunei,” ujarnya.



Tambahnya, tujuan diadakan kempen sebagai menyatakan pendirian dan sokongan serta usaha syarikat dalam membantu memberi lebih banyak kesedaran kepada pelbagai pihak tentang situasi kesihatan mental yang kian meruncing.


“Sebelum ini, kebanyakan program CSR De’Xandra yang menjadi agenda tahunan lebih tertumpu kepada kebajikan, pengurusan bencana, pembangunan sahsiah dan ekonomi. Bagaimana pun pada kempen kali ini, kami mengangkat  isu kesihatan mental ekoran berlakunya peningkatan signifikan dalam kes bunuh diri di dalam negara malah di peringkat global,” jelas Ernayanee.



Ernayanee Nur menambah, sempena kempen pihaknya melancarkan wangian koleksi selebriti bertemakan persahabatan dan cinta, kempen hastag #DexandraHealsTheWorld dan tayangan video kesedaran berkaitan kesihatan mental melalui media sosial. 


“Sebagai jenama wangian pilihan Asia, kami merasa terpanggil untuk turut bersama-sama memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan menyeru melakukan apa sahaja usaha dalam membantu golongan yang sedang mengalami masalah awal kesihatan mental termasuk depresi, anxiety, kemurungan dan hilang keyakinan diri, “ ujarnya.


“Koleksi wangian terbaharu cetusan idea dan kolaborasi citarasa Bella Astillah dan Rico Rinaldi yang dikenali sebagai Celebrity Collection sangat istimewa.



Rico Rinaldi mengetengahkan perlambangan pentingnya nilai persahabatan manakala wangian Bella Astillah yang tampil merah, diibaratkan warna rona cinta dalam membantu memberi suntikan semangat baru kepada mereka yang memerlukan termasuk golongan yang menghidapi masalah awal kesihatan mental,” cerita Ernayanee penuh semangat.


Beliau yakin nilai persahabatan dan cinta  merupakan tunjang dalam apa jua situasi kerana  setiap individu memerlukan sahabat untuk saling menyokong,  kasih sayang dan cinta. 


“Justeru melalui koleksi selebriti ini menyampaikan mesej yang jelas dan baharu kepada penggemar-penggemar minyak wangi di luar sana tentang nilai persahabatan dan cinta yang sebenar,” tambah Ernayanee.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Safwan Ismail memberitahu,  kedua-dua selebriti tersebut telah menjalin kerjasama dan turut terinspirasi dengan produk yang dianggap lebih daripada sekadar wangian.


“Kami duduk berbincang daripada hati ke hati dalam banyak perkara termasuk aspek citarasa, kualiti dan keutamaan mereka bukan sahaja dalam kerjaya tetapi dalam kehidupan seharian.


“Mereka juga sangat terkesan dengan gelombang positif pasukan dalam De’Xandra maka menzahirlah koleksi terbaharu yang dilancarkan. Koleksi ini juga merupakan inisiatif De’Xandra dalam mempelbagaikan pilihan buat penggemar wangian yang setia dan meraikan peminat baharu,” jelas Safwan.


Sambung Safwan, selain memberi peluang kepada para peminat selebriti, mereka juga berpeluang mengumpul koleksi wangian daripada artis kegemaran. 


“Berdasarkan data dan rekod, kehadiran selebriti secara langsung membantu menaikkan reputasi jenama yang memberi impak langsung peningkatan kepada jualan, “ tambahnya.


Katanya lagi, selain berkongsi citarasa wangian, pilihan selebriti juga berperanan menyokong usaha mempromosikan produk dan memberi motivasi dan galakan kepada usahawan-usahawan untuk bangkit dan meneruskan perniagaan pasca pandemik bersama-sama De’Xandra. 



Sebagai tanda sokongan berterusan, sebelum majlis pelancaran telah berlangsung aktiviti  di kalangan pengedar  yang hadir dari seluruh negara temasuk memperbaharui teknik pemasaran dan sasaran jualan.


“De’Xandra sentiasa membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang ingin bersama dengan kami. Berdasarkan data dan rekod yang terkini syarikat telah melahirkan usahawan perniagaan termasuk wakil pengedar seramai 30,074 orang dengan peningkatan 65 peratus sejak dari 2020 sehingga 2022. 


“Ini bermakna dalam tempoh pandemik akibat Covid-19 yang lalu, jumlah wakil jualan telah meningkat kerana mereka telah diberi bimbingan yang betul, cekap dan menghasilkan jualan memuaskan melalui perniagaan dalam talian,” akhiri Safwan.


Berkongsi pandangan masing-masing berhubung koleksi yang dilancarkan Bella berkata, “saya memang sukakan rona merah dan aroma pilihan saya tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu flora tetapi memadai dengan bau lembut serta eksklusif.



Manakala Rico pula berkata, ‘pilihan saya tentulah wangian yang tidak terlalu masculin mahupun feminin tetapi bau ‘fresh’ yang pada hujungnya ada satu ‘kick’ yang pesona, sesuai untuk unisex.”


Koleksi wangian selebriti yang dijual pada harga RM150 turut diedarkan kepada semua yang hadir seterusnya menjadikan malam yang berlangsung penuh meriah dengan sorakan gembira mereka yang menerima hadiah dari De’Xandra. 


Memang ‘happening’ majlis pada akhirnya!



#DeXandraHealsTheWorld #BellaAstillah #RicoRinaldi #DeXandraCelebrityCollection 



Tiada ulasan: