'LINKS OF MALAYSIA' TAMPILKAN 'CHARM' BERIMEJ MALAYSIA KE MATA DUNIA
DEWAN Perniagaam Wanita Islam Malaysia (DEWI) dengan kerjasama Datin Raskidah Ali (gambar atas) selaku Pengerusi DEWI merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ihsan iFintech yang memperkenalkan rekaan eksklusif barangan kemas berimej Malaysia menerusi ‘Links of Malaysia’ sekali lagi membawa media berkunjung ke Wisma Trax di Chan Sow Lin baru-baru ini.
Ini merupakan kunjungan kali kedua Kak Fas ke Wisma Trax di mana bangunan inilah, dahulunya ‘Utusan Princtcorp” di mana selama lebih 10 tahun Kak Fas bertugas sebagai wartawan Majalah WANITA di situ.
Perubahan bangunan ini sekarang cukup menakjubkan. Daripada ruang yang dahulunya dipenuhi mesin pencetak kini beralih ke ruang di mana para pelancong serta peminat barang kemas berpeluang menjamu mata pada kilauan permata, emas dan berlian yang dipamerkan beberapa jenama tempatan di situ.
Baca kembali LINK INI.
Kehadiran Kak Fas atas undangan Datin Raskidah atau panggilan mesranya Datin Ras melalui teman blogger, Wasif kali ini untuk meraikan pelancaran Nayli B Jewels sekali gus menyambut ahli ahli DEWI dengan jamuan minum petang.
Seperti yang dijanjikan terdahulu ketika 'Links of Malaysia' atau ringkasnya LOM dilancarkan, Datin Ras memaparkan rangkaian rekabentuk yang sudah boleh dimiliki pelanggan meliputi imej seperti Gong, Wau, Bunga Raya, Stadium JDT dan apa sahaja yang melambangkan simbol dan imej Malaysia seperti buah-buahan tempatan dan seumpama.
“Jika negara lain boleh berbangga dengan ikon terkenal mereka seperti Eifel Tower, London Bridge dan sebagainya, LOM juga mahu memperkenalkan Malaysia pada mata dunia melalui ‘charm’ yang direka ini,” ujar Datin Ras ketika ditemui pada majlis pelancaran Nayli B Jewels.
Turut hadir Prof Dato Dr Norbik Basha Idris (Pengerusi Ihsan Ifintech), Dr Nor Saidatul Akmar, (CEO DEWI), Dato’ Seri Halim Ishak, (Pengerusi, Malaysia Community Care Foundation(MCCF)/Pengerusi, UK GOLD), Dato’ Rosmadi Ghazali (Pengerusi Eksekutif RAED Ascent/ Pengarah, UK GOLD), Prof Dato' Azahari@Dr Love (Pengarah UK GOLD), Datuk Azlie Abdul Hamid, (Presiden ITAM), Capt Mahadzir Tan Sri Mansor, (CEO ITAM) dan Puan Rozila Kamaruddin (Pengarah Bio Green Bamboo) serta ahli-ahli DEWI.
Menurut Datin Ras, produk LOM sudah tersedia dibeli mahu pun ditempah mengikut citarasa masing-masing.
“Untuk tempahan ia boleh siap dalam tempoh 14 hari,” tambah beliau yang kini mempunyai 'kilang mini' pembuatan produk LOM di Wisma Trax.
Kak Fas berpeluang menyaksikan bagaimana proses pembuatan LOM dihasilkan dengan teliti bagi memelihara kualiti produk.
Sementara itu, pada majlis yang sama, DEWI memperkenal dan melancarkan kad debit khas untuk ahli DEWI membuat pembelian pelbagai barangan termasuk melalui platform online pada harga istimewa.
Turut disempurnakan acara menandatangani MoU antara DEWI dan beberapa pihak terbabit seperti ITAM, UK Gold mahu pun pihak Kementerian Pelancongan.
Rata-rata tetamu yang hadir menyambut baik usaha DEWI dan Datin Ras dalam menghasilkan rekaan emas bertemakan imej Malaysia sekali gus memperkenalkan negara pada pelancong luar.
Majlis sempena Aidil Fitri itu juga turut dihiburkan dengan nyanyian dan tarian di kalangan ahli-ahli DEWI.
#LinksOfMalaysia #DEWI #Emas #DrLove #WismaTrax #ITAM #UKGold #iFintech
Tiada ulasan:
Catat Ulasan