Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SEJADAH ADE AZHAR MAMPU BANTU PESAKIT LUTUT, SENDI SOLAT SELESA


KETIKA
mendapat undangan ke majlis pelancaran Sejadah Ade Azhar (Mecca Series) yang dilayangkan rakan blogger, Zaza baru-baru ini, sudah tentu Kak Fas tidak sabar untuk hadir apatah lagi apabila mendapat berita ia sebuah sejadah yang eksklusif untuk golongan yang berhadapan masalah sakit lutut dan sendi.


Kak Fas alhamdullillah, belumlah lagi sakit lutut dan sukar hendak solat sehingga perlukan kerusi untuk duduk tetapi keterujaan untuk melihat bagaimana kah rupa dan bentuk sejadah berkenaan yang membuak-buak dalam jiwa.


Walau pun lokasinya agak jauh dari kediaman Kak Fas di Kuala Lumpur sehingga terpaksa meredah kesesakan lalu lintas pada malam hari Jumaat ketika waktu warga kota mahu pulang ke rumah hanya untuk ke Subang Perdana, Kak Fas gagahkan juga.


Majlis yang diadakan di sebuah premis, Magica Hall, yang lazimnya digunakan untuk acara kenduri kahwin, kelihatan gah hiasannya dengan halwa telinga pula dihiburkan muzik dan nyanyian daripada kumpulan buskers. 



Dan seperti biasa setelah beberapa ucapan diberikan, pelancaran sejadah Ade Azhar disempurnakan pengasasnya, Ade Azhar Ismail bersama duta produk, PU Amin atau nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 32 tahun.


“Istimewanya Sejadah Ade Azhar (Mecca Series) ini adalah bahan yang digunakan sangat berkualiti tinggi dan premium iaitu ‘NBR Hitech Form’ yang mempunyai ciri lembut tapi mampat. Bahan ini juga yang telah digunakan oleh NASA dalam pembuatan sut angkasawan, “ ujar Ade Azhar Ismail ketika ditemui bersama PU Amin.


Wah! Menarik itu!


“Dan sebenarnya, sejadah ini bukan sahaja dibuat khusus untuk golongan warga emas atau ibu mengandung tetapi juga sesuai untuk anak-anak muda seperti pemain bola atau yang sering bersenam  sehingga lenguh anggota badan. Pendek kata, ia boleh menjadi satu fenomena dan trendy digunakan generasi baharu apatah lagi mudah di bawa ke mana-mana sahaja,” sambung PU Amin yang sudah 2 tahun terikat sebagai duta produk-produk ilmiah islamik di bawah keluaran Ade Azhar Trading.



Tambah Ade Azhar, untuk pengeluaran 5,000 unit pertama ini, pihaknya mensasarkan mampu menghabiskan stok dalam tempoh tiga bulan.


“Sasaran keseluruhannya, kami harap mampu mencapai jualan sehingga 30,000 unit dalam tempoh 6 bulan menjelang akhir tahun ini,” tambah Ade Azhar.



Apa pun anda tentu nak tahu apa lagi kelebihannya sejadah Ade Azhar (Mecca Series) ini kan?


Mempunyai ketebalan 15 mm, sejadah ini 5 ganda lebih tebal berbanding sejadah biasa yang hanya mempunyai ketebalan 3 mm sahaja. 


Ia mampu menyerap lebih 300 kg tekanan dalam satu masa, malah telah diuji dengan menggilisnya dengan kereta tanpa ada sebarang kerosakan namun sejadah masih lagi boleh digunakan.


“Tebal sejadah ini mampu memberikan keselesaan maksima kepada pesakit sendi lutut, gout dan pergelangan kaki untuk sujud dan tahiyyat tanpa memberikan lagi tekanan pada bahagian tersebut. Rasa sakit juga hilang kerana sejadah ini akan menyerap tekanan,” cerita PU Amin selanjutnya.


Selain itu, katanya, ia diperbuat bercirikan anti-mikrobial di mana terdapat sejenis lapisan yang melindungi permukaan daripada habuk, bakteria & mikrobakteria yang bahaya dan boleh membawa kemudaratan pada pengguna lebih-lebih lagi yang sensitif dengan persekitaran kotor. 


Memang sesuailah digunakan pada keadaan negara masih berdepan dengan wabak koronavirus COVID-19 ya tak?


Bernilai RM250 sahaja, sejadah ini bagaimana pun boleh diperoleh pada harga RM199 sempena pelancaran dan pengeluarannya namun akan kembali pada harga yang sama setelah 5,000 unit habis jualan.


“Kami juga akan memperluaskan pasarannya di Singapura, Brunei dan Indonesia malah di Singapura permintaannya  kini amat menggalakkan waima maklum balas yang diterima sangat positif,” jelas Ade Azhar sambil menunjukkan logo pada sejadah pun berimej ‘sujud’ menepati tujuannya.



Sebagai syarikat yang mementingkan keeksklusifan dalam setiap produk, Sejadah Ade Azhar (Mecca Series) hanya dijual melalui wakil-wakil sah Ade Azhar Trading menerusi laman sesawang dan wakil jualan langsung di setiap negeri.  


“Selepas ini kami berhasrat mengeluarkan sarung sejadah pula daripada kain jenis baldu agar lebih mudah disimpan dan di bawa pengguna,” akhiri Ade sambil merancang menghasilkan sejadah dalam pelbagai rona dan saiz buat golongsn wanita dan kanak-kanak yang sukakan warna ceria.


Info lanjut layari laman web https://adeazhartrading.com.




#SejadahAdeAzharMeccaSeries #WargaEmas #NASA #PUAmin #AdeAzharTrading

Tiada ulasan:

Catat Ulasan