Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HIMPUNAN USAHAWAN 'TERBESAR' SABTU & AHAD INI

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam sidang akhbar mengenai 10x Bina Bisnes Berjaya yang ditaja sepenuhnya buat bangsa usahawan pada 4 & 5 Jun ini.


CUBA tanya diri, apakah definisi bisnes berjaya buat diri anda sendiri?


Setiap orang ada definisi masing-masing, mungkin untuk capai jualan RM1,000 sudah mencukupi buat si A, tapi si B baginya jualan RM10,000 barulah berjaya dan seterusnya.


Tapi bagi anak didik Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks, mereka sentiasa didedahkan dengan pencapaian dan kejayaan usahawan jutawan dilahirkan dengan jualan RM1 juta, belasan dan puluhan juta malah lebih RM100 juta.


Sepertimana dikongsikan baru-baru ini, Pengasas Eskayvie, Kartika Wati Mohamed yang hampir menutupkan bisnes pada 2016 kemudian dibimbing RichWorks hingga berjaya bangkit dengan mencapai jualan RM100 juta dalam tempoh 5 bulan tahun ini.


Link - https://fb.watch/dmWs7vCIt4/


Melalui pendedahan kejayaan seperti ini, ia dapat membuka minda mereka bahawa tak mustahil untuk mencapainya seperti dilakukan usahawan jutawan yang dulunya pun tiada darah berniaga, bisnes dari rumah, tepi jalan dan bermacam-macam lagi.


Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Richworks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd, pihaknya sejak 2008 telah membantu transformasi ramai bangsa usahawan melalui latihan dan bimbingan bersama Dr Azizan.


Radz Mohd


Katanya, perubahan dan peningkatan usahawan bersama kami dapat dilihat bukan hanya dari segi jualan malah pasukan, kepimpinan, aspek pematuhan undang-udang dan lain-lain.


"Bisnes yang berjaya juga bermaksud bila mana bisnes usahawan itu mampu 'sustain' meskipun semasa ketiadaan mereka.


"RichWorks juga faham, ketika ini banyak cabaran dihadapi usahawan maka kami nak persiapkan mereka dalam program yang ditaja sepenuhnya pada Sabtu dan Ahad ini," katanya ketika dihubungi hari ini.


Link - https://fb.watch/dmVCwTfyQk/


Radz menambah, program 10x Bina Bisnes Berjaya itu mendapat sambutan baik dengan hampir 10,000 peserta mendaftar.


"Tempat sudah tidak banyak lagi, maka bangsa usahawan yang serius dan komited dalam bisnes diminta untuk lakukan pendaftaran di binabisnesberjaya.com sekarang.


"Tidak kira anda hanya berniaga dari rumah, di tepi jalan, ada butik atau kilang boleh hadir kerana Dr Azizan akan kongsikan strategi terkini dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi masa ini," jelasnya.


#RichWorks #BinaBisnesBerjaya #Eskayvie #HinpunanUsahawan #DefinasiBisnes



Tiada ulasan:

Catat Ulasan