Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TIARA JACQUELINA GEMENTAR HASIL ARAHAN PERTAMA, 'SATU, DUA, TIGA, JOM!' UNTUK PENERBANGAN MAS


PENERBIT
, pelakon dan penyanyi Puan Sri Tiara Jacquelina, 54, mengakui rasa gementar apabila buat julung kalinya dipertanggungjawabkan sebagai pengarah sehingga
  terpaksa memohon bantuan Datuk Yusry Abdul Halim dalam produksi yang dinamakan “Satu, Dua, Tiga, Jom!’.

“Maklumlah ini buah tangan pertama saya sebagai pengarah malah apabila mendapat tawaran menerbitkan sebuah video keselamatan untuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tentunya saya rasa teruja namun gementar,” ujar Tiara ketika ditemui pada majlis pelancaran video keselamatan untuk penerbangan Malaysia Airlines ‘Satu, Dua, Tiga Jom! terbitan Enfiniti Productions di PJPAC One Utama baru-baru ini.



Turut hadir  suaminya, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi bersama Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May serta barisan artis terlibat antaranya Lisa Surihani dan Luqman Hafidz.



“Satu, Dua, Tiga, Jom!’ memaparkan satu innovasi dan pandangan baharu dalam penciptaan sebuah video  keselamatan penerbangan, menggabungkan dunia seni persembahan dan budaya dalam menyampaikan lapan langkah keselamatan yang wajib dipatuhi ketika dalam pesawat oleh tokoh dan watak terkemuka tanah air.



Bermula dengan langkah seorang gimnas Olimpik yang menunjukkan posisi kedudukan badan sekiranya berlaku kecemasan; kumpulan rock yang menggesa penumpang supaya tidak merokok di dalam pesawat kepada watak kelab bola sepak Harimau Malaya menyampaikan kepentingan keselamatan tali pinggang keledar secara nyanyian.



Melibatkan 150 orang, antaranya  pelakon jemputan (cameo) termasuk Tan Sri Dr. Mazlan Othman, ahli astrofizik pertama Malaysia; Farah Ann Abdul Hadi, gimnas artistik; Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Pengasas MERCY Malaysia dan  Francisca Luhong; Miss Universe Malaysia 2020 serta krew produksi dan anggota daripada penerbangan MAS, penggambaran berlangsung dalam tempoh 3 hari 3 malam, penuh intensif apatah lagi pada bulan Ramadan.


“Itu antara cabaran saya sewaktu itu apabila perlu menghabiskan penggambaran pada bulan Ramadan tetapi saya bersyukur semua yang terlibat memberikan kerjasama yang mantap dalam pembikinan video ini,” sambung Tiara bersemangat.



Melihat kepada reaksinya melontarkan ucapan dalam nada yang cukup gembira dapat dibayangkan Tiara  puas dengan hasil karya arahan pertamanya itu.


“Saya menerima panggilan daripada Malaysia Airlines pada Oktober tahun lepas ketika negara berada pada kemuncak wabak COVID-19 dan industri hiburan juga pada tahap yang paling rendah sehingga semua terkesan dan tidak bersemangat,” Tiara mula bercerita.


Tambahnya,  panggilan telefon itu amat mengujakan sehingga beliau tidak dapat tidur selama beberapa hari memikirkan bagaimana mahu visualkan cerita yang sudah tergambar dalam bayangannya.



“Saya membayangkan projek ini menaikkan semangat dan memberi harapan kepada industri seni persembahan dan hiburan yang terjejas teruk akibat wabak itu, serta menaikkan semangat semua rakyat Malaysia,” ujar Tiara sambil memberitahu penggambaran berlangsung pada bulan April 2022 dan siapa yang menjelma dalam fikirannya untuk membantu tentu sekali pengarah Yusry Abdul Halim.




Melahirkan ucapan penghargaan kepada semua terlibat yang bersetuju untuk berlakon tanpa banyak soal, Tiara menambahkata, jika tiada sokongan moral semua terbabit kos penggambaran mampu mencecah RM1juta.


“Ikutkan jika mahu membayar barisan pelakon  dan personaliti daripada kalangan terhebat dan krew produksi terlibat mengikut kadar bayaran sebenar memang boleh mencapai RM1juta tetapi alhamdullilah mereka tidak berkira dengan saya malah terus bersetuju sebaik sshjs saya menawarkannya,” jawab Tiara bersyukur.



Sementara itu,  Lau Yin May memberitahu, video keselamatan tersebut akan ditayangkan di dalam setiap penerbangan Malaysia Airlines mulai Ogos namun akan dipendekkan daripada asalnya lebih kurang 6 minit kepada 4 minit.


“Namun kemudiannya, penumpang boleh terus menonton dan menikmati video sepenuhnya berulang kali  sepanjang perjalanan ke destinasi ditujui,” jelas Lau Yin May.


Tambahnya, kolaborasi MAS bersama  Pengarah dan Pengasas The Enfiniti Creative Universe ini juga bagi meraikan  kejayaan industri seni persembahan Malaysia yng cemerlang dan berbakat.


“Kini kami dengan bangganya menjemput pelancong untuk terbang bersama-sama dengan Malaysia Airlies dengan selamat,” akhiri Lau Yin May yang melahirkan rasa puasnya terhadap penerbitan dan arahan sulong Tiara Jacquelina menepati kehendak syarikat penerbangan terulung negara ini.


Kak Fas: Mengenali Tiara ketika beliau aktif mengusahakan agensi modelling lagi memang seorang wanita yang ceria, bersemangat dan yakin dengan apa yang mahu dicapainya. Tahniah!



#MAS #Enfiniti #SatuDuaTigaJom #TiaraJacquelina #HarimauMalaya #FarahAnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan