Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON PERKENAL 'JIMAT POKET' MELALUI BUNDLE RM100 & RM60, BANTU 500,000 KELUARGA BERBELANJA


MENARIK
dan kreatif nama program ‘Jimat Poket’ yang diperkenalkan syarikat  peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) apabila mengumumkan penampilan dua pakej  (bundle) istimewanya meliputi Bundle RM100 dan Bundle RM60 baru-baru ini.


Membacanya sahaja sudah difahami objektifnya  di mana AEON dengan kerjasama rakan-rakan niaganya komited membantu 500,000 keluarga Malaysia mengurangkan peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan barang keperluan asas yang mendadak ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia.


Melalui program  ‘Jimat Poket’  selama 100 hari yang bermula 1 Jun 2022 hingga 16 September, orang ramai boleh memilih samada membeli Bundle RM100 mengandungi 18 barangan komoditi atau pun Bundle RM60 terdiri daripada 15 produk keperluan asas antaranya seperti beras, minyak masak, mee, biskut, kopi, gula dan lain-lain.


“Kami bersyukur kerana dapat memperkenalkan inisiatif ‘JIMAT POKET’ dalam usaha memastikan harga barangan asas tidak melambung secara drastik dan memberi sedikit ruang untuk para pelanggan menyesuaikan diri dengan landskap pasaran semasa,” ujar Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin (gambar bawah, tengah) ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran Jimat Poket dan  Persidangan  Rakan Kongsi dan Pembekal AEON1000 2022  bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.



AEON1000 dihadiri oleh kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada para penggerak dan katalis pelbagai industri termasuk FMCG, pembuatan dan pengeluaran makanan, logistik dan rantaian bekalan, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi. 


Berkongsi lanjut, Shafie memberitahu, dengan terlakananya program ‘Jimat Poket’ selama 100 hari, pihaknya mensasarkan jualan antara RM30 hingga RM40 juta sebulan mampu dicapai.


“Dan sekiranya pakej ini mendapat sambutan, kami akan berbincang dengan rakan niaga untuk meneruskan lagi inisiatif seumpama bagi memenuhi permintaan pelanggan,” tambahnya sambil memberitahu AEON dan rakan-rakan niaga  sentiasa peka dengan kegusaran pelanggan dan mahu memastikan perkhidmatan terbaik dapat disampaikan kepada mereka.


Bertemakan 'Melahirkan Komuniti Mampan', tujuan persidangan AEON1000 adalah bagi mencetuskan tindakan transformasi daripada pelbagai pemegang taruh untuk berjaya di dalam tatacara dan pertumbuhan peruncitan baharu (new retail).


Ia juga untuk melahirkan komuniti yang mampan yang mampu menempuh cabaran yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia ketika negara terus mara ke fasa pasca pandemik. 


Pada majlis itu, para peserta telah diperkenalkan dengan ‘AEON Sustainability Charter’, yang merupakan bentuk komitmen tertinggi oleh AEON ke arah memperjuangkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 



Sebanyak 37 buah syarikat terdiri daripada rakan niaga Merchandise, Penyewa dan Korporat AEON telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan AEON1000 di dalam pelbagai kategori disampaikan oleh Dato' Haji Rosol Wahid, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 



Sementara itu, Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON  turut menyampaikan rasa komited AEON untuk menggerakkan  inisiatif kemampanannya ke hadapan melalui usahasama dan kolaborasi bersama pemegang taruh.


“Kami sentiasa percaya bahawa perniagaan yang mampan merupakan perniagaan yang bukan sahaja tentang pulangan kewangan, tetapi juga melindungi alam sekitar, mempertingkatkan motivasi pekerjanya dan dalam kes kami, AEON People, serta meningkatkan komuniti dan ekosistemnya,” ujar beliau.


AEON1000 adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – 8 dan 17. 


Fokus masing-masing ialah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab lagi inklusif yang berkesan di semua peringkat; serta memperkukuhkan cara pelaksanaan dan perkongsian global untuk pembangunan mampan.




Kak Fas: Jadi apa kata jom kita bersama bermanfaatkan peluang yang telah dibuka oleh AEON ini waima jika tidak membeli untuk diri sendiri boleh sahaja membeli dan mendermakan 'bundle' berkenaan kepada yang memerlukan. 


Singgah sahaja di mana mana cawangan AEON, AEON Max Valu Prime atau nak lebih mudah, membeli-belah sahaja secara dalam talian melalui myAEON2go.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari: 

  • Facebook: AEON Retail Malaysia
  • Instagram: AEON Retail Malaysia
  • Twitter: AEON Retail Malaysia
  • LinkedIn: AEON Group Malaysia
  • Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com 


#AEON1000 #JimatPoket #AEON #BundleRM100 #BundleRM60 #myAEON2go






Tiada ulasan:

Catat Ulasan