Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TYRA KAMARUZZAMAN TERHARU LANCAR 'BEAUTYRA X DISNEY PRINCESS', TITIS AIR MATA


KETIKA
usianya 18 tahun, pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman yang ketika itu berkawan rapat dengan anak Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Aazief Khalid baharu berjinat-jinak dalam dunia perniagaan. 

Kini siapa sangka dalam usia 23 tahun Tyra sudah boleh digelar ‘jutawan muda’ apabila berjaya membawa jenamanya ‘Beautyra’ ke tahap antarabangsa sehingga mampu mencapai jualan tujuh angka dalam satu bulan.


Barangkali itulah hikmahnya waima sudah empat tahun putus cinta dengan Aazief namun tetap bertindak ‘professional’ demi perniagaan yang dibina sejak 2018 di bawah payung syarikat milik bersama Dato Sri Siti Nurhaliza dan suami, CTDK Holdings di mana Aazief masih bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasinya.



“Sudah empat tahun kami berpisah tetapi dalam mendukung bisnes ini kami tetap profesional dan sering bertemu untuk berbincang mengenai masa depan Beautyra,” ujar Tyra ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharunya, “Beautyra X Disney Princessdi Light Box, Sungei Buloh baru-baru ini yang turut dihadiri Aazief Khalid.


Sambil menitiskan air mata terharu ketika berucap, Tyra yang tidak kurang jelitanya tampil bagaikan ‘puteri’ dalam gaun rona hijau seperti gaya ‘Disney Princess’, turut melahirkan penghargaannya kepada kakitangan yang berdedikasi dan bersama bekerja kuat untuk mencapai tahap jualan yang tinggi itu.



‘Sejak kecil saya memang meminati watak-watak yang ada dalam Disney antaranya seperti Wulan, Pocahontas dan Jasmine. Sekarang,  tidak sangka saya dapat merealisasikannya dalam bentuk produk,” tambah Tyra dalam nada sebak apabila mengenangkan bagaimana beliau bekerja keras tanpa putus asa hanya untuk menyakinkan Disney berkolaborasi dengan Beautyra.


Menurutnya berkat usahanya itu serta dibantu pengaruh CTDK Holdings, ‘Beautyra’ berjaya memuaskan hati pihak Disney untuk menerima cadangan beliau menghasilkan produk 'Disney Princess' sekali gus menjadikan impiannya satu realiti.

Kini, ‘Lip Tint’ dan ‘Maskara Beautyra X Disney Princess’ diharap mampu memikat gadis gadis remaja mahu pun wanita muda berkerjaya yang menjadi golongan sasarannya.



Majlis yang berlangsung dalam tema gaya ‘princess’ bagaikan sebuah parti di Disneyland gayanya apabila sebahagian besar daripada para tamu berpakaian cantik dan elegan bagaikan anak raja dan puteri kayangan.


Memang kreatif dan menarik aturan dan hiasan dewan Light Box dengan pentas ala 'cat walk' rona putih dibentang menerima kehadiran Tyra Kamaruzzaman melakukan 'cat walk' ke pentas utama.



Manakala di ruang sebelah kanan dewan dihiasi dengan panel beraneka reka dilengkapi produk ‘lip tint’ dan ‘mascara’ yang menjadi fokus utama majlis waima menjadi latar bagi setiap tetamu yang hadir untuk bergambar mahu pun berselfie.


Malah ada kaunter ais krim serta 'candy floss' untuk dinikmati manakala mereka yang berselfie dan memuat naik gambar masing-masing berpeluang bermain di mesin 'claw'. 


Jika bernasib baik dapat mengutip bola merah jambu yang didalamnya mengandungi produk Beautyra.


Kak Fas: Orang pertama yang berjaya mengutip bola merah jambu di mesin 'claw' dan memenangi losyen hihi...terima kasih daun keladi! 



#DisneyPrincess #BeauTyra #TyraKamaruzzaman #CTDKHolding #AaziedKhalid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan