Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM BERSAMA KELUARGA SERTAI LARIAN 'GUARDIAN FUN RUN 2022' DI MAEPS 17 SEPTEMBER 2022


SEJAK
negara ditimpa bencana wabak COVID-19, tentunya kaki pelari dah lama merindukan acara larian khususnya yang bertemakan ‘fun run’ di mana satu keluarga boleh berlari sakan mahu pun berlari ‘anak’ dengan keluarga masing-masing.


Selain berseronok lari bersama famili, menyertai acara larian ‘fun run’ sekali gus dapat bersenam untuk kesihatan sebagaimana kempen ‘Live Health Smart’ yang dianjurkan syarikat rangkaian kesihatan peribadi dan peruncit kecantikan, Guardian Malaysia bertujuan menggalakkan kehidupan sihat kepada orang ramai baru-baru ini.


Sehubungan itu, bagi mengakhiri kempen berkenaan, Guardian menganjiurkan ‘Fun Run’ yang bakal diadakan pada 17 September 2022 depan di Kuala Lumpur.


“Kempen ‘Live Health Smart’ yang berlangsung pada 27 Jun hingga 31 Julai dan Guardian Fun Run merupakan respon kami terhadap hasil penemuan Kajian Kesihatan Kebangsaan Guardian yang telah dikendalikan sepanjang bulan April dan Mei 2022 untuk menentukan aspek kesihatan yang paling penting untuk para pelanggan,” ujar Angela Teo, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Malaysia dan Brunei, Asia Tenggara pada majlis pelancaran ‘Guardian Fun Run 2022' yang berlangsung di Nu Sentral baru-baru ini.


ANGELA (tengah) bersama Fernando Gongora, Ketua Kesihatan (kanan) dan Joann Soh selaku Guru  Kecergasan di majlis pelancaran 'Guardian Fun Run 2022' di Nu Sentral baru-baru ini.

Pada majlis tersebut para media dan bloggers yang hadir berpeluang melakukan senaman ringan dan diberikan penerangan ringkas berhubungkait dengan tips soal larian dalam sesi kliniik bimbingan oleh  Sam Seow (gambar bawah) selaku Ketua Jurulatih, Akademi Run Fast.



Menyambung lanjut ucapannya, Angela memberitahu, daripada kajian yang dijalankan. menunjukkan  bahawa 74% daripada responden bersenam untuk kekal cergas dan sihat. 


“Mereka menyedari kepentingan senaman sejak pandemik Covid-19 melanda justeru inginkan gaya hidup yang seimbang, pemakanan bernutrisi yang baik dan makanan tambahan. Responden juga berkata bahawa senaman yang baik menyumbang kepada tidur malam yang lena,” tambah Angela.


Menurut beliau, semua aktiviti berorientasikan kesihatan adalah selari dengan visi dan janji Guardian untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera, 


Seperti namanya, ‘Guardian Fun Run’, yang akan diadakan di MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang), Selangor, bakal dipenuhi dengan pelbagai acara yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak.


Ia menjanjikan suasana keriangan karnival dan akan memuatkan permainan karnival, persembahan pentas, produk percuma untuk dicuba, trak makanan dan cabutan bertuah dengan hadiah berjumlah RM10,000 untuk dimenangi (hanya layak disertai oleh peserta larian fizikal).


Terdapat tiga kategori larian, iaitu Larian Keluarga 3km, Larian Neon 5km dan Larian Maya 5km yang membolehkan pelanggan Guardian berada di luar Lembah Klang untuk turut serta. 


Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar pada 27 Jun hingga 24 Julai 2022


Dari 25 Julai hingga 15 Ogos 2022, tiket akan dijual pada harga RM60 untuk dewasa bagi kategori Larian Neon 5km. 


“Untuk mendaftar, hanya imbas kod QR Guardian Fun Run yang terdapat pada semua platform media sosial Guardian, laman web dan stor dalam talian atau muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ di Apple App Store untuk mendaftar,” jelas Angela.


Difahamkan, sebahagian daripada hasil yuran pendaftaran akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Suriana, sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berdedikasi dalam membantu kanak-kanak B40 ke arah penyediaan Pusat Permainan dan Pembelajaran mereka yang seterusnya di Balakong.



“Kami berharap ramai rakyat Malaysia dan peminat kecergasan akan mendaftar bersama keluarga mereka untuk menjadikan acara ini meriah dan menyeronokkan. Pengambilan Pek Larian dijadualkan pada 10-11 September 2022 dan semua peserta yang berdaftar akan menerima banyak hadiah. Jadi daftar awal.


“Selain itu, nantikan promosi ‘Live Health Smart’ istimewa Guardian pada bulan Julai ini untuk tawaran luar biasa bagi semua barangan keperluan kesihatan anda di samping video-video dan webinar kesihatan di semua platform media sosial Guardian,” akhiri Angela.


Untuk maklumat lanjut tentang Guardian Fun Run, layari Laman Acara di platform laman sosial Guardian:


Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY



#GuardianMYApp #GuardianMT #GuardianFunRun2022 #No1StoreMalaysia #Larian



Tiada ulasan:

Catat Ulasan