Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TOK TI UCAP TAHNIAH KUTIPAN 'MAT KILAU' LUAR BIASA, MASIH CARI MASA UNTUK TONTON, BZ URUS SHOW



PENYANYI tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin melahirkan ucapan tahniahnya atas kejayaan filem epik pahlawan negerinya Pahang, ‘Mat Kilau’ meraih kutipan luar biasa sehingga lebih RM80 juta setekat ini.


Pun begitu, tanpa berselindung beliau mengakui belum berkesempatan menyaksikan kisah kebangkitan pahlawan terkenal di negeri tumpah dsrahnya itu berikutan belum ada waktu terluang.


“Saya ada mendapat jemputan daripada Datuk Yusof Haslam untuk hsdir pada tayangsn perdananya tetapi ketika itu saya baharu sahaja kembali dari percutian ke London dan badan pula kurang sihat untuk hadir,” jelas Siti Nurhaliza ketika ditemui pada majlis sidang media mrngumumkan persembahan khas ‘Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza’, anjuran Yayasan Nurjiwa di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Selasa 19 Julai 2022.



Persembahan amal itu akan menyaksikan Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti menjemput lagenda rock tanah air, Dato Awie untuk bersamanya pada 5 & 6 November 2022 di Dewan Plenary, KLCC, bermula pukul 8.45 malam.


Menyambung lanjut filem ‘Mat Kilau’, Siti memberitahu akan tetap menonton filem tersebut dalam masa terdekat apa tah lagi ia berkisar mengenai pahlawan Melayu Pahang yang menentang penjajahan British demi mempertahankan kedaulatan bangsa, agama dan negara.


“Sudah tentu saya tidak sabar menontonnya setelah membaca komen komen positif daripada penonton. Sesungguh nya ia satu pencapaian yang luar biasa diperoleh sebuah filem tempatan dan harus dibanggakan,” tambah Siti.


Beliau memberitahu walau pun  sebuk dengsn persiapan untuk persembahan eksklusif ‘Queen of the Night’ pada 6 Ogos depan beliau akan mencsri waktu terdekat untuk menonton ‘Mat Kilau’ bersama suami, Dato' Sri Khalid bin Mohamad Jiwa.


(Artikel 'Queen of the Night' KLIK SINI.}  


Sementara itu, bercakap lanjut mengenai persembahan amalnya, Tok Ti berkata, tiket-tiket berharga RM188, RM288, RM388, RM588, RM788, RM988 dan RM1,188 sudah boleh ditempah melalui www.myticket.asia atau menerusi hotline +603-86050196. Dan jika nak bergambar bersama Tok Ti, pilih je yang RM1,188.



“Segala hasil kutipan akan disalurkan ke dana Yayasan Nurjiwa dengan harapan mampu mencapai sasaran kira-kira RM1juta bagi meneruskan bantuan kemanusian supaya lebih banyak misi bantuan dapat dilaksanakan terutama pada musim banjir, bantuan berterusan ke Palestin serta bencana alam lainnya,” ujar Siti sambil memberitahu objektif penubuhan Yayasan Nurjiwa sejak 16 tahun lalu turut  merangkumi beberapa aspek lain seperti  pembangunan modal insan, pembangunan agama serta pendidikan.


Menurut pelantan lagu ‘7 Nasihat’ ini, pihak yayasan telah melaksanakan pelbagai program sejak penubuhannya serta mewujudkan Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan Covid-19 dengan kerjasama Kita Fund.


Tabung in telah ditubuhkan sejak tahun 2020 schingga sekarang dan memberi peluang kepada orang ramai menyalurkan sumbangan untuk terlibat sama dalam usaha amal pihak yayasan, jelas Tok Ti.


Selain tumpuan diberikan terhadap misi bantuan kepada masyarakat, bencana alam, pembangunan surau dan masjid, Yayasan Nurjiwa telah menyediakan sebuah sekolah tadika untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin yang diberi nama Afwa & Afiyah.



“Sekolah in memfokuskan kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang Al-Quran dan akademik termasuk mengenai akhlak, adab dan sebagainya.


“Pihak yayasan mempunyai wakil khas di Gaza yang diberi kepercayaan untuk menguruskan sekolah, tenaga pengajar, pelajar termasuk kemudahan makanan disediakan pada waktu persekolahan,” sambung Siti.


Tambahnya, sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 itu memberi peluang kepada anak-anak Palestin mendapat pendidikan awal serta disediakan bangunan sekolah yang lebih selesa.


“Setiap bulan Yayasan salurkan lebih kurang RM10,000 bagi menampung kos pengurusan dan sebagainya,” ujar Siti Nurhaliza dalam nada puas dapat mengusahakan sekolah kanak-kanak tersebut di sebuah negara yang sentiasa bergolak.


Menyentuh konsep persembahannya bersama Awie beliau memberitahu bakal berduet dengan empat buah lagu bersama penyanyi rock yang diminatinya itu,


Sepanjang persembahan selama dua jam dengan lebih kurang 20 buah lagu Siti berjanji akan menampilkan konsep berbeza bagi memuaskan hati penonton.


"'Menyanyi adalah kerja saya, menghiburkan pula adalah satu amanah dan tanggungjawab. Memasuki usia 27 tahun di dalam industri, saya percaya bahawa persembahan saya juga semakin matang mengikut arus waktu. Sesuai usia saya 43 tahun, saya akan memberikan keutamaan kepada konsep persembahan yang bersesuaian," ujarnya.


Menurut Siti, persembahan kali ini bukan sahaja bertujuan untuk berhibur tetapi ada matlamat yang lebih diutamakan iaitu mengajak peminat bersama-sama berbuat kebaikan. 


Pengalaman beliau sewaktu turun padang menyampaikan misi bantuan menimbulkan kesedaran bahawa NGO dan masyarakat boleh digembleng untuk sebarang usaha murni.


"'Saya yakin, apabila lebih banyak tangan yang membantu, apa yang kita usahakan akan dapat di perluaskan lagi. Saya bersyukur kerana sepanjang misi bantuan banjir, Palestin dan Covid-19, banyak syarikat dan individu yang telah bersama-sama Yayasan Nurjiwa," katanya.



Persembahan Siti akan diringi oleh barisan pemuzik profesional yang diketuai oleh Aubrey Suwito, menampilkan konsep emosi dan penjiwaan.


Music Of The Soul’ adalah kesinambungan perjalanan Siti sebagai penyanyi dan seni merupakan sebahagian daripada jiwa beliau.


"'Saya juga teruja untuk membuat persembahan dengan Dato' Awie dan sudah pun memikirkan konsep yang sesuai buat kami. Apa yang saya utamakan adalah kepuasan para penonton seusai persembahan kami nanti," ‘ akhiri Siti. 


#SitiNurhalizaTarudin #MusicOfTheSoul #Amal #Awie #TadikaAfwaAafiyahGaza

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan