Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUCATE SASAR JUALAN RM20 JUTA, TINGKATKAN JUMLAH EJEN BERKUALITI!


KUCATE
, satu nama yang ringkas dan ‘catchy’ !


Sudah lama sebenarnya Kak Fas mendengar jenama ini dan tertanya-tanya bagaimana kah namanya diperoleh?


Apa yang Kak Fas tahu berdasarkan pada bunyi hujungnya iaitu ‘tay’  sudah tentu ia ada kaitan dengan produk teh.


Dan apabila baru-baru ini Kak Fas mendapat undangan dari rakan media, Kellie yang juga ‘selebriti media’  terkenal apabila muncul sebagai salah seorang juri di program realiti nyanyian “Altogether Now Malaysia’, untuk hadir ke majlis ‘grand launching’ Kucate, sudah tentu Kak Fas tidak teragak-agak untuk menerimanya.


Sebaik melangkah masuk ke Magica Event Hall bertempat di Quill City Mall, pemandangan dekorasi sekeliling bertemakan rona putih cukup indah sekali bagaikan berada di sebuah majlis ‘perkahwinan’ pula gayanya.


Rata-rata tetamu yang hadir turut bergaya dengan fesyen pakaian serba putih ibarat bidadari kayangan. Memang memikat. Door gift pun cantik dan menarik.


Namun yang lebih memukau apabila dimaklumkan pengasasnya, Datin Noor Kartini bahawa sejak diperkenalkan di pasaran pada bulan November 2021, Kucate sudah  berjaya meraih jualan sebanyak RM10 juta


Wow! Hebat! Tahniah diucapkan.


Lebih terperinci, pencapaian Kucate sepanjang November 2021 hingga Jun 2022 melibatkan jualan sebanyak RM10,597,751.00.


Jumlah produk KUCATÉ yang terjual ialah sebanyak 173,954 unit manakala  jumlah komisyen dibayar yang telah memberi manfaat kepada Business Partner KUCATÉ adalah sebanyak RM2,587,361.67. 



“Selain itu juga, jumlah Reseller KUCATÉ telah mencecah seramai 57,453 orang setakat ini,” ujar Noor Kartini ketika menyampaikan kata-kata aluannya.


Turut hadir ahli keluarga beliau, Noor Nabila Mohd Noor, Nur Athisha dan suami, Nur Athirah, rakan strategik Kucate, Rafiee Hj Ramli & Fellinna Fattah serta seramai 200 orang rakan bisnes Kucate dari Malaysia, Singapura dan Brunei.



Tidak syak lagi Kucate merupakan bisnes keluarga Noor Neelofa. Sayangnya Neelofa tidak hadir disebabkan kata ibunya, anaknya, Bilal kurang sihat.


Berkongsi lanjut, Nabila memberitahu, Kucate bakal megeluarkan dua perisa baharu sebagai tambahan kepada empat varian tersedia iaitu ‘Kucate Superwomen’, ‘Kucate Ginger & Chrysanthemum Honey Herbal Tea [Happy Tummy], ‘Kucate Osmanthus & Longan Honey Herbal Tea [Stress-free] dan ‘Kucate Rose & Chrysanthemum Honey Herbal Tea [Beau-tea], berharga RM79 (Superwomen) dan lain-lainnya RM69 sekotak.



“Terbaharu, kami akan mengeluarkan perisa habatus sauda bercampur madu dan lemon serta perisa strawberi bersama herba2 dan jasmin,” tambah Nabila ketika ditemui.


Dalam pada itu, Noor Kartini menambah kata, Kucate akan terus membuka peluang menjana pendapatan kepada golongan wanita mahu pun lelaki yang berminat untuk berjaya bersama Kucate tanpa modal.



“Kami mensasarkan  jualan mampu mencapai RM20 juta menjelang akhir tahun 2022 dengan pertambahan ejen. Walau pun sudah ada lebih kurang 57,000 ejen tetapi tidak semua aktif jadi pintu sentiasa terbuka untuk mencari mereka yang benar-benar berminat untuk berniaga,” jelas Noor Kartini yang mesra disapa ‘Mama’ oleh semua ahli-ahli Kucate.


Menurutnya, objektif utama syarikat ingin melahirkan ejen-ejen berkualiti bukan berdasarkan kepada kuantiti semata-mata.


Majlis ‘grand launching’ Kucate turut disempurnakan sempena ulang tahun kelahiran ‘Mama’ yang ke 56 tahun serta penyampaian anugerah penghargaan kepada 7 ejen yang berjaya melakukan jualan mencecah dari lebih RM36,000 hingga RM5 juta  mengikut kategori ‘Top Personal Sales’ dan ‘Top Group Sales’ manakala ‘Top Earner’ pula membuktikan Siti Hufaidah Shariff berjaya membuat jualan RM222,027.35 di samping jualan RM5,782,723.50 pada kategori Top Group Sales.



Top top meletup semua gitu!


Apa pun yang pasti, Kak Fas dah dapat jawapan kepada wujudnya nama ‘Kucate’.


“Kucate bermaksud kacau teh di Kelantan di mana bila tetamu datang ke rumah, ibu akan menyuruh anak gadisnya pergi kacau teh,’ cerita Mama.


Oh bahasa pasar orang Kelante rupanya! 


Selain itu, lirik bagi jingle lagu Kucate yang dinyanyikan ejen-ejennya pun menarik, 


Bergema dewan Magica dengan tepukan dan laungan ‘kucate, kucate, kucate di hati ku’!



Sporting sungguh semua ejen-ejen Kucate. 



Bagi mereka yang baharu mengenali produk ini seperti Kak Fas,  perlu tahu bahawa Kucate merupakan sejenis teh herba berbentuk kiub yang diperbuat daripada sumber madu dari pelbagai jenis bunga yang tumbuh secara semulajadi. 


Digabungkan dengan pelbagai pilihan bunga kering untuk memberi kebaikan yang optimum dan menghasilkan pengalaman yang unik dan menarik untuk setiap deria pengguna. 


Seperti yang Kak Fas nyatakan tadi, terdapat 4 varian di dalam pasaran iaitu Superwoman (formulasi 7 jenis herba), Stress Free (osmanthus & longan), Happy Tummy (krisantimum & halia) & Beau-Tea (krisantimum & mawar).



Kak Fas dah cuba Beau-Tea, memang sedap. Selama ini memang jarang Kak Fas teruja untuk mencuba produk-produk yang diterima kecuali Kucate.


Barangkali naluri dalaman yang kuat untuk merasainya membuka pintu hati Kak Fas untuk mencuba dan ternyata deria rasa boleh menerimanya.


Dan berita baiknya lagi, sempena pelancaran  rasminya, KUCATÉ melancarkan Kempen Beli & Menang yang berlangsung dari 17 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2022. 


Setiap pembelian pakej TRIO COMBO yang mengandungi Stress Free, Happy Tummy & Beau-Tea bernilai RM197/SGD70/BND70, pembeli berpeluang memenangi hadiah yang menarik antaranya adalah Pakej Umrah untuk 6 pemenang, wang tunai berjumlah sehingga RM18,000 dan hamper produk KUCATÉ bernilai RM200.


Menarik kan? Sambil minum untuk kesihatan bertuah pula jika menang pakej umrah atau memenangi wang ringgit serta hamper.


Boleh la pula wang yang dimenangi jadi pelaburan untuk  menceburkan diri dalam perniagaan KUCATE.


Jangan bimbang, tidak perlu pengalaman atau modal kerana anda akan disokong dan dibimbing secara komprehensif oleh pihak KUCATÉ.


Bila dan ada pendapatan sampingan atau pun tetap baharulah sentiasa boleh bertepuk dan sama-sama menyanyikan ‘kucate di hati ku’ tak gitu?

Apa pun untuk mereka yang mahu berkongsi perniagaan dengan Kucate dan mahu mengetahui apa khasiat dan kesannya di sebalik semua produk-produk kucate boleh layari laman web rasminya di SINI.


Boleh juga menjengah ke platform laman sosialnya @kucate.hq atau KLIK INI.


BERSAMA Rakan-rakan bloggers yang hadir,

#Kucate #NoorNabila #NoorKartini #NoorNeelofa #TehHerba #ProdukKesihatan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan