Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DOLLA TAMPIL GAYA Y2K MELALUI 'LOOK AT THIS'. PASTI BUATKAN RAMAI 'LOOK AT THEM'.


SEJAK
ditubuhan pada 2019, tidak diragui lagi bahawa kumpulan penyanyi wanita, DOLLA, dengan sekelip mata mendapat perhatian meluas bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Sebagai satu-satunya artis berkumpulan pertama yang memenangi kategori Artis Baharu Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34, Dolla turut muncul sebagai artis ketiga Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania yang dipaparkan di papan iklan digital tersohor di  Times Square, New York, Amerika Syarikat.


Bertuah sungguh ahli kumpulan yang dianggotai oleh Sabronza, Tabby, Angel dan Syasya ni sehingga mendapat pula jolokan sebagai ‘Blackpink Malaysia’ gara-gara dikatakan dari segi gaya muzik, gerak tarian dan fesyen pilihan mereka ada persamaan dengan kumpulan wanita terkenal dari Korea Selatan itu.


Apa pun yang pasti sejak mengikuti perkembangan mereka, tidak dinafikan Dolla mencipta kejayaan dalam tempoh yang singkat dan kekal sebagai kumpulan nyanyian wanita paling unggul untuk era ini.



Terbaharu dengan penghasilan single ‘Look At This’ dengan gaya Y2K, Dolla terus melakar pencapaian membanggakan lebih-lebih lagi selepas beraksi di acara muzikal besar seperti ‘Seen Festival in Kuala Lumpur 2023’  di satu pentas bersama penghibur K-Pop terkemuka termasuk NCT DREAM, WayV, KARD, dan ALICE.


Baru sahaja muncul berduet bersama Naim Daniel melalui lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat’, kali ini dengan single ‘Look At This’, empat gadis jelita itu menampilkan sisi DOLLA yang berbeza.


“Nuansanya berbeza sedikit dengan lagu-lagu kami yang lepas. Malah rentak tarinya juga lebih berat pada unsur hiphop dan penampilan kami juga berkonsepkan style Y2K,” ujar Noorsyasya Atiqah Shahrizal atau lebih mesra disapa Syasya pada majlis sidang media ‘Look At This’ yang berlangsung di restoran Deep Blue Bar, The Face Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut dihadiri Hermond Cheng selaku Pengarah, A&R Pemasaran & Promosi Universal Music Malaysia.


DARI kiri: Angel, Syasya, Hermond, Sabronza dan Tabby 


Dalam pada itu, mesti ada yang masih belum tahu apa itu gaya Y2K ya tak? 


Y2K adalah gabungan antara gaya retro dan pop yang dipadukan dengan kemajuan teknologi di era 2000-an yang mempunyai ciri khas tersendiri.


Gaya Y2K berkonsepkan eksperimental colorful, youthful dan stylish, dengan sentuhan kesan flirty gitu.


Tidak hairanlah persembahan dan penampilan Dolla dalam muzik video ‘Lopk At This’ memperlihatkan konsep Y2K.


Kami bekerjasama dengan Ghazi yang sudi mendengar pendapat kami demi secebis kelainan. Kami bersyukur kerana sangat mudah bekerja dengan semua orang,” kata Syasya.


Dari segi persembahan tarian, Dolla menggunakan khidmat Ezra Tham dan pasukan tari daripada UNC Dance Studio untuk membimbing dalam mereka tari. 


Pun begitu, bagi Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli beberapa cabaran  dihadapi mereka kala menghasilkan video muzik lagu ‘Look At This’.



Cabaran pertama adalah kami terpaksa siapkan video muzik dalam satu hari lebih gara-gara cuaca yang buruk. Yang kedua, kami terpaksa mengumpul tenaga dan bersengkang mata selama 28 jam untuk menyiapkannya. Pada asalnya kami ada dua hari tapi gara-gara cuaca begitulah halangan yang datang,” ujar Sabronzo.


Sambung Tabby pula proses penulisan lagu juga memakan sedikit waktu kerana lagu asal ditulis di dalam Bahasa Inggeris memandangkan ia dicipta dan ditulis oleh komposer dari Sweden namun diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia khas buat peminat Dolla di sini.


Ia memakan masa kerana kami perlu mencari lirik Bahasa Malaysia yang sesuai untuk irama sebegini. Ini kerana lirik asalnya sangat hebat sewaktu dihasilkan dalam Bahasa Inggeris.


Kami bekerja berbulan-bulan dengan pasukan kami serta Cikgu Shafi, dan juga SYA yang membantu menyempurnakan lirik tersebut. Untuk bahagian rapnya kami juga dibantu Yonnyboii dan ASYRAF NASIR untuk menyedapkan lagi lagunya pada bahagian rap. Berkat bantuan semua pihak hasilnya menjadi satu kejayaan buat kami. Kami sangat berpuas hati dengan karya ini akhirnya dan rasa segala penat lelah kami berbaloitambah Tabby panjang lebar.



‘Look At This” menceritakan tentang keyakinan diri dan tidak mempedulikan kata orang lain. 


Lagunya yang rancak  memberi gambaran tentang keperibadian seseorang yang yakin dengan penampilan dirinya yang menarik. Malah ada bait lirik yang berbunyi “kau pandang di sini mata memerhati, but I ain't even worried bout that,” ulas Tabby.


DOLLA berharap lagu terbaharu mereka ini diterima oleh semua termasuk pasaran antarabangsa waima ia  sesuatu yang berbeza dari apa yang kerap mereka tampilkan sebelum ini.


Kak Fas: Tahniah DOLLA! Lagu memang sedap. Sekali dengar je melodinya dah lekat di kepala dan terus meniti ke bibir untuk bersama-sama 'Look At This' atau bole juga Kak Fas katakan 'wow! look at them perform... awesome!'. Dalam masa sejam dimuat naik dah mendapat 5.9K tontonan.

DOLLA bersama pengacara Munabella (kiri).

#DOLLA #LookAtThis #UniversalMusicMalaysia #Y2K #BlackPinkMalaysia #Music










Tiada ulasan:

Catat Ulasan