Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HOSPITAL ISLAM AZ-ZAHRAH RANCANG BINA 12 LAGI CAWANGAN 'MESRA IBADAH' SELURUH NEGARA

ALI Karimi memanah belon poster 25 tahun Hospital Az-Zahrah sebagai gimik pelancaran.

HOSPITAL Islam Az-Zahrah yang di dalam perangkaan untuk mengembangkan rangkaian hospital ke 12 cawangan di seluruh negara bakal melancarkan cawangan keduanya di Bandar Tun Hussein Onn melibatlan pelaburan lebih daripada RM20 juta.

Selain itu, dalam  fasa perancangan  5 tahun, ia akan melibatkan pembinaan empat lagi  cawangan hospital dan pusat ambulatori iaitu di Melaka, Shah Alam, Alor Setar dan Kuantan.


Satu unit khas telah ditubuhkan untuk merealisasikan visi berkenaan di mana pasukan yang muda sedang dilatih dan bakat-bakat baru akan ditambah agar usaha melebarkan perkhidmatan dengan rancangan menubuhkan rangkaian hospital di seluruh Malaysia dapat dilakar dan dilaksanakan.


GIMIK sebelum pelancaran... persembahan silat sinonim dengan Studio Kembara, Foto: IDZLA..

“Kami percaya model perniagaan Hospital Islam Az-Zahrah yang berkonsepkan ‘Hospital Mesra Ibadah’ ini telah matang untuk dikembangkan,” ujar Timbalan Pengurus Besar Hospital Islam Az-Zahrah merangkap Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Pemasaran,  Encik Ali Karimi Abdul Rahman dalam ucapannya  mewakili Pengarah Urusan Islam Hospital Az-Zahrah, Hj Abdul Rahman Mt Dali yang tidak hadir kerana masih berada di Mekah.


Beliau berucap demikian pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 Hospital Islam Az-Zahrah sejak ditubuhkan pada 10 Oktober 1997 yang merupakan hospital swasta pertama di kawasan Bangi dan Kajang, mempraktikkan konsep ‘Hospital Mesra Ibadah’ berasaskan motto ‘Dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit’.




Turut hadir di majlis yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi bersama tetamu kehormat, ADUN Sg Ramal,  Tuan Mazwan Johar (bertali leher merahadalah Pengarah Medi-Circle, Dr Mohd Hakim Ismail,  dan Dr. Azaiddin Akasah selaku Pengarah Perubatan Hospital Islam Az-Zahra serta beberapa selebriti antaranya Edika Yusof serta isteri Mawi, Nora'ashikin Rahmat atau Ekin dan pasangan kembar seirasnya, Nora'Ain yang lebih mesra disapa Aenn.


Menurut Ali Karimi selanjutnya, sambutan yang julung kali ini diadakan bertujuan untuk menghargai sokongan berterusan kesemua pemegang taruh seperti  Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah dan Negeri Selangor, agensi-agensi kerajaan seperti Bomba, Polis, Majlis Perbandaran Kajang, pemimpin komuniti, syarikat korporat, hospital kerajaan dan swasta, klinik-klinik, rakan pembekal yang setia, pihak media dan pesakit dalam perkembangan Hospital Islam Az-Zahrah selama 25 tahun penubuhan. 


‘Pihak kami berharap untuk memperkukuh hubungan dan melaksanakan perkongsian strategik perniagaan dengan semua pihak dalam masa terdekat ini,” tambah Ali Karimi.


ALI Karimi (tengah) bersama Dr. Mohd Hakim dan Dr. Azzaidin Akasah (kanan) pada acara sidang media.

Sebagai salah satu hospital swasta yang mempraktikkan Islam, ia memberi fokus terhadap rawatan mesra untuk memudahkan para pesakit melaksanakan ibadah kepada Yang Maha Esa walaupun ketika ditimpa ujian dari segi kesihatan. 


“Selain itu, kami adalah hospital kos mesra dengan kos rawatah lebih 20 peratus rendah daripada hospital saingan swasta yang sama sederhana,” tambah Ali sambil memberitahu hospitalnya turut menerima pesakit  bukan Islam. 



Untuk rekod, bermula dengan hanya menyediakan perkhidmatan kepakaran Perbidanan dan Sakit Puan serta klinik pesakit luar,  Hospital Islam Az-Zahrah kini menawarkan perkhidmatan kepakaran multidisiplin dengan mengekalkan harga yang berpatutan dan kompetitif bagi khidmat hospital swasta. 


Terdiri daripada barisan doktor-doktor pakar yang bertauliah serta pasukan yang berwibawa, Hospital Islam Az-Zahrah dan kumpulan syarikat Az-Zahrah seperti Megaklinik Zahran, Pusat Dialisis Bangi dan lain-lain lagi telah memberi khidmat kesihatan secara langsung dan tidak langsung kepada jutaan pesakit di dalam sejarah sejak 25 tahun penubuhan dan akan terus melebarkan sayap perkhidmatan ini di masa akan datang. 


Dalam pada itu, Studio Kembara yang berjaya menghasilkan filem pecah panggung, ‘‘Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan’  dengan hasil pungutan sebanyak RM97 juta adalah antara syarikat bersekutu dan anak syarikat di bawah Hospital Islam Az-Zahrah.


BERSAMA Ali Karimi Abdul Rahman...

Kak Fas: Tidak ketinggalan membuat pemeriksaan kesihatan percuma yang diadakan di bahatian lobi hotel... tetiba terkejut darah tinggi meningkat sampai 169 selepas dua kali periksa daripada angka mulanya 179 huhu... barangkali kurang tidor kut sebab tidor lewat malam sebelum majlis.



#HospitalAzZahrah #MesraIbadah #MatKilau #StudioKembara #MediCircle #Rawat

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan