Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERTARUHAN SULONG AL-JAWAHER 'BRING ME CLOSE TO YOU' DEKATI PASARAN GLOBAL


BAHARU
sehari dimuat naik video muzik ‘Bring Me Close To You’ pada 17 Februari lalu mengambil keberkatan Israk Mikraj, nyanyian kumpulan nasyid berasal Singapura, Al-Jawaher, tontonan sudah mencecah ke angka 25k dan semakin meningkat.


Ini membuktikan nama Al-Jawaher  masih relevan walau pun anggota-anggotanya sudah ‘otai’ kata orang waima kumpulan ini ditubuhkn pada tahun 1979 lagi dan popular dengan lagu-lagu hit mereka yag malar segar hingga kini seperti Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat dan Salam, serta banyak lagi.


Al-Jawaher dianggotai oleh Jumuyah, Siti Rusminah, Hajar, Normala, Habibah, Norhaiyati dan Latifah hadir ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan lagu terbaharu mereka itu yang dirasmikan pelancarannya oleh Yang DiPertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tun Mohd Ali Rustam di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Setelah 44 tahun berkecimpung dalam industri muzik, ini julung kalinya Al-Jawaher mempertaruhkan single terbaharu mereka dalam Bahasa Inggeris dan Arab melalui ‘Bring Me Close To You’ ini.



"Single terbaru Al-Jawaher ini merupakan initiatif secara tidak langsung dari Jamiyah Singapura bagi menyebarkan dakwah dan nasihat melalui seni muzik. Ini merupakan kerjasama bersama Impact Music & Entertainment untuk ke persada pasaran antarabangsa,” ujar Norhaiyati Yusof selaku penyelaras kumpulan Al-Jawaher ketika ditemui pada majlis pelancaran tersebut.


Turut hadir meraikan majlis pelancaran adalah  Presiden Jamiyah Singapura, Prof Adjunct Datuk Dr Mohd Hasbi; Naib Presiden DMDI, Datuk Mohd Jamil Mukmin serta tetamu undangan, penyanyi Dato Nora Ariffin.



“Lagu ini sebenarnya sebuah lagu bagi mengingatkan kita agar sentiasa mendekati Allah SWT dan sentiasa menghampiri-Nya dan ia percubaan Al-Jawaher untuk meneroka dan menembusi pasaran global sekaligus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa tentang Islam” tambah Norhaiyati.


“Bring Me Close To You’ adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh Yazri Malik, yang turut mengubah pelbagai lagu buat bakat-bakat baharu di Singapura namun menariknya penggambaran video muziknya yang diarahkan oleh Suhaimi Yusof dilakukan di sekitar bandar Melaka Bersejarah.


Memang sesuailah Yang DiPertua Melaka melancarkan video muzik mereka sekali gus memperkenalkan Melaka pada pelancong luar negara kan?



Artikel berkaita boleh klik LINK INI.


#BringMeCloseToYou #Singapura #MelakaBersejarah #AliRustam #AlJawaher #Fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan