Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FARID KAMIL TERKENA 'SYUMPAHAN SYAITAN' NAK CEPAT KAYA? SAKSIKAN DI PAWAGAM MULAI 2 MAC INI!



SUDAH 
agak lama Kak Fas tidak hadir ke mana-mana pratonton filem disebabkan waktu tidak mengizinkan apatah lagi ia sering berlangsung pada waktu malam. Terakhir menonton di pawagam  sudah tentu filem yang mencipta fenomena tersendiri iaitu ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’  dan satu-satunya filem melibatkan angkatan tentera udara, “Air Force 1’.


Terbaharu, apabila terima jemputan untuk hadir ke majlis malam gala tayangan filem “Sumpahan Syaitan’ lagilah timbul kerisauan, Dah lah majlis berlangsung pada lewat malam…tonton lak filem seram…


Tetapi apa yang Kak Fas khuatirkan itu meleset. Memang ia bergenre seram tetapi lebih kepada seram  komedi apatah lagi apabila ada beberapa anggota kumpulan Senario seperti Apek, Yasin, Azlee dan Ilya membintanginya …. tentulah kelakor!



Dan apabila digandingkan dengan pelakon berwatak serius seperti Farid Kamil, sudah tentulah ada perseimbangan dalam konteks seram komedi atau seperti kata Farid Kamil ‘sebuah filem moral komedi’.



Memang ada yang tersirat daripada yang tersurat pada filem arahan Roykrisna ini waima mesej yang Kak Fas dapat rasa mahu disampaikan beliau ada sindiran kepada watak kehidupan manusia sekarang ini yang mahu cepat kaya tanpa usul periksa sehingga sanggup berhutang jutaan ringgit daripada sindiket yang tidak dikenalinya.



Pendek kata, isu scammer turut menjadi inti fokus kepada perjalanan cerita  apabila ia bermula dengan kisah Sam (lakonan Farid Kamil) diperdaya untuk membuat pelaburan MLM.


Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco (Dato Jalalludin Hassan).



Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa rakannya, Malik (Dato AC Mizal) bagi melarikan diri dari Branco. 


FARID Kamil bersama Nynaa Harizal dan AC Mizal teraju utama filem 'Sumpahan Syaitan'.


Malik telah mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke hotel lama yang baharu dibelinya untuk menyembunyikan diri.


Namun malangnya nasib Sam sejak hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.



Apa yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya dan adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya, anda saksikan kesudahannya apabila ia ditayangkan pada 2 Mac 2023 ini.


Tak lama je lagi… sabar ya... sementara itu tonton treler videonya di laman sosial media yang baharu sebulan dimuat naik telah mendapat reaksi tontonan seramai lebih 1.3K.


Ramai netizen yang menulis tak sabar nak tunggu ia ditayangkan.



Menariknya ini merupakan filem pertama gabungan Farid Kamil dan kumpulan Senario.



“Dah lama sebenarnya saya teringin nak bergabung dengan kumpulan Senario dalam sebuah filem dan akhirnya terlaksana melalui ‘Syumpahan Syaitan’ ini,” ujar Farid pada majlis Malam Gala Tayangan Filem ‘ Syumpahan Syaitan’ terbitan D-Bay Film Factory & Redifiress Film Production baru-baru ini.



Turut hadir penerbitnya, Dato Yahaya Othman (kanan) pengarahnya, Roykrisna (kiri) dan  barisan pelakon antaranya Dato AC Mizak, Saiful Apek, Kenji Sawahii, Adam Shahz dan lain-lain malah diperdengarkan juga OST lagu filem tersebut berjudul ‘Akhirnya Pasti’ dendangan penyanyi Aniez Burke.


Pendek kata, jika ada yang merindui jenaka dari kumpulan Senario, bolehlah ke pawagam untuk menonton sebuah filem yang santai dan boleh layan… dan tontonlah pelbagai rupa syaitan yang diketengahkan… ada yang nampak seram tetapi ada gak yang macam kelakar.


Yang penting setiap satu watak atau kejadian yang dipaparkan ada moral dan makna disebaliknya malag berkait dengan kehidupan segelintir insan zaman ini yang mahu mengejar kekayaan secara mudah tanpa berfikir panjang apa akibatnya.


PENERBIT (tengah) bersama tetamuny yang hadir.


Nak tahu apa maksud Kak Fas jangan lupa ke pawagam berdekatan anda dan layan “Sumpahan Syaitan’ mulai 2.3.23 di seluruh negeri termasuk Brunei serta Singapura sekali gus dapatlah memahami maksud catatan pengarahnya melalui Instagram seperti di bawah ini:



Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura bermula 2.3.23 dan dalam pada itu berita menariknya 5 penonton berpeluang memenangi sebuah motorsikal setiap seorang melalui peraduan Tonton & Menang.


Caranya mudah, hanya dengan menonton filem “Sumpahan Syaitan” di pawagam berhampiran dan anda sudah layak menyertai peaduan tetapi tiket wayang jangan buang sebab perlu disertakan semasa mengisi borang peraduan ya.


Mudahkan? Usah bimbang, hadiah ini tiada “Sumpahan Syaitan”.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com atau KLIK DI SINI



Kak Fas: Jika filem arahan Roy terdahulu, "Zaara' lakonan Kamal Adli tahun lalu mampu memungut RM3.2 juta tidak mustahil 'Syumpahan Syaitan' mampu juga pecah box office. Pas ni khabarnya ada lagi filem bergenre syaitan berjudul 'Batu Syaitan'. Agaknya itu yang dimaksudkan pengarahnya yang muncul di babak akhir filem sambil berkata, 'akulah pewaris syaitan...' . Teringat mana-mana filem arahan Alfred Hitchcock yang turut memunculkan diri dalam filemnya tetapi seimbas je...

#SumpahanSyaitan #Tonton&Menang #MLM #Scammer #CepatKaya #DBayFilm



Tiada ulasan:

Catat Ulasan