MUSLIM PRO: TEMAN BUDAYA DAN ROHANI UMAT ISLAM!
Hab kreatif ini diwujudkan bagi mengetengahkan suara tulen, perspektif yang pelbagai serta naratif berasaskan pengalaman yang mencerminkan kekayaan kehidupan masyarakat Muslim di seluruh dunia.
Pelancaran rasmi diserikan dengan sesi diskusi panel bertajuk “Storytelling in the Digital Era” yang menampilkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Pro, Nafees Khundker, bersama pembikin filem tersohor pemenang anugerah, Abrar Hussain. Abrar, yang sebelum ini terkenal dengan dokumentari One Day in the Haram dan One Night in Al Aqsa, turut bertindak sebagai juri bagi pertandingan filem pendek dan kandungan digital global, Stories of the Beloved.
Turut hadir Ketua Kandungan Muslim Pro dan Qualbox, Junaidah Said Khan (gambar bawah).
Menurut Nafees, Muslim Pro kini bukan sahaja berfungsi sebagai aplikasi utiliti keagamaan, malah berkembang menjadi teman budaya dan rohani yang dipercayai jutaan pengguna di seluruh dunia.
Katanya, Stories by Muslim Pro merupakan fasa seterusnya dalam perjalanan aplikasi itu, sebagai platform untuk mengetengahkan kisah-kisah inspirasi yang menghubungkan dan menyatukan umat Islam merentas geografi, budaya dan generasi.
Sebagai pembuka tirai, Stories by Muslim Pro mempersembahkan tayangan perdana dokumentari eksklusif bertajuk Madina: The Enlightened City arahan Abrar Hussain.
Filem ini bukan sekadar merakam sejarah dan keindahan kota Madinah, tetapi juga auranya yang melambangkan nilai kemanusiaan, kerendahan hati serta pengabdian.
Menurut Abrar, kisah yang diceritakan mampu membentuk jati diri dan cara masyarakat berhubung antara satu sama lain, dan dokumentari ini dihasilkan untuk membawa penonton merasai makna sebenar menjadi seorang Muslim.
Dokumentari Madina: The Enlightened City boleh ditonton secara eksklusif melalui aplikasi Muslim Pro bermula 1 Oktober 2025, dengan pra-belian dibuka pada 11 September.
Di bawah jenama sama, turut dilancarkan Stories of the Beloved, sebuah festival kandungan digital global yang meraikan cara Islam dihayati, dirasai dan dizahirkan dalam kehidupan seharian.
Inisiatif ini menghimpunkan pembikin filem profesional dan pencipta kandungan digital untuk berkongsi perspektif autentik mengenai keindahan iman dalam dunia moden.
Pemilihan pemenang pertandingan akan dibuat oleh barisan juri antarabangsa yang terdiri daripada tokoh terkenal dalam dunia perfileman dan penciptaan kandungan digital.

DARI Kiri: Junaidah, Abrar dan Nafees Khundker.
Malaysia turut diwakili oleh pencipta kandungan digital, Fikri ZamRi, sekali gus menyerlahkan peranan penting suara serantau dalam membentuk naratif Muslim di peringkat global.
Muslim Pro juga membuka peluang kepada umat Islam di seluruh dunia untuk mengundi bagi kategori UGC Shorts Viewer’s Choice Award, dengan undian dibuka melalui aplikasi Muslim Pro bermula 9 hingga 21 September 2025.
Kesemua kandungan di bawah Stories by Muslim Pro, termasuk dokumentari Madina: The Enlightened City dan karya terpilih daripada Stories of the Beloved, boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dan platform video Qalbox.
Inisiatif ini turut disokong oleh Gobi Partners.
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi Muslim Pro menerusi Apple App Store atau Google Play Store untuk mengakses kandungan tersebut.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi www.muslimpro.com.
#StoriesByMuslimPro #OneDayInTheHaram #OneNightInAlqsa #Madinah #fyp



Tiada ulasan:
Catat Ulasan