Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SSC 2025: PERTANDINGAN NYANYIAN ASEAN + 1 YANG UNIK, 19 OKT!


KUNKWAN
terus mengukuhkan peranannya sebagai jambatan bahasa dan budaya antara masyarakat dengan menganjurkan acara ‘Suara Semua Carnival (SSC 2025), sebuah platform pertandingan yang meraikan keterangkuman, keharmonian, dan semangat perpaduan sejagat.


Visi KUNkWAN, sebuah syarikat pendidikan khusus mengajar bahasa Mandarin yang ditubuhkan pada 2013 di bawah Kunkwan Sdn Bhd,  adalah meratakan komuniti melalui pendidikan bahasa, pertukaran budaya, serta saling faham dan memahami. 


Inisiatif ini seiring dengan slogan Asia tahun ini iaitu “Inclusivity and Sustainability”, sekali gus menjadikan SSC sebagai wadah untuk mengangkat kepelbagaian suara daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, negara, dan latar belakang.


Menariknya, pertandingan SSC 2025 kali ini bukan sekadar pertandingan vokal. Setiap peserta diwajibkan menyanyikan lagu dari negara ASEAN lain selain bahasa ibunda mereka. 


Misalnya, peserta Indonesia mungkin akan menyampaikan lagu Filipina, peserta Malaysia dengan lagu Thailand, manakala peserta Brunei berkemungkinan membawakan lagu dalam bahasa Melayu dari negara jiran.


Daripada 60 peserta peringkat uji bakat, hanya 30 peserta mara ke separuh akhir, sebelum 11 terbaik melangkah ke pentas akhir pada 19 Oktober 2025 di Dewan Tunku Abdul Rahman (DTAR), TAR UMT Setapak, dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. 


Pemilihan “Top 11” ini cukup simbolik kerana ia melambangkan ASEAN 10+1, seiring dengan keanggotaan Timor-Leste yang akan rasmi menyertai ASEAN pada Oktober ini.



“Ini bukan sekadar pertandingan, tetapi satu gerakan — satu-satunya pentas ASEAN+1 di Malaysia, muzik yang menyatukan merentasi sempadan,” ujar Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kunkwan, Kent Ng selaku penganjur pada majlis sidang media Suara Semua Carnival 2025 yang berlangsung di Pusat Latihan Mandarin Antarabangsa Kunkwan Sungei Besi, pada 27 September 2025, semalam.


Turut hadir CCO Kunkwan merangkap Pengerusi SSC 2025, Jay Hoi; Naib Pengerusinya. Dayah serta penyanyi Mark Adam yang akan bertindak sebagai Ketua Juri bersama Meer Nash yang terkenal dengan gelaran ‘Oppa Malay’ bersama lapan lagi barisan juri jemputan lain.


Berkongsi lanjut, Kent Ng memaklumkan,  pada 2024, SSC meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China di Universiti Limkokwing, dengan kehadiran 1,200 penonton.



Kini, SSC 2025 melangkah ke peringkat serantau, memperkukuh peranan Malaysia sebagai nadi perpaduan budaya ASEAN. Ia bukan sekadar pentas seni, tetapi sebuah pergerakan yang memperluas misi dari kelas ke pentas antarabangsa, membuka ruang kepada belia dan masyarakat umum untuk berkongsi bakat, suara, serta budaya di peringkat global,” tambah Kent Ng.


Beliau menambah, SSC 2025 kini berkembang daripada mempromosikan keharmonian nasional kepada “regional harmony”, selaras dengan aspirasi ASEAN. 


“Beberapa bulan lalu kita lihat Malaysia menjadi orang tengah dalam ketegangan antara Kemboja dan Thailand. Itu inisiatif mulia. Kami juga mahu menyumbang melalui muzik – mempromosikan perpaduan ASEAN,” katanya lagi.


Acara ini turut menawarkan hadiah lumayan. Juara akan membawa pulang RM3,888, tempat kedua menerima RM2,500, dan tempat ketiga RM1,000. 



Selain itu, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik turut menanti para penonton, menjadikan penyertaan bukan sahaja bermakna, tetapi juga menyeronokkan.


“Saya juga berbesar hati mengumumkan bahawa Suara Semua Carnival 2025 akan dibuka secara PERCUMA kepada orang awam. Tiket boleh didaftarkan secara atas talian melalui www.tickettailor.com/events/kunkwan/1814445,” sambung Jay Hoi atau lebih mesra disapa Abang J.



Jelasnya lagi. tahun ini, SSC 2025 melakar sejarah sebagai satu-satunya karnival budaya ASEAN+1 di Malaysia, menghimpunkan suara dari 10 negara ASEAN serta China meliputi antaranya Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam dan juga Iran.


Dalam pada itu, program yang dijangka menarik lebih kurang 2,000 penonton ini akan dihiburkan dengan persembahan artis jemputan seperti Bella Astilah dan Elizabeth Tan selain Mark Adam dan Meer Nash.


Sementara itu, Mark Adam, yang kembali kali kedua sebagai juri dan tetamu persembahan, mengakui konsep SSC tahun ini memberi pengalaman berbeza. 


“Ini bukan reality show, tapi pertandingan nyanyian dari hati. Yang sukar itu bukan sekadar nyanyi lagu luar negara, tapi bagaimana untuk meneliti lirik dengan betul. Bayangkan peserta Filipina kena nyanyi lagu Malaysia, atau peserta Malaysia kena nyanyi lagu Thailand. Itu memerlukan latihan mendalam,” komen Mark Adam sambil menegaskan pemilihannya berdasarkan kepada peserta yang terbaik tanpa ada unsur politik atau pilih kasih waima beliau tidak boleh dibeli sekali pun.



Bertepatan dengan tema rasminya, “Voice of All, Singing Beyond Borders” , karnival ini membawa mesej bahawa muzik mampu menyatukan semua tanpa mengira bangsa, bahasa, mahupun sempadan negara. 


“Ia adalah suara bersama yang meraikan persahabatan, keharmonian, dan perpaduan serantau,” akhiri Dayah pada penghujung sidang media.


Buat pertama kali, SSC 2025 akan disiarkan secara langsung  di TV5, menjangkau jutaan penonton dan ia turut mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak, termasuk KBS, Rakan Muda, Tourism Malaysia, dan MCA. 


Dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, acara ini diharapkan dapat memperkukuhkan peranan negara sebagai nadi perpaduan budaya di rantau ini.


Malah dengan aspirasi memperluas dari ASEAN ke dunia, Suara Semua Carnival 2025 bukan sahaja pertandingan vokal, tetapi sebuah gerakan budaya yang menjadikan lagu sebagai kunci perpaduan dan kefahaman rentas bangsa serta negara. 



#SuaraSemuaCarnival2025 #KunKwan #ASEAN+1 #PertandinganNyanyian #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan