"RESET DIRI, UBAH REZEKI 2025' :BENGKEL PENUH ENERGI, HARAPAN BUAT USAHAWAN BANGKIT SEMULA!
Itulah pesanan yang ditegaskan oleh Dr. Hisham Dzakiria, atau lebih dikenali sebagai Dr. Healing, dalam bengkel “Reset Diri, Ubah Rezeki 2025”.
Mesej ini menjadi teras utama program yang menghimpunkan lebih 100 usahawan kecil dan sederhana di Dewan Parameswara 2, The Mines Beach Resort pada 10 September 2025 lalu, anjuran EcoTwin Step Sdn Bhd.
Seawal 8.30 pagi, dewan dipenuhi gelak ketawa, sesi interaktif, dan momen refleksi diri apabila para peserta dibimbing oleh Dr Hisham Dzakiria, bersama Coach Termizi Ab Aziz.
Kedua-duanya bukan asing dalam dunia pembangunan diri dan keusahawanan, di mana kali ini mereka tampil dengan pendekatan berasaskan Neuro-Linguistic Programming (NLP) – sebuah teknik yang bukan sahaja membina bisnes, tetapi juga menguatkan mental serta mengurus emosi.
Bengkel ini memberi penekanan kepada tiga modul utama: Kenal Pasti Punca Cabaran Usahawan, Latihan Relaksasi & Mind Reset, serta Bangunkan Sistem & Mindset Usahawan dengan objektif utamanya untuk membimbing para usahawan mengurus perniagaan secara lebih teratur sambil memperkukuh kekuatan mental dan emosi mereka.
Mengulas lanjut, Dr. Hisham menjelaskan bahawa ramai usahawan gagal bukan kerana kekurangan bakat, tetapi kerana mudah berputus asa, lantas menekankan pentingnya memiliki 'growth mindset' yang positif.
“Dalam dunia bisnes, tiada istilah gagal. Yang ada hanyalah maklum balas untuk tindakan seterusnya,” tegas beliau,
Menariknya, sesi ini bukan sahaja sarat ilmu tetapi juga penuh warna.
Peserta turut diajar mengenal teknik komunikasi berkesan, pengurusan emosi, ‘profiling’ otak kiri dan kanan, serta strategi membina perniagaan berasaskan minat dan ‘passion’ yang autentik.
Kesemua modul tersebut dirangka khas bagi memastikan kejayaan jangka panjang bagi para usahawan.
Menambah semangat kepada peserta, penyanyi dan usahawan terkenal Ayu Damit turut hadir mempersembahkan empat buah lagu inspirasi antaranya “Hanya Di Mercu”, yang disambut meriah oleh para peserta.
![]() |
| SELAIN menyanyi Ayu turut bantu dalam sesi 'Kuasa Berfikit' bersama Dr Hisham menguji minda peserta. |
“Ayu sering mengikuti program dikendalikaan Dr. Hisham dan sambil itu berpeluang mempelajari selok belok mengendalikan perniagaan, “ ujar Ayu ketika ditemui selesai acara.
Seperti yang ramai maklum, Juara ‘One In A Million’ ini sudah bergelar usahawan pertanian di ladang seluas empat ekar dan kesempatan bersama mengikuti program bersama Dr. Hisham dijadikan sebagai pembakar semangat untuknya terus berjaya.
Selain Ayu beberapa peserta lain yang ditemui, rata-ratanya nampak berpuas hati dengan pengisian bengkel termasuk salah seorangnya. Pengarah Pemasarran MEG Solution Sdn Bhd, Dato Rozita Nor Mohd Nor (gambar bawah, kiri).
“Saya akui pernah ketika saya menangis tetapi saya tetap bangun apabila teringatkan kata-kata inspirasi sepeti yang disampaikan Dr. Hisham. Hari ini saya belajar sesuatu untuk saya mulakan sesuatu yang baharu esok.” ujarnya sambil berterima kasih kepada Dr. Hisham.
Selanjutnya, sebagai contoh, kata Dr. Hisham ada peserta yang dibimbingnya mengalami obesiti hingga rasa putus asa tetapi kini dalam tempoh setahun daripada memakai baju saiz 6XKM dia kini dah bertukar ke saiz L.
“Itu semua kerana kekuatan minda,” tegas Dr. Hisham kala ditemui wartawan.
Beliau turut mendedahkan bagaimana NLP boleh digunakan untuk membuang phobia, menukar rutin negatif, dan memberi kekuatan kepada mereka yang sebelum ini “stuck” dalam hidup.
“Kalau jatuh seribu kali pun, kalau hati kuat, insya-Allah kita tetap boleh bangkit,” ujarnya.
Menutup sesi sidang media dengan kejutan, Dr. Hisham mengumumkan pelancaean Healing & Wellness Centre yang bakal beroperasi dalam tahun ini.
Menurutnya, pusat ini akan menumpukan kepada rawatan 'burnout', kemurungan serta menawarkan 'healing retreat' secara menyeluruh.
"Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh kesejahteraan mental usahawan dan masyarakat umum," jelasnya.
Kebih mengujakan apabila beliau memaklumkan, satu ‘Healing Retreat’ eksklusif untuk media juga bakal dirancang di Langkawi, menawarkan pengalaman empat hari tiga malam yang menjanjikan ketenangan dan pemulihan menyeluruh.
Dengan mesej utama bahawa ‘minda yang kuat mampu mengubah rezeki’, program “Reset Diri, Ubah Rezeki 2025” bukan sekadar bengkel motivasi, tetapi sebuah gerakan gaya hidup baharu yang diyakini menjadi platform berterusan untuk melahirkan generasi usahawan baharu yang lebih berdaya saing, berdaya tahan, dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa kini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.ecotwin-step.com, menghubungi talian +6010-841 8989 atau menghantar e-mel ke ecotwinstep@gmail.com.

ANTARA peserta yang hadir dan sempat bergambar kenangan bersama Coach Termizi (tengah).
#ResetDiriUbahRezeki2025 #EcoTwinStep #Healing #NLP #AyuDamit #Usahawan








Tiada ulasan:
Catat Ulasan