Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM! MERIAHKAN FESTIVAL KESIHATAN GUARDIAN, SERTAI ACARA PICKLEBALl & FUN RUN @ 1 UTAMA MULAI ESOK!


GUARDIAN Malaysia
, peruncit kesihatan dan kecantikan No. 1 di negara ini, kembali dengan kempen kesejahteraan tahunannya, "Own Your Wellbeing," bermula 2 hingga 30 September 2025. 


Kempen yang lebih besar dan hebat kali ini menampilkan pelbagai inisiatif dan aktiviti, termasuk acara menarik seperti Pickleball dan Fun Run sempena sambutan Hari Malaysia.


Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, Anna Ng, berkata matlamat utama kempen ini adalah untuk menawarkan rangkaian penyelesaian kesejahteraan terbaik dan menjadikannya mudah diakses oleh orang ramai.


"Sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai, Guardian menampilkan barisan pakar terkemuka untuk berkongsi tips berguna, di samping memperkasakan lagi kepakaran ahli farmasi kami sebagai rujukan utama komuniti setempat," katanya.


Kempen kali ini memperkenalkan Hab Kesihatan baharu di laman web Guardian, iaitu sebuah platform informatif yang memuatkan artikel, cadangan produk, dan terapi untuk membantu pelanggan membuat pilihan yang lebih sihat.


Selain itu, Guardian turut berkolaborasi dengan pakar-pakar kesihatan dalam siri video khas yang menyentuh isu-isu kesihatan harian. 


Siri ini menumpukan empat teras utama, iaitu kesihatan usus, imuniti, sendi dan kolagen, serta kesihatan jantung, dan menampilkan pakar kardiologi Dr Choi Chun Ngok, pakar gastroenterologi Dr Chen Harn Chin, pakar bedah ortopedik Dr Teo Seow Hui, dan pakar imunologi Dr Kent Woo.


Bagi mereka yang mengutamakan sentuhan peribadi, ahli farmasi Guardian di seluruh negara sedia membantu dengan pelbagai isu, daripada pengurusan berat badan hingga semakan ubat-ubatan.


Ahli MYguardian Rewards juga berpeluang menikmati perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma seperti pemeriksaan glukosa, sistem usus, dan kolesterol di stor Guardian terpilih, terhad kepada 50 pelanggan pertama setiap hari. 


Sepanjang kempen, ahli turut menikmati diskaun 60 peratus untuk item kedua yang dibeli bagi 4,000 produk terpilih.



Anna menambah, “Pemeriksaan kesihatan berkala adalah sangat penting, dan pada bulan 'Own Your Wellbeing' ini, kami menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma khas untuk anda.”


Kemuncak kempen adalah Festival 'Own Your Wellbeing' yang kini sedang  berlangsung di One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya dari 16 hingga 21 September 2025.


Acara kemuncak bermula dengan Hari Pickleball pada 20 September, yang akan menampilkan perlawanan persahabatan pada sebelah pagi dan sesi fun play pada sebelah petang. 


Peserta akan menerima beg hadiah Guardian dan T-shirt khas kesejahteraan. Sorotan istimewa pada hari tersebut ialah pelancaran Kudos x Guardian, kolaborasi baharu yang diraikan dengan aksi pickleball.


Keesokan harinya, pada 21 September, festival akan menutup tirai dengan Fun Run sejauh 5km yang dijadual bermula pada pukul 8 pagi. 



Larian ini terbuka kepada 1,500 peserta dan bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Menurut Anna Ng, festival ini selari dengan misi Guardian untuk memberi akses lebih mudah kepada solusi kesihatan dan kecantikan berkualiti.


“Kami mahu rakyat Malaysia menjadikan September sebagai bulan untuk Own Your Wellbeing. Sertai festival kami, alami aktiviti menyeronokkan, dan dapatkan manfaat pemeriksaan kesihatan percuma bersama pakar,” ulangnya.


Dalam inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Guardian bekerjasama dengan SHELTER Home PJ dan Persatuan Kebajikan Suriana Malaysia, menjemput kanak-kanak dan remaja kurang bernasib baik untuk menyertai Pickleball Fun Play dan Fun Run, bagi meluaskan akses belia kepada aktiviti kesejahteraan.


"Kami menyeru semua rakyat Malaysia mengambil langkah pertama untuk 'Own Your Wellbeing.' Sertai dan ketahui lebih lanjut di festival kesejahteraan kami di One Utama," akhiri Anna.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Guardian.


#GuardianMalaysia #PickleBall #FunRun #OwnYourWellbeing #Kecantikan #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan