Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT CINTA RASUL BELI TIKET, MENANG KERETA, 3 OKT DI TERENGGANU!


PENGALAMAN
spiritual dan peluang memenangi hadiah lumayan akan bersatu dalam Konsert Cinta Rasul anjuran 10 Pro Event Management pada 3 Oktober 2025 depan, di 
Stadium Tertutup Gong Badang, Kuala Nerus, Terengganu.


Konsert Cinta Rasul ini bukan sahaja menampilkan barisan artis nasyid terkemuka, tetapi juga menjanjikan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah luar biasa, termasuk sebuah kereta, motosikal, goldbar eksklusif dan pelbagai hadiah menarik lain.


Persembahan yang akan bermula pada pukul 8:45 malam ini akan menghimpunkan kumpulan legenda seperti Hijjaz, UNIC, dan Rabbani, yang bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan cinta kepada Rasulullah SAW., menjadikan malam yang penuh keinsafan dan kekeluargaan.


“Konsert ini bukan sahaja berkonsep kekeluargaan dan hiburan berjiwa, tetapi juga membawa misi kemanusiaan. Sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada Tabung Darul Iman, khusus untuk membantu pesakit kronik yang memerlukan sokongan di sekitar Terengganu. 


“Kami percaya muzik dan komuniti boleh menjadi jambatan untuk kebaikan yang lebih besar.” ujar Pengarah Urusan 10 Pro Event Management, Kamrol Isam Mohd dalam majlis sidang media Konsert Cinta Rasul yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada petang 3 September 2025, semalam.


Turut hadir Ts Dr. Mohamad Fitri Haris dari Kumpulan UNIC; Isman Nadim mewakili Kumpulan Hijjaz serta Pengarah Urusan Letup Fest, Azi Azuwa serta juruhebah radio Suria FM, Bob Ringgo selaku pengacara majlis.


DARI Kiri: Bob Ringgo, Azi Azuwa, Dr Firi Haris, Isman Hijjaz dan  Kamrol Isam,


Berkongsi lanjut, Kamrol yang lebih mesra disapa Kamal memaklumkan, lebih daripada sekadar konsert, pengunjung juga dapat menikmati suasana festival yang meriah dengan kehadiran Letups Fest Food Festival, sebuah pesta makanan yang menghimpunkan pelbagai vendor tempatan, sajian viral dan rasa tradisi.


“Dari aroma sate bakar hingga minuman fusion, ia adalah syurga buat pencinta makanan,” sambung Azi Azuwa selaku penganjur Letup Fest Food Festival.


Dengan penganjuran pesta makanan tersebut, ia memberikan peluang kepada penonton untuk menikmati hidangan tradisi hingga minuman fusion sebelum atau sesudah konsert.


Di samping itu, Kamal memberitahu, daya tarik utama acara ini yang membezakannya dari konsert lain adalah cabutan bertuah yang diadakan sepanjang festival.



“Dengan hadiah-hadiah besar seperti sebuah kereta, motosikal, dan goldbar eksklusif, setiap penonton memiliki kesempatan untuk pulang dengan membawa hadiah yang mengubah hidup,” tambah Kamal.


Konsert Cinta Rasul yang mensasarkan kira-kira 4,000 pengunjung dijangka menjadi titik pertemuan antara generasi dan jiwa-jiwa yang mencari ketenangan, menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan menghidupkan semula zaman kegemilangan nasyid.


Jualan tiket sudah bermula di tiket2u,com.my dengan tiga kategori ditetapkan iaitu  harga Early Bird yang berakhir hingga 11 Sept 2025, RM148 (Gold), berbanding harga asal RM168; RM129 (Harga asal RM148 manakala untuk ‘Silver Family’ serendah RM98.


Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Nurul di talian 018 2873277.



#KonsertCintaRasul #TabungDarulIman #UIIC #Hijjaz #Rabbani #Nasyid #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan