Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ADIDAS LANCAR 'BATTLE PACK' SEMPENA MUSIM BOLA PIALA FIFA 2014






Sempena  musim demam bola yang telah pun bermula malam tadi, jenama terkenal Adidas tidak mahu ketinggalan dalam menyemarakkan lagi suasana Piala Dunia FIFA 2014 dengan pelancaran rangkaian kasut di bawah siri  yang dinamakan ‘Battle Pack”.

Berlangsung dalam suasana santai dan meriah dengan  persembahan tarian Brazilian diiringi muzik gendang negara Selatan Amerika itu,  koleksi “Battle Pack” menampilkan lima but Adidas dalam siri  Adizero 150, Predator, Nitrocharge, 11pro dan Adizero 150 Messi. Setiap desain memiliki corak hitam putih yang pasti menyerlah kala di padang bola.


Memperkenalkannya kepada pihak media baru –baru ini, Adidas menjemput nama-nama terkenal dalam arena bola sepak seperti  S.Kunalan,Mohd Farizal Marlias (kedua-duanya dari Selangor FC; Asraruddin Putra Omar dari Johor Darul Takzim FC, Wan Zack Haikal dari Kelantan FC serta pemain bola sepak gaya bebas, Nam The Man!

Dihos oleh personaliti fitness, Fay Hokulani serta hos tempatan, Hansen Lee, majlis yang membawa suasana Brazil di M alaysia ini turut mempamerkan  jersey kumpulan serta bola gergasi 8 kaki, Brazuca.

Menurut  Pengurus Produk (Persembahan Sukan) Adidas Malaysia, Khairul  Asyraf Ahmad, siri ‘Battle Pack’  akan diguna  semasa Piala Dunia FIFA 2014 oleh  pasukan Adidas seperti Leo Messi , Oscar, Dani Alves dan Luis Suarez.


Dengan setiap but mempunyai 50 % rona hitam dan 50% putih serta jalur warna sama ia mencerminkan  lambang kempen Adidas iaitu ‘all in or nothing’  Piala Dunia FIFA 2014. Selain hitam putih, satu-satunya warna yang  ikonik pada jenama Adidas terletak pada jalur rona emas yang melambangkan kemenangan pada trofi Piala Dunia FIFA. Bagaimana pun, hanya siri Adizero 150 Messi mempunyai  warna tambahan iaitu biru dan putih ia iatu warna yang melambangkan Negara kelahiran Messi iatu Argentina.

Harga untuk koleksi ‘Battle Pack” bernilai RM820 bagi siri Adizero 150 Messi; RM780 Adizero f50; RM799 Predator LZ dan RM730 untuk Nitrocharge  manakala bagi 11pro yang   dipakai oleh Philpp Lahm dan Frank Lampard bernilai RM530,

Kesemua ‘Battl e Pack” sudah mula dijual di setiap outlet Adidas di Suria KLCC, Pavilion, The Gardens, Paradigm Mall dan Empire Subang serta kedai-kedai sukan seluruh Negara. Keternagan lanjut layari  addas.com/worldcup atau facebook.com/adidas.




Tiada ulasan: