Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JAMAL ABDILLAH & ENDANG S. TAURINA DI PENTAS '1001 MALAM' 19 JULAI





Bersempena dengan keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan al-Mubarak ini, Persatuan Kebajikan Persona Selangor dan Kuala Lumpur (PERSONA) akan menganjurkan  majlis berbuka puasa dengan tema ’1001 pada 19 Julai ini di Dewan Merdeka, PWTC.

Majlis yang berlangsung dengan  kerjasama STAR ILLUSIONSZ RESOURCES dengan penaja utamanya oleh YSLM  itu akan bermula  jam 7 malam hingga 11.30 malam  di bawah naungan Datin Rosmina Mohd. Arshad.

Tarikan majlis pada bulan Ramadan itu akan diserikan dengan penampilan istemewa Raja Pop, Dato Jamal Abdillah dan penyanyi popular dari Indonesia. Endang S. Taurina.  Sesuai dengan tema majlis mereka berdua dijangka mendendangkan beberapa buah lagu bagi menghiburkan hadirin yang turut melibatkan anak-anak yatim  yang diundang. Turut dijangka hadir ialah  oleh  Encik Zhang Jian daripada YSLM selaku Penaja Utama.

JAMAL, Endang dan Roslan Shah akan berada di PWTC 19 Julai ini.


Selain persembahan Jamal dan Endang, hadirin berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen busana muslimah daripada Mona Ellen (Middle East)  manakala  majlis diacarakan oleh  Roslan Shah. 

Menurut pihak penganjur, majlis dianjurkan bagi mengumpul dana untuk disuimbangkan kepada insan-insan yang memerlukan seperti ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim. Di samping itu ia bertujuan memperkenalkan program YSLM dan memberi ruang kemasukan ahli-ahli baru menyertai YSLM atau pun PERSONA malah di harap dapat membina rangkaian antara usahawan-usahawan bidang perniagaasn agar dapat melahirkan jutawan hebat. 


Mereka yang ingin menderma sambil menikmati hiburan ringan dari Jamal dan Endang sebelum bertarawih bolehlah membuat tempahan dan memilih harga tiket seperti di bawah:


 

HargaTiketIndividu/Perseorangan


a) Bronze – RM250

b) Silver – RM350

c) Gold- RM450


Harga Tiket Mengikut Meja


a) Bronze -RM2,500 (10 orang – 1 meja)

b) Silver- RM3,500 (10 orang- 1 meja)

c) Gold- RM4,500 (10 orang-1 meja)

d) Platinum- RM15,000 dan ke atas (10 orang -1 meja)


Pembelian Tiket boleh menghubungi :-


a) Imazara 017-404 0001 / 011-2768 2012

b) Julie 016-304 0230 / 013-350 4033

c) Elin 012-655 5902

d) Datin Rose 011-1061 6336

Tiada ulasan:

Catat Ulasan