Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELANCARAN KAD AMAL/UCAPAN HARI RAYA 'LAGENDA BUDAK SETAN 3'


MAYA Karin dan Farid Kamil  antara  pelakon yang hadir  di Red Box Sogo baru baru ini.


Ramadan hadir lagi dan tidak lama lagi Syawal menjelma. Sebagai meraikan kedua dua bulan mulia itu, pusat karaoke yang mengutamakan hiburan untuk seisi keluarga, Red Box tidak ketinggalan bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan, sosial dan kemasyarakatan sejak penubuhannya.

Dan tahun ini, Red Box Karaoke dengan kerjasama Tarantella Pictures, GSC Movies, Astro Shaw dan Zalora Malaysia melancarkan 'Kad Ucapan Hari Raya Sambil Beramal' filem 'Lagenda Budak Setan 3',  untuk tabung 'Red Energy Charity Fund' iaitu tabung amal kumpulan Red Box Karaoke yang telah ditubuhkan pada 2009 lalu. Objektifnya untuk meningkatkan dana bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Majlis pelancarannya berlangsung di Red Box Karaoke Sogo baru-baru ini dengan kehadiran penerbit, pengarah  dan artis-artis filem 'Lagenda Budak Setan 3' seperti Maya Karin, Farid Kamil dan Akim Ahmad.

Kad ucapan sudah pun dijual di semua rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Ria Karaoke sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak ini dengan harga RM3. Setiap RM2 yang dikutip dari penjualan kad disumbangkan kepada 'Red Energy Charity Fund' dan selebihnya digunakan untuk kos penghantaran kad ke seluruh Malaysia melalui Pos Malaysia. Secara tidak langsung kempen ini turut membantu rangka promosi filem 'Lagenda Budak Setan 3' dalam usaha penerbit mendekati golongan sasaran.

Sebanyak 3,000 kad telah dicetak dan diedarkan malah pihak Red Box Karaoke  berharap sekurang-kurangnya RM5,000 dana dapat dikumpulkan dalam masa sebulan.


Pengunjung yang membeli kad terbabit turut berpeluang memenangi persalinan dan 'makeover'  tajaan Zalora Malaysia yang bernilai RM4,000. Peluang berganda untuk pelanggan bertuah, di mana mereka turut berpeluang menghadiri acara kemuncak Malam Gala Lagenda Budak Setan 3 yang bakal dihadiri barisan pelakon berkenaan  pada bulan September ini.

Sementara itu, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat, Red Box, Raja Marliza Safia binti Raja Samri memperkenalkan promosi pakej sajian tradisi yang disediakan Red Box Ria.

Para selebriti dan pihak media diberikan peluang pertama untuk menikmati sebahagian daripada hidangan menu sempena Ramadan yang disediakan.



Pada harga  serendah RM42 ++ seorang bermula jam 5 petang hingga 11 malam, promosi turut menawarkan diskaun tambahan sebanyak 5% untuk Ahli Biasa dan 10% untuk Ahli yang memiliki Kad DotRed.

Sajian tradisi bakal dihidangkan bermula jam 6.30 petang, di mana pelanggan boleh menikmati pelbagai sajian Melayu tradisional seperti antaranya udang masak sambal petai, ikan kering masak lemak nenas, sotong bakar sos percik, lala masak berladadan banyak lagi.


Juga disediakan masakan Barat seperti salad daging pedas, ayam panggang dan sos  manakala sajian pembuka selera meliputi antaranya  keropok, kerabu epal, rojak buah, kerabu mangga dan lain-lain yang menyelerakan.

Antara pencuci mulutnya mula seperti air batu campur, bubur manis, cendol, lai chee kang, buah-buahan  dan pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu. 

Turut tersedia, hidangan air panas dan sejuk tanpa had dengan penggunaaan bilik eksklusif selama 3 jam. Malah setiap pelanggan  bakal menerima baucar percuma untuk seorang daripada Red Box Ria karaoke dan baucar percuma dari Zalora berupa diskaun 20% dan 15% untuk rakan anda yang pastinya  boleh digunakan untuk berbelanja menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.


Red Box Ria karaoke turut menawarkan promosi pakej berkumpulan yang tentunya lebih menjimatkan  di mana setiap pelanggan yang menempah pakej berkenaan berpeluang membawa pulang sebuah VCD Karaoke bertajuk 'Pilihan Hari Raya' sumbangan Warner Music Malaysia, Pakej ini turut menawarkan pilihan minuman istimewa selain yang terhidang di kaunter minuman seperti sirap bandung, epal asam boi, sirap umau selasih dan limau asam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan