Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG BERCUTI BERSAMA ANUAR ZAIN KE JORDAN


Bagi peminat penyanyi yang sering mendapat jolokan sebagai 'jejaka idaman Malaya', siapa lagi jika bukan Anuar Zain sudah pasti melompat kegembiraan apabila mendengar buat julung kalinya plantun lagu "Sedetik Lebih' ini akan melapangkan masanya melancong untuk bersama mendekati peminat tercinta.

Kali ini, bukan sahaja sedetik malah peminat berpeluang bersama Anuar Zain selama 7 hari 5 malam jika mendaftarkan diri untuk bersamanya melancong ke Jordon bagi mengikuti program "Magis Jordan Bersama Anuar Zain' yang dijadualkan berlepas pada 13 November ini.

Anjuran bersama Scenic, Leisure & Event dan FBA Media Sdn Bhd bersama-sama Anuar Zain Network Sdn Bhd, pakej percutian yang bernilai RM9,999 berkenaan akan membawa peminat melancong ke beberapa tempat bersejarah di Jordon seperti  Petra, Jerash, Amman,, Citadel sehingga ke Laut Mati (Dead Sea).

Kenapa agaknya Anuar pilih Jordon?

"Saya suka mengembara melihat sejarah, budaya dan senibina sesebuah negara. Jordan antara negara yang belum pernah saya lawati. Jadi apabila datang peluang sebegini saya tidak lepaskan malah saya ingin mengajak semua peminat saya untuk turut sama bercuti sambil bergembira bersama-sama saya," jawab Anuar Zain pada majlis sidang akhbar program "Magis Jordan Bersama Anuar Zain' di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pun begitu kata Anuar memberi amaran, "Saya pantang tengok orang  stress jadi mereka yang mahu ikut saya harus jangan stress tetapi bersama bergembira dengan acara yang diaturkan."

"Ini juga merupakan momen bersejarah bagi perjalanan seni saya kerana buat pertama kalinya saya berpeluang bercuti bersama-sama peminat," tambah "Lelaki Ini" ini,

Selain lawatan ke tempat-tempat besejarah berkenaan, peminat yang mengikuti percutian akan menginap di hotel bertaraf lima bintang dan turut berpeluang menikmati hidangan enak di restoran-restoran terkenal di Jordan.

"Lebih menarik mereka bakal menyaksikan persembahan khas oleh Anuar Zain sewaktu majlis makan malam di Laut Mati sambil melihat keindahan matahari terbenam," sambung Yusnita Aimin selaku Pengarah Urusan Scenic Leisure & Event.

Tambahnya, peminat juga berpeluang merakamkan kenangan indah menerusi foro secara 'one-to-one' yang bakal disediakan oleh pihak penganjur.

Mereka yang ingin bercuti bersama Anuar Zain ke Jordan bolehlah menghubungi pihak penganjur di talian 03-80733648 secepat mungkin memandangkan ia terhad untuk 250 orang sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan