Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SENAMAN TAIJI ELAK SAKIT JANTUNG


Gara -gara menghidap penyakit jantung dan telah menjalani pembedahan, Goh Peng Boo hampir putus asa untuk kembali sihat waima beribu ringgit dibelanjakan tetapi hasilnya beliau tetap tidak mampu berdiri dan sering duduk di atas kerusi roda,


Tetapi atas semangat jitunya, beliau tidak mudah mengalah sehinggalah menjalani senaman taiji di mana selama tiga bulan mempraktikkannya, Goh sudah boleh berdiri dan kini kembali sihat untuk terus bersenam dalam usia 63 tahun.



GOH Peng Boo
Atas rasa bangga dan terima kasihnya kepada Persatuan Senaman Yangsih Laouulu Taliquan Kuala Lumpur yang telamemperkenalkannya pada senaman taiji tiga tahun lalu, Goh menghadiahkan mereka dengan sebuah pejabat  untuk dijadikan kelab Persatuan berkenaan terletak di Taman Mahkota, Cheras.

Majlis perasmian pejabat berkenaan berlangsung dalam suasana penuh meriah dan riuh dengan paluan gendang serta tarian singa diikuti dentuman bunyi mercun tanda kesyukuran,

Yang hadir tidak melepaskan peluang 'bersembahyang' di ruang pejabat malah sebaik sahaja riben dipotong, para tamu diraikan dengan demonstrasi taiji oleh Goh dan sifunya, Qian Feng.

"Senaman taiji benar-benar memulihkan diri saya malah saya rasa lebih sihat dan setiap hari saya akan melakukannya di rumah," ujar Goh yang nampak sangat teruja dan gembira dengan kesihatan dirinya kini.

PERASMIAN pejabat Persatuan Senaman Yanshi Laoliulu Taijiquan KL baru-baru ini.

Persatuan Senaman Yangshi Laoliulu Taijiquan Kuala Lumpur ditubuhkan oleh Sifu Qeng Feng yang berasal dari China pada 16 Ogos 2006. Sejak 2007  selepas memperoleh sijil pendaftaran, Persatuan menganjurkan latihan di lima lokasi di Kuala Lumpur iaitu di SJK (C) Mun Choong, SJK (C) Chug Hwa Damansara, SJK (C) Choong Wen Batu 4 Jalan Klang Lama, padang permainan  bersebelahan Utama Bodhi Vihara  dan SJK (C) Chung Kwo Jalan Loke Yew Kuala Lumpur.


"Kami mengalu-alukan pelbagai bangsa untuk bersama menjalani senaman tiaji yang baik untuk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran," ujar Dr. Lim Eng Boon sebagai bekas Setiausaha Persatuan dan kini Ahli Jawatankuasa ketika ditemu bual.

Menurut beliau, mereka yang ingin mengikuti senaman boleh berbuat demikian dengan bayaran sebanyak RM70 sebulan di mana sesi latihan boleh dipilih daripada empat lokasi iaitu di SJK (C) Chung Hwa Damansara (Isnin, Khamis, 8-10 malam); SJK (C) Choong Wen KL (Rabu 8-10mlm, Sabtu 4-6 ptg); SJK (C) Chung Kwo Loke Yew (Selasa,Jumaat, 8-10 mlm) dan di SJK (C) Mun Choong Jalan Ipoh dari 8 hingga 10 malam pada hari Rabu dan Sabtu.
Pertanyaan:  019-3329217 (Ngu Seow Key),
019-3641097 (Chua Kheng Voon).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan