Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AKADEMI FANTASIA 2014 KEMBALI DENGAN FORMAT ASAL



 


Masih relevan!


Begitu pendapat Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad  dalam ucapannya pada sidang media mengumumkan rancangan Astro untuk meneruskan program realiti terkenal Akademi Malaysia 2014.


Pun begitu,  AKademi Fantasia 2014 akan diteruskan dengan format asal ketika AF mula diperkenalkan sejak 2003 lalu tetapi dengan nafas lebih segar bersesuaian dengan arus peredaran zaman.


“AF sentiasa penuh dengan kejutan demi kejutan dan terbukti  kejutan yang ditonjolkan  telah menjadi antara rencah utama resepi kejayaan AF sepanjang lebih sedekad penerbitan program ini. Pelbagai eksperimen dan pembaharuan juga telah pun diperkenalkan dari musim ke musim demi  mengenal pasti format dan strategi paling efektif bagi menambah baik program ini,” ujar Raqim.
RAQIM Ahmad


Menurut Raqim, berdasarkan kajian yang dijalankan, keputusan menunjukkan  rakyat Malaysia cukup sebati dengan eleman mainan emosi, drama dan air mata yang cuma dapat mereka rasai menerusi AF..


Penonton juga katanya,  tertunggu-tunggu dan rindu untuk melihat perjalanan transformasi dan peningkatan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar dari hari ke hari sepanjang mereka berada di dalam akademi.
.

“Sehubungan dengan itu, kami membuat keputusan untuk menyuntik semula format asal program ini yang terbukti berjaya meletakkan jenama AF di fenomena yang tersendiri sehingga kekal menjadi pilihan penonton sehingga kini,” tambah Raqim.


Pada tahun ini empat lokasi dipilih untuk sesi uji bakat meliputi di Johor  (KSL Resorts & Hotel, Johor Bahru) pada 13 dan 14 Jun;  Pulau Pinang  (Hotel Sunway, Pulau Pinang) pada 14 dan 15 Jun manakala pada 21 dan 22 Jun di jalankan serentak di Sabah iaitu di Hotel Novotel, Kota Kinabalu dan di Selangor ia berlangsung di FINAS, Jalan Utara Petaling Jaya,


Para peserta juga dikehendaki memilih salah satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib yag telah pun disediakan seperti berikut:


FAIZUL.. Juara AF 2013
PILIHAN LAGU WAJIB LELAKI:


1.       Penglipur Lara – Hazama

2.       Bahagiamu Deritaku –Hafiz

3.       Tetap Menantimu – Nomad

4.       Romancinta – Mojo

5.       Tinggal Kenangan – Saleem


PILIHAN LAGU WAIB PEREMPUAN:


1.       Lebih Indah – Dato Siti Nurhaliza

2.       Patah Seribu – Shila Amzah

3.       Angin Syurga – Misha Omar

4.       Bosan – Stacy

5.       Teringin – Shima



Piha Astro juga  telah mengadakan sesi ujibakat untuk laluan pantas atau fast track secara online yang mana calon peserta  memilih untuk memuat naik klip video nyanyian mereka secara kreatif.


Setiap kli video penyertaan yang dihantar adalah  dalam format MOV atau AVI dan tidak melebihi 50MB. Penyertaan secara online akan diniliai daripada segi persembahan dan kekuatan vokal. Calon peserta yang tersenarai pendek dikehendaki untuk menghadiri sesi ujibakat di mana-mana lokasi terpilih yang akan ditetapkan.


Barisan juri yang bakal terlibat sepenuhnya sewaktu sesi ujibakat  terdiri daripada  Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi, Cikgu Siti Hajar, Hashridz Murshim atau Acis, Fatimah Abu Bakar serta Fauziah Nawi.


Mereka bakal menilai para peserta daripada segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan , intonasi, tempo, keserasian, harmoni serta kreativiti, penghayatan persembahan serta peniliaan daripada segi karakter dan personaliti.


Program Akademi Fantasia 2014 dijadualkan untuk bersiaran di Astro Ria menerusi saluran 104 bermula Ogos ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan